CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Ogos 2010

HAMAS dakwa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap 8 anggotanya

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) telah mendakwa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menangkap 8 anggotanya yang terdiri daripada pendokong dan pemimpinnya di Wilayah Qalqiliah, Khalil dan Nablus.

Dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', HAMAS berkata, pihak keselamatan Palestin di Wilayah Qalqiliah menangkap 3 anggotanya.

Tambah kenyataan itu lagi, bahawa ketiga-tiga yang ditangkap adalah para tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini. Dalam operasi tersebut, pihak keselamatan menyerbu rumah mereka di bandar Qalqiliah dan menangkap Fadi Shuraim, Iyad al-Baghdadi dan Syeikh Mujahid Naufal yang merupakan imam masjid Hajah Faryal.

Jelas kenyataan HAMAS bahawa 3 lagi anggotanya yang ditangkap merupakan simbol pertahanan Wilayah Khalil. Mereka dikenali Muhammad At-Til dari Dzahiriah, Sheikh Adil Shanwar dan Syeikh Muhammad Al-Tukhman telah ditangkap sebaik sahaja keluar dari rumah Muhammad At-Til(ahli parlimen) setelah selesai menghadiri jemputan makan.

Di Wilayah Nablus, pihak keselamatan menangkap seorang jurutera, Fathi Al-Utaibi dan seorang lagi tahanan yang telah dibebaskan, Anas Khidir Sundak setelah rumah mereka diserbu.

Seiring dengan operasi terbabit, HAMAS berkata, pihak tentera penjajah telah memanggil puluhan para pendokong HAMAS dari beberapa buah bandar kecil dan perkampungan yang terletak di sekitar bandar itu untuk lapor diri. Sumber 06/08/2010, web berita safa.ps

Al-Muqawamah Wataniah bedil sebuah pos kawalan tentera Israel


KHAN YUNUS - KATAIB AL-MUQAWAMAH WATANIAH(
كتائب المقاومة الوطنية), sayap tentera kepada Jabhah Demokratiah Li Tahrir Falestin telah mengumumkan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab melancarkan satu serangan peluru jenis 'hawn' 85mm ke atas sebuah pos kawalan tentera Israel 'Ushkul'.

Sumber menyebut pos kawalan tentera Israel itu terletak di timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang tersebut dalam kenyataan akhbar yang disampaikan kepada agensi berita 'safa' berkata, salah sebuah dari unit pejuangnya telah mengebom pos kawalan tentera Israel pada jam 10.45 malam, Palestin/Mesir, 4 Ogos 2010.

Dinyatakan, serangan yang dilakukan adalah sebagai balas ke atas jenayah Israel terhadap penduduk Palestin.

KATAIB AL-MUQAWAMAH turut berharap kesemua sayap tentera kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(ada sumber menyebut kumpulan pemisah Palestin) menggiatkan usaha dan strategi bagi membentuk sebuah pertahanan penentangan yang padu. Malah, dengan pembentukan barisan pertahanan yang berlandaskan kepada dasar politik yang satu adalah untuk membalas jenayah yang dilakukan penjajah. Lebih dari itu, dapat mengeluarkan kumpulan penentangan(المقاومة) dari ruang perpecahan(konflik dalaman Palestin) yang sempit. Sumber 05/08/2010, web berita safa.ps

HAMAS akan menyesal jika tembakan roket masih berterusan

AN-NASIRAH, - Timbalan Perdana Menteri I Israel, Silvan Shaloum, berkata, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) akan menyesal dan merasa serik dalam tempoh terdekat ini jika masih dengan keputusannya yang melancarkan serangan roket ke arah penempatan-penempatan Israel.

Memetik radio Israel dari kenyataan Shaloum, "HAMAS akan merasa kesal dalam beberapa tempoh masa jika tetap dengan keputusannya yang masih meneruskan serangan roket."

Shaloum menjelaskan, Kerajaan penjajah sesekali tidak menyetujui sebagaimana keadaan sekarang yang menimpa ke atas penempatan-penempatan Israel di selatan dengan serangan-serangan roket. Jelas Shaloum, roket-roket yang gugur di Israel seperti gerimis dan mungkin boleh berubah menjadi seperti hujan.

Kata Shaloum lagi berikutan serangan roket, "Kerajaan Israel tidak bermaksud untuk mengadakan semula serangan baru ke atas Gaza, tetapi jika HAMAS tetap melancarkan lagi serangan roket, tidak sesekali tidak, serang balas Israel akan lebih keras."

Menyentuh isu lain, Shaloum berkata, "Pihak Berkuasa Palestin sewajarnya mengambil keputusan yang lebih strategik."

Timbalan Perdana Menteri I Israel menyebut sedemikian dengan menyifatkan keputusan yang berani demi mengadakan semula rundingan damai secara langsung antara Palestin dengan Israel. Jelas Shaloum, itu pun jika Pihak Berkuasa Palestin mahu mendapatkan persepakatan perjanjian damai.

Shaloum berkata lagi, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mampu membuat keputusan sepertimana mahu mengadakan semuala rundingan damai secara langsung dengan Israel, tetapi Abbas merasa ragu-ragu untuk bertindak sedemikian.

Berhubung serangan roket, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh HAMAs bertanggungjawab sepenuhnya dengan tembakan roket yang berterusan ke arah penempatan-penempatan Israel di selatan tanah jajahan 1948. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget