CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 29 Mei 2009

Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam.


Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam.


Alhamdulillah telah tamat membaca sebuah novel yang bertajuk “Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam” nukilan Muhsin Labib , Ibrahim Muharam , Musa Kazhim dan Alfian Hamzah.Di terbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Buku yang telah lama di beli dan hampir setahun di beli ketika buku ini baru di keluarkan.Ketika membelek berbagai buku dan melihat untuk menilai buku mana yang hendak dibeli tiba terlihat sebuah buku yang agaka menarik,bukan saja dari tajuknya malah isinya yang berkaitan sebuah tokoh malah pemimpin sebuah Negara Islam yang agak terkenal dan mempunyai kisah provokasi yang ditimbulkan oleh Negara Barat.Malah yang menarik minat ana membeli buku ini adalah kerana ia adalah satu-satunya pemimpin Islam masa kini yang menentang Barat secara terang-terangan malah kerana ia berasal dari sebuah Negara yang berpegang teguh pada agamanya.Revolusi 1979 juga menarik minat ana untuk mengetahui lebih dalam perkara tersebut.

Terlebih dahulu ana menyatakan sedikit butiran berkaitan Ahmadinejad.

Nama : Mahmoud Ahmadinejad

Berasal dari negeri yang bergelar Negeri Kaum Mullah

Jawatan : President Republik Islam Iran

Perwatakan : Hidup secara bersederhana,insan yang penyabar,lemah lembut,beradab,teliti dalam tindakan,tegas dalam melakukan sesuatu dan berpegang teguh pada agamanya iaitu agama Islam.

Kisah Buku ini
Ana cuma mahu merungkai sedikit kisah di sebalik tokoh dan berdasarkan kisah beliau di dalam buku tersebut.Mungkin sebilangan kita sudah membaca buku ini dan mungkin juga masih belum membaca buku tersebut.Malah mungkin ada juga yang tersasar dari info kepimpinan luar negara dan tidak mengenali siapa itu Mahmoud Ahmadinejad.Ahmadinejad adalah seorang yang berasal sebagai aktivis gerakan Islam dari sebuah pusat pengajian dan telah mengadakan beberapa gerakan anti kezaliman.Jika kita lihat sendiri negara kita iaitu Negara Malaysia boleh dikatakan tiada sorang pun yang bergerak secara betul-betul aktif sehinggakan dunia luar mengenali dan mengetahui dasar perjuangan seperti yang dilakukan oleh Ahmadinejad.Namun masih ada gerakan dari persatuan pelajar yang bergerak aktif walaupun tidak seaktif ketika Ahmadinejad didalam pengajian.Usaha mengaktifkan gerakan Islam di Malaysia sepatutnya ditingkatkan bagi menjamin mutu dan menyedarkan berbagai pihak bahawa dasar memperjuangkan agama dan hak rakyat itu perlu di ambil kira dari berbagai factor.



Surat?
Ahmadinejad telah mengirimkan surat kepada bekas President Amerika iaitu George W.Bush ketika George W.Bush masih president Amerika ketika dahulu.Mungkin sebilangan kita tidak tahu mengapa perlu surat tersebut dikirimkan.Tetapi itulah antara cara kepimpinan Islam yang telah di lakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin Mekah dahulu dan cara ini dilakukan pula oleh Ahmadinejad.Surat tersebut adalah bertujuan menjelaskan kepada dunia barat berkaitan tuduhan tidak berasas yang dilakukan oleh Dunia Barat terhadap Dunia Islam.Surat itu juga bertujuan dakwah kepada George W.Bush walapun pada dasarnya beliau ketahui akan helah dan tipu muslihat George W.Bush.Ana tidak mahu merungkaikan secara penuh berkaitan surat Mahmoud Ahmadinejad kepada George W.Bush namun usaha yang yang dilakukan oleh beliau harus di perhatikan dan mungkin boleh diguna pakai oleh gerakan Islam di Malaysia bagi menguatkan lagi dakwah dan tarbiah di Malaysia.Mungkin gerakan Islam di Malaysia tidak memberikan surat kepada President Amerika sekarang iaitu Obama namun cukuplah jika gerakan Islam di Malaysia memberikan surat demi surat dan demo demi demo bagi mendesak kerajaan Malaysia yang dipengahuri oleh Umno/BN sehingga pihak kerajaan melakukan dasar yang lebih adil dan memegang agama Islam sebagai landas perjuangan dan pentadbiran negara supaya Malaysia yang kononnya dikatakan negara Islam menjadi sebenar-benarnya negara Islam.



Nuklear?
Secara meluas berita dari perbagai media Barat memburukkan negara Republik Islam Iran sebagai negara pengganas kerana membina nuklear.Sudah lama kes tersebut disiasat namun dunia Barat masih tiada bukti untuk mendakwa atau menyabitkan negara Republik Islam Iran sebagai negara pengganas atas tuduhan mempunyai senjata nuklear.Ana cukup kajum bila melihat ketegasan Ahmadinejad walaupun di desak malah kalau kita masih ingat bahawa Iran penah di pulaukan oleh negara Barat dan negara Timur.Antara kata-kata beliau adalah “ Sekiranya nuclear ini dikatakan buruk dan kami tidak dapat memilikinya,kenapa anda sebagai kuasa terkuat boleh memilikinya?Sebaliknya apabila nuclear itu sesuatu keperluan bagi Amerika maka ia juga keperluan bagi kami ” .Malah Malaysia juga ketika itu terpaksa mengikut telunjuk Dunia Barat untuk tidak melakukan pelaburan dinegara tersebut.Namun negara Iran mampu berdiri teguh kerana mereka teguh dalam kemajuan kerana mereka “Hidup bergantung pada diri sendri”.Namun Malaysia amat jauh berbandingkan negara Iran kerana Malaysia masih bergantung kepada Dunia Barat malah masih mengikut telunjuk Dunia Barat.Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa perjuangan Islam bukanlah saja berdakwah di sana sini,malah Islam menuntut umatnya bergantung pada diri sendiri malah menjauhi kebergantungan pada Dunia Kafir.



Tatahormat?
Ana berminat akan cara beliau ketika mengadakan perjumpaan dengan negara Dunia Barat.Mungkin ada yang mengambil ringan malah ia sebenarnya termaktud dalam perjuangan Islam.Mari kita lihat ketika beliau berjumpa dengan negara Dunia Barat beliau tidak terjerumus dalam minuman haram malah ketika berjumpa secara berdepan malah huluran salam dari pemimpin negara Dunia Barat yang bukan mahramnya (Pemimpin yang berjantina wanita) di tangani dengan baik dan beradab.Tetapi amat memalukan Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang mengaku pemimpin Islam Hadhari ( Islam Hadhari bukanlah dasar sebenar Islam ) dan kini pula pemimpin baru yang penuh dengan berbagai maksiat dan kontroversi kes pembunuhan menjadi perdana menteri Malaysia kini.Jika kita lihat negara Islam lain taat dalam beragama walaupun ketika berpolitik tetapi Perdana Malaysia tidak sebegitu.Dimanakah silapnya?Kesilapannya berlaku apabila pemimpin itu dipilih bukan dari kalangan yang di dakwah dan ditarbiah tetapi masyarakat telah memilih pemimpin salah kerana memilih dari kalangan sekularisme dan akhirnnya yang ditersilap pilih itu menjadi ditaktor.



Cukup sekadar ini sajalah sedikit pandangan ana berkaitan Ahmadinejad dan berkaitan Malaysia itu sendiri.Mahmoud Ahmadinejad bukanlah insan sempurna namun kelebihan dan caranya yang masih mengikut cara Islam itu perlu diambil menjadi iktibar bagi kita meneguhkan lagi perjuangan bagi memperjuangkan islam.

Khamis, 28 Mei 2009

Untung dan Rugi.Siapa?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Tazkirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget