Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, telah melancarkan ikrar Ketua Polis Negara yang dibacanya sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk, Seri Abdullah Ahmad Badawi, serta pegawai dan anggota PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 .IKRAR itu antara lain menyasarkan agenda untuk membanteras dan menyelesaikan kejadian jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat bahawa polis sentiasa bersama dalam memberikan perkhidmatan yang dikehendaki serta tidak akan bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan demi memantapkan integriti pasukan.
Suatu ikrar yang menampakkan kesungguhan pihak PDRM untuk membenteras jenayah dan untuk membawa keamanan kepada negara. Ya, dalam Islam setiap jenayah, iaitu perlanggaran terhadap hukum syara’, wajib dicegah. Jika ia dibiarkan pasti akan menimbulkan masalah bagi masyarakat dan negara. Justeru itu Islam sebagai suatu mabda (cara hidup) telah menjelaskan bahawa setiap peringkat lapisan masyarakat samada individu, masyarakat itu sendiri mahupun negara perlu memainkan peranan untuk mencegah segala bentuk perlanggaran terhadap hukum syara’.
Firman Allah SWT: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [TMQ at-
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”. [TMQ a-
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. [TMQ al-
Jenayah adalah bagaikan penyakit yang menimpa masyarakat. Kadar indeks jenayah yang terus meningkat menggambarkan masyarakat yang bertambah rosak dan berpenyakit. Untuk merawat penyakit masyarakat ini maka sudah selayaknya kita mencari penawarnya dari Pencipta yang menciptakan manusia itu sendiri. Tidak ada jawapan lain melainkan kita perlu merujuk kembali kepada penyelesaian yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, peranan pihak polis dalam menangani masalah jenayah ini adalah sebagai pihak yang mewakili negara bagi memastikan undang-undang negara diterapkan di tengah-tengah masyarakat.
Persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari ini ialah apakah undang-undang yang diterapkan itu undang-undang Islam ataupun tidak? Sesungguhnya hanya sistem ‘uqubat Islam sahajalah yang mampu menggerunkan dan mencegah masyarakat dari melakukan jenayah. Kadar jenayah yang meningkat setiap tahun di seluruh dunia ketika ini menyaksikan betapa sistem perundangan dunia Kapitalisme telah gagal untuk mendidik dan menjadikan manusia patuh kepada undang-undang. Falsafah sistem ‘uqubat Islam adalah ianya bersifat zawajir(
Oleh itu ikrar KPN yang dilafazkan itu perlu didokong oleh sistem ‘uqubat yang baik dan yang terbukti mampu mencegah manusia dari terus melakukan jenayah .
Dan apakah ada sistem ‘uqubat selain dari Islam yang mampu menggantikannya
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”. [TMQ al-
Begitu juga keamanan yang diinginkan, ia hanya dapat diperoleh dari Tuhan yang memilki keamanan itu sendiri.
Firman Allah SWT:
“Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”. [TMQ quraisy(
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-
Sedarlah wahai seluruh umat Islam bahawa para pemimpin kita pada hari ini adalah Muslim, ketua polis negara juga adalah seorang Muslim, ketua turus angkatan bersenjata juga adalah seorang Muslim….
Apakah kita masih mengharapkan kesejahteraan dan keamanan itu akan dapat kita perolehi dari undang-undang ciptaan manusia yang masih kita terapkan sehingga kini? Dan sampai bila?
Sumber : Dari seorang sahabat
Rabu, 1 April 2009
Ikrar Ketua Polis Negara?
Dicatat oleh Ikhwan Muslimun Malaysia di 9:35 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan