CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 23 Januari 2009

Syeikh Hamzah teguhkan Ikhwan di Jordan

Gerakan Ikhwan Muslimun bukan satu nama baru dalam dunia dakwah dan perjuangan Islam. Ia telah tersebar di seluruh pelosok dunia selepas ditekan oleh kebanyakan pemimpin negara di dunia Islam khususnya di Mesir. Semakin ditekan ia semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Ikhwan mempunyai cawangan di mana-mana hingga dalam negara haram Israel pun ada.

Fokus kali ini mengajak para pembaca mengenali seorang tokoh Ikhwan di Jordan yang terpaksa mengharungi gelombang tribulasi ketika berdepan dengan golongan Sekularisme yang sememangnya mahu melihat Islam terkubur.

Walau bagaimanapun apa sahaja bentuk rintangan yang dihadapi, kerana penguasaan ilmu-ilmu agama yang mantap dan kental, Ikhwan Jordan dapat meneruskan kerja-kerja amal dengan mengajak manusia seluruhnya kepada Islam, termasuklah dalam amalan berpolitik bagi menyatakan kebenaran Islam dalam sidang Dewan Rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Syeikh Hamzah Mansour salah seorang ahli Parlimen Ikhwan Jordan.

Mengenali Syeikh Hamzah

Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.

Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.

Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.

Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.

Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.

Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.

Jawatan dalam Gerakan Ikhwan

Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.

Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.

Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.

Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.

Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.

Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.

Penglibatan dalam bidang ilmu

Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.

Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hokum Syariat Islam dan lain-lain. Buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.

Syeikh Hamzah yang sudah berusi 65 tahun, masih aktif cergas berpolitik di samping menyampaikan kuliah-kuliah agama termasuk pembinaan peribadi dalam program usrah di kalangan anggota Parlimen Ikhwan mahupun di kalangan ahli-ahli biasa, keadaan ini dilihat penting bagi Syeikh Hamzah bagi memastikan generasi anak-anak muda mengetahui kedudukan dan kepentingan berjemaah dalam sebuah masyarakat seperti di Jordan.

Di petik dari

Malaysia mesti iktiraf Hamas, usir duta Amerika


"Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel."

ISU keganasan Isreal keatas penduduk Gaza mendapat perhatian seluruh dunia. Berbagai bantahan dilancarkan sama ada dalam bentuk demonstrasi dan boikot barangan Amerika. Wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN mendapatkan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar untuk menyorot pandangan PAS dalam soal keganasan Israel ke atas penduduk Palestin.

HARAKAH: Israel telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Itu pun setelah Hamas mencadangkannya dan perlu mematuhi beberapa syarat seperti Israel perlu meninggalkan bumi Palestin. Bagaimana sikap PAS dalam soal ini?

DATO' KAMARUDIN JAFFAR: Kita menyambut baik sebarang usaha damai atau gencatan senjata yang mahu dilakukan. Namun kita juga mengambil sikap untuk melihat sejauh mana kesungguhan Israel dalam melakukan gencatan senjata ini. Seperti yang kita tahu, sebelum ini pun sudah banyak kali Israel melanggar perjanjian demi perjanjian sehingga kita merasakan apa jua bentuk diplomasi yang cuba dilakukan seolah-olah telah tertutup akibat dari karenah Israel ini.

Tuntutan yang dibuat oleh Hamas itu perlu bukan sahaja dihormati bahkan perlu juga Israel akur kerana dari segi sejarahnya juga Israel telah menceroboh Palestin. Jadi, sepatutnya bukan sahaja di Gaza tetapi diseluruh negara Palestin itu, Israel perlu keluar dan Israel juga perlu menghormati keputusan rakyat Palestin yang telah memilih Hamas untuk membentuk kerajaan. Urusan memilih kerajaan itu adalah urusan rakyat Palestin bukan urusan Israel atau Amerika atau negara-negara lain.

Biarkan rakyat Palestin menentukan sendiri siapa yang mereka mahukan menjadi ketua negara mereka dan parti mana yang layak membentuk kerajaan. Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden ketika membahaskan usul di Gaza ketika mesyuarat tergempar Dewan Rakyat baru-baru ini, Hamas dipilih secara demokrasi yang mana sistem ini didokong dan disokong kuat oleh Amerika.

Pilihanraya di Palestin pada tahun 2006 itu adalah yang paling bersih dan adil. Pilihanraya itu diawasi oleh pasukan pemantau dari eropah dan juga dari Amerika iaitu dari Carter Centre. Kalau pilihanraya itu bersih dan adil, kenapa pula nak pertikaikan kemenangan Hamas?

Yang sepatutnya dipertikaikan oleh Amerika ialah Israel itu, yang tiada negara tetapi bertindak ganas menceroboh Palestin dan membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Jadi biarpun sudah dipersetujui agar dilakukan gencatan senjata tetapi pendirian PAS jelas, Hamas perlu diiktiraf bukan sahaja oleh Amerika tetapi juga oleh kerajaan Malaysia yaang dilihat lebih condong kepada Fatah.

Sebelum ini sudah banyak demonstrasi dilakukan sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Setelah gencatan senjata ini dipersetujui, apakah perlu demonstrasi ini dihentikan atau ia harus diteruskan?

Pada pandangan peribadi saya, biarpun gencatan senjata telah dipersetujui namun itu tidak bermakna sebarang demontrasi harus juga dihentikan. Demonstrasi yang diadakan sejak beberapa minggu lalu setiap kali selepas solat Jumaat bukan sekadar bantahan terhadap serangan Israel ke atas penduduk Gaza tetapi ia merupakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis itu sejak 60 tahun dahulu.

Oleh itu demonstrasi perlu terus dilakukan supaya Amerika tidak semudahnya membenarkan Isreal berbuat sesuka hati terhadap Palestin dan Israel juga perlu melihat bantahan yang dibuat dari seluruh dunia ini sebagai penolakan terhadap apa yang mereka lakukan. Isreal dan Amerika mungkin boleh bersikap angkuh ketika ini tetapi ia tidak selamanya akan terus berkuasa.

Selain itu, demonstrasi besar-besaran harus tetap dilakukan agar Amerika mengiktiraf Hamas. Bantahan ini merupakan desakan kepada Amerika supaya tidak sewenang-wenangnya memberi restu kepada Isreal untuk terus menganyang Palestin. Presiden baru Amerika Syarikat, Barrcak Obama perlu melihat bantahan ini sebagai protes bukan hanya dari negara Islam tetapi negara-negara lain yang sudak muak dengan tingkah laku Israel.

Krisis berleretan selama enam dekad di bumi Palestin itu adalah antara krisis dan jenayah kemanusiaan teramat dahsyat dan antara yang paling menghanyirkan dalam sejarah moden. Sama sekali sanubari kita tidak terbayangkan bagaimana kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya berpanjangan menempuh ketakutan dan azab derita, di sana. Walhal Palestin pada satu masa merupakan wilayah yang penuh dengan sejarah janji dan kasih Tuhan untuk sekian manusia. Ini semua hanya pandangan peribadi saya bukan pandangan parti.

Bagaimana dengan kempen boikot barangan Amerika dan Yahudi. Pada pandangan Dato' adakah kempen ini berkesan dan perlu diteruskan?

Boikot barangan Amerika ini harus diteruskan. Biarpun ada yang beranggapan bahawa ia tidak akan memberi kesan tetapi setidak-tidaknya ia akan mewujudkan kepedulian dikalangan rakyat negara ini bahawa produk-produk yang dikeluarkan oleh Amerika yang dibeli itu merupakan dana yang membantu Israel untuk terus membedil Palestin.

Amerika perlu diajar dengan cara melemahkan atau melumpuhkan saja ekonominya. Seperti yang telah diperkatakan ramai, jika ekonomi Amerika lumpuh, maka bantuan terhadap Israel juga tidak akan mampu diteruskan. Ini merupakan kesedaran yang harus ada pada setiap rakyat negara ini. Kita tidak perlu gerun dengan Amerika atau tidak perlu terlalu bergantung harap dengan produk Amerika. Jika produk-produk ini tiada, ini peluang untuk anak tempatan mengeluarkan produk sendiri dan memasarkan bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, apakah sudah mencukupi atau perlu ditingkatkan lagi?

Setakat ini apa yang dilakukan oleh kerajaan memang mengecewakan. Sepatutnya sudah lama kerajaan memanggil duta Amerika, EU, Mesir dan Arab Saudi serta menyatakan bantahan secara rasmi kepada mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Israel.

Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel. Sekali lagi perlu kita sedar bahawa tidak seharusnya kita gerun dengan Amerika.

Apa yang PAS tuntut dari kerajaan Malaysia supaya ia segera dilakukan dalam hal ini?

Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden sebelum ini, PAS sudah lama mengiktiraf Hamas. Jadi kerajaan Malaysia juga perlu mengiktiraf Hamas. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ini bukan hanya setakat menyatakan di Parlimen tetapi perlu dengan cara memanggil wakil Hamas sebagai duta Palestin di negara ini. yang ada sekarang merupakan wakil dari Fatah.

Perlu kita ingat pada tahun 2006, dalam satu persidangan di Kuala Lumpur, kerajaan Malaysiaa menjemput wakil Fatah untuk memberikan ucapan sebagai wakil dari Palestin sedangkan ketika itu terdapat wakil Hamas dan kerajaan Hamas sudah dibentuk. Sikap kerajaan ini mengambarkan mereka tidak mengikitiraf Hamas.

Selain itu, kerajaan Malaysia hingga hari ini amat mengecewakan dari segi tindakan susulan. Kita sudah mencadangkan agar Malaysia mendesak negara-negara OIC mewujudkan sebuah pasukan ketenteraan dan memanggil persidangan tergempar OIC, kita boleh jadi tuan rumah. Tetapi nampaknya cadangan dari PAS tidak diendahkan. Apakah kita mahu menunggu lebih banyak nyawa terkorban di Palestin untuk kita memulakan satu tindakan proaktif.

Di petik dari

Rabu, 14 Januari 2009

Mahasiswa Berdemontrasi Mengutuk Israel di hadapan Kedutaan Mesir










BANGKIT!!!BANGKIT!!!
BANGKIT UMAT ISLAM!!!

HANCUR!!!HANCUR!!!
HANCUR YAHUDI!!!

BANGKIT!!!BANGKIT!!!
BANGKIT UMAT ISLAM!!!

HANCUR!!!HANCUR!!!
HANCUR KUFFAR!!!


Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

Lanjutan


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget