CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 31 Ogos 2009

Menutup Aurat Lindungi Wanita Islam

TIDAK dapat dinafikan, wanita pada hari ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan dan kemakmuran ekonomi negara. Dewasa ini terdapat sekian ramai wanita Islam yang bekerja sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Bilangan ini semakin hari semakin bertambah dan tentunya mengundang pelbagai persoalan terutama dari aspek berpakaian. Adakah sesuai atau tidak pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan semasa bekerja iaitu dari sudut moral dan lebih-lebih lagi dari sudut agama.

Dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian yang tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang wanita itu.


Apa yang dikehendaki oleh agama ialah menutup aurat dan menjaga kesopanan serta kebersihan ketika bekerja. Untuk itu, wanita-wanita yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah sudah semestinya mereka merasa terikat dengan peraturan dan hukum-hukum syarak dan sentiasa sedaya-upaya pula melakukan sesuatu yang diredhai Allah s.w.t.

Fenomena yang wujud pada masa ini iaitu pelbagai bentuk fesyen yang kebanyakannya masih mendedahkan aurat adalah berpunca daripada tiadanya kesedaran atau kefahaman terhadap peraturan pakaian yang sebenar menurut Islam. Oleh sebab itulah masih terdapat sebahagian umat Islam yang tidak faham tentang pengertian aurat itu sendiri. Hakikatnya, di dalam Islam tidak ada satu peraturan yang tertentu dalam menentukan jenis pakaian, Ia telah menetapkan bahawa aurat wanita ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya yang wajib ditutup.

Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa perubahan fesyen pakaian wanita sekarang begitu berkembang luas. Perubahan ini mempengaruhi apa juga keadaan baik dalam keadaan bekerja atau pun tidak. Walaubagaimanapun, harus diingat, Islam itu bukan agama yang sempit dan menyusahkan umatnya. Islam juga tidak menentang pemodenan tetapi biarlah kemodenan itu menjurus ke arah yang betul dan tidak terkeluar dari lunas-lunas yang telah ditentukan oleh hukum syarak.

Terdapat sebilangan orang merasakan tidak ‘moden’ atau ‘up to date’ apabila mereka tidak mengikuti perkembangan fesyen. Pendapat ini sebenarnya tidak salah sekiranya dia berpendirian untuk menjaga ketentuan hukum syarak yang tidak boleh diabaikannya. Namun apa yang menjadi masalah sekarang ialah terdapat mereka yang mengikuti perubahan fesyen hanya memenuhi keinginannya semata-mata tanpa memahami batas-batas aurat dalam Islam.

Dalam menjaga kesejahteraan umat, Islam telah meletakkan beberapa garis panduan tentang etika berpakaian yang mesti dipatuhi. Di antara garis panduan itu ialah mengharamkan pendedahan aurat di kalangan wanita Islam di hadapan orang-orang yang bukan muhrimnya. Penutupan aurat menurut pandangan Islam adalah berdasarkan syarat-syarat berikut :

Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.

Islam telah menentukan batas-batas yang harus (boleh) dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian-bahagian lainnya pula wajib ditutup. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 30 – 31)

Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh.

Antara tujuan berpakaian menurut Islam ialah untuk menutup atau melindungi bahagian-bahagian tertentu pada badan. Tetapi sekiranya wanita tersebut memakai pakaian yang nipis atau jarang sehingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.”

? Tidak memakai pakaian yang ketat.

Antara tujuan menutup aurat ialah untuk mengelak dari berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat sehingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian-bahagian anggota tubuh badannya maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”

Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki.

Abu Musa al-Asy’ari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”

Zainab al-Thaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan.”

Jika difahami maksud hadis tersebut, kaum wanita yang hendak ke masjid pun dilarang memakai bau-bauan apatahlagi bagi mereka yang keluar bersiar-siar, ke tempat kerja dan sebagainya. Sudah tentu kesalahannya di sisi agama lebih besar.

Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.

Menurut hadis-hadis sahih dari Rasulullah s.a.w., dapat difahami bahawa Allah s.w.t. melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki dan lelaki yang meniru pakaian wanita. Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : “Rasulullah telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki.”

Ini bersesuaian dengan sifat tabi’i seorang wanita di mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian-pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun.

Secara kesimpulannya, Islam mewajibkan ke atas setiap wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat iaitu menutup seluruh badannya kecuali muka dan dua belah tangan. Mereka juga hendaklah memilih jenis-jenis kain yang tidak membayangkan warna kulit dan tidak juga memperlihatkan bentuk tubuh badan. Begitu juga dilarang ke atas mereka untuk menghiasi pakaiannya dengan hiasan-hiasan dan bau-bauan yang boleh mempesona atau menarik perhatian ramai dan menimbulkan fitnah.

Sesungguhnya, Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita itu sama ada pada masa bekerja atau pun tidak. Apa yang penting ialah ianya tidak berlawanan dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak.

SUMBER : Artikel ditulis oleh : Ahmad Tarmizi Zakaria

Khamis, 27 Ogos 2009

Jagalah hati

JAGALAH HATI

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih
Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih
Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk

Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh
Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh

Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang
Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit
Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit

Bila hati kian bening, ingat Allah amat sering
Airmata tak pernah kering, munajat dikala hening
Tapi bila hati nista, berkatapun penuh dusta
Hina diperbudak harta, jadi malapetaka

Bila hati bertawadhu, hidup indah semanis madu
Ahlak menawan qolbu, berpisahpun selalu dirindu
Namun bila hati takabur, dadanya berdebur debur
Seakan sehebat guntur, akhirnya masuk kubur

Hati-hati dengan hati
Hati-jangan kau nodai
Hati-hati dengan hati
Hati-jangan kau kotori

Jagalah Hati
Album : Denting Hati
Munsyid : Denting Hati
http://liriknasyid.com

Bila berkata berkaitan hati pasti ia berhubung dengan perasaan.Mungkin sedih,gembira,geram,marah dan lain-lain.Setiap manusia pasti kan merasainya.
Bila memerhatikan lirik lagu tersebut mungkin ada berkaitan dengan ana.Secara tersurat dan tersirat ia berkait.Mungkin kerana kesedihan dan kesakitan di dalam hati dipendam dan tidak diluahkan.Biarlah apa yang telah berlaku kerana hanya Allah mengetahuinya.Biarlah kepada-Nya saja ku luahkan.

Yang penting wahai sahabat "Jom Jaga hati"MySpace.InsyaAllah ana akan postkan "Jom Jaga Hati" apabila mempunyai masa yang lapang.

Hiasa diri dengan akhlak Islami
Renung-renungkan dan selamat beramal MySpace

Istiqamah

Yang sangat menarik dan dapat kita saksikan serta mungkin kita alami sendiri dalam bulan Ramadhan adalah peningkatan intensitas beribadah. Masjid yang biasanya sepi, mengalami peningkatan jemaah solat yang luar biasa.

Orang berlumba-lumba menginfaqkan hartanya dalam bentuk zakat atau sedekah. Yang biasanya jarang tadarus dan tadabbur Al Qur’an, berubah menjadikannya sebagai kegiatan rutin harian. Fenomena yang sama juga akan kita dapat diamati pada jemaah haji.

Sayang seribu sayang, sebagian besar tidak biasa mempertahankan amalan sedemikian setelah Ramadhan berlalu ataupun setelah kembali ke tanah air dari tanah suci.

Terkait dengan fluktuasi ibadah dikenal suatu istilah yang mungkin jarang kita dengar, yaitu futur. Futur adalah penurunan semangat dan gairah dalam beribadah. Hal ini biasa dialami oleh siapa saja. Dalam kadar yang ringan, gejala futur ditandai dengan kemalasan dan kejenuhan dalam melakukan ibadah. Selanjutnya, timbul keengganan untuk berbuat kebaikan.

Jika tidak dikawal secara baik dan tidak diperbaiki dengan segera, futur akan menjadi semakin parah. Biasanya akan ditunjuk dengan penurunan kualiti iman. Nampak negatif yang tidak biasa dianggap sebagai hal yang biasa. Dalam keadaan ini, seseorang akan berhenti menjalankan ibadah dan berhenti berbuat kebaikan.

Selanjutnya akan timbul dorongan untuk melakukan kemaksiatan. Bahkan, dalam keadaan yang ekstrim, seseorang biasa kehilangan kurniaan nikmat Allah SWT yang paling utama iaitu Iman dan Islam. Suatu musibah besar dan sangat merugikan seseorang. Tidak disedari bahawa futur telah merosakkan kehidupan, dan mengakibat penyimpangan dari jalan-Nya.

Jika dikaji lebih mendalam, ada beberapa hal yang menyebabkan timbulnya futur :

1.Rendahnya keikhlasan mengharapkan keredhoan Allah SWT dalam beribadah. Setitik noktah riya’ di hati akan menjadikan ibadah tidak bernilai di sisi-Nya.

2.Tidak memahami dengan benar tuntunan syariat dalam beribadah. Sehingga diperlukan kemahuan dan ketekunan untuk selalu mempelajari ilmu agama yang bersumber dari Al Qur’an dan Hadis dan menerapkan secara konsistan.Media dan cara untuk pembelajaran ilmu agama sangat beragam. Harus dilakukan pemilihan yang tepat dan sesuai untuk mencapai tujuan yang diinginkan.

3.Terlalu membebani diri dalam beribadah sehingga menjadi terasa berat dan membosankan. Jika ibadah dilandasi dengan mahabbah (kecintaan), khauf (takut) dan raja’ (harap) kepada Allah, ibadah akan menjadi kebiasaan dan bukan merupakan beban yang berat.

Memperhatikan nampak negatif yang ditimbulkan, futur harus dikawal agar tidak terus berkembang lebih jauh di dalam diri kita. Ada beberapa tuntutan yang biasa diamalkan untuk mengatasi futur.Rasulullah SAW bersabda : "Setiap perbuatan ada saat-saat semangat untuk terus-menerus melakukannya dan setiap semangat ada saat-saat lemahnya.

"Barangsiapa yang lemah semangatnya kemudian mengikuti sunnahku, maka sesungguhnya ia akan menang. Dan barangsiapa lemah semangatnya kemudian ia tidak mengikuti sunnahku, maka dia akan celaka." (HR Ahmad). Ini adalah resepi mujarab untuk mengatasi semangat dan gairah ibadah yang berfluktuasi.

Rasulullah SAW juga pernah ditanya tentang amal yang disukai oleh Allah SWT. Beliau menjawab : “Amal yang paling disukai oleh Allah SWT adalah amal yang dilakukan secara rutin walaupun sedikit.” (HR Bukhari & Muslim). Suatu tuntunan yang sangat jelas untuk membimbing kita agar selalu istiqamah dalam menjalankan ibadah.

Dua hadis di atas secara tegasnya memberikan solusi yang efektif dalam mengatasi futur. Di samping itu ada dua doa yang perlu diamalkan. Pertama, dari Al Qur’an : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnian).” (QS Ali Imran[3] : 8). Kedua, diajarkan oleh Rasulullah SAW : ” Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ku di dalam agama-Mu. ” (HR Tirmidzi).

”Dan beribadahlah untuk Tuhan-mu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” (QS Al Hijr[15] : 99). Istiqamah dalam beribadah hingga akhir hayat adalah suatu keniscayaan yang biasa diraih. Hanya diperlukan ialah keteguhan iman, sehingga timbul ketekunan dan kesabaran dalam menghadapi halangan, rintangan dan godaan yang biasa menerpa setiap saat, sebagai ujian bagi orang beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget