CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 23 November 2010

Zionis rempuh masuk daerah-daerah di Jenin

JENIN - Sepasukan tentera rejim zionis telah merempuh masuk ke beberapa buah daerah di barat Jenin, awal pagi tadi. Rempuhan di daerah utara Tebing Barat itu turut disertai operasi pemeriksaan, malah sekatan jalan yang menghubungi Jenin-Haifa berhampiran kampung zabouna juga diadakan secara mengejut selama beberapa jam di awal pagi.

Gambar(safa): Tentera rejim zionis yang menjalankan operasi 'mengesan' di beberapa buah kawasan terbuka.

Sumber tempatan berkata,
"awal pagi tadi, tentera zionis yang menceroboh 'Anoun, Yamoun dan Ramaanah turut melakukan operasi mengesan di beberapa buah kawasan terbuka, namun tiada rumah yang diserbu masuk."

Jelas lagi sumber, kerahan sebilangan besar tentera zionis dapat dilihat di dua buah kampung, Yamoun dan Burqain. Rejim zionis telah menjalankan operasi 'mengesan' antara tempat-tempat pemprosesan minyak zaitun yang kini telah memasuki hari kedua. Sumber 22/11/2010, web berita safa.ps

Konflik Afghanistan: Kanak-Kanak di Kandahar Lebih Selamat Dari London

Duta Awam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Mark Sidwell menyebut bahawa Kandahar – kubu kuat Taliban – kadang-kadang menjadi kawasan yang aman bagi kanak-kanak berbanding bandar-bandar besar Barat seperti New York dan London. Kenyataan ini menyanggah laporan yang dibuat oleh kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang menyeleweng.

Kenyataan ini juga bertepatan juga dengan apa yang di ucapkan bekas Duta Besar Britain di Afghanistan yang menyebut bahawa kanak-kanak di sini (Kandahar) lebih selamat dari keadaan kanak-kanak di London atau New York atau Glasgow atau bandar-bandar utama dunia lain.



Ketika ditemuramah oleh wartawan BBC Kanak-Kanak (CBBC), beliau menyanggah - kenyataan yang telah dibuat mengenai aduan dari kanak-kanak Kabul tentang keselamatan mereka berhadapan dengan serangan-serangan bom- bahawa di sana terdapat jumlah yang kecil serangan yang berlaku. Tidak seperti yang dilaporkan. Sebahagian besar dari mereka hidup seharian dalam keadaan aman. Kehidupan di bandar Afghanistan tidak jauh beza seperti kehidupan desa-desa di Barat.


Seorang pakar dari kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang enggan dikenali menyebut, kenyataan Sidwell itu sebenarnya bersalahan dengan fakta. Beliau menegaskan kanak-kanak Afghanistan mengikut purata kadar kematian bagi kanak-kanak berlaku sebelum sempat mencapi umur lima tahun.

Laporan
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mengumumkan bahawa pada November 2009, Afghanistan sebagai tempat paling berbahaya yang tinggi populasi kelahirannya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa 795 ribu mangsa yang terkorban atau cedera kesan dari konflik di Afghanistan bermula September 2008 hingga Ogos 2010.

Sumber , Portal al Jazeera

Lapangan terbang Gaza dibom zionis

Peta: Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(bulatan merah) tidak lagi beroperasi kerap kali menerima serangan zionis. Manakala, laluan perlintasan Sufa(bulatan biru) yang diserang pejuang Palestin berada di garisan sempadan Gaza-tanah jajahan 1948.

GAZA - Awal pagi Sabtu, artileri rejim zionis mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza lebih dari 12 serangan peluru yang mengakibatkan kedengaran beberapa letupan yang amat dahsyat di setiap pelusuk bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Penyampai berita 'Safa' berkata pengeboman zionis seiring dengan tembakan machine-gun yang tidak henti-henti ke arah timur perumahan Nahdhah, di bandar Rafah.

Sumber melaporkan sebelum pengeboman zionis di Rafah, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan hampir 10 serangan roket 'hawn' ke atas laluan perlintasan Sufa di timur Rafah. Sumber 20/11/2010, web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget