CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 19 Mei 2009

Teguran Itu Ku Jadikan Iktibar

Assalamualaikum....

Alhamdulillah atas nikmat yang telah Kau kurniakan.

Alhamdulillah juga baru-baru ini mempunyai ruang masa untuk di isi dengan perkara berfaedah lagi.

Dari waktu tengahari ku menunggu kehadiran seorang Senator Mumtaz bersama suaminya.Seorang sahabat dari kalangan kami mengambilnya di lapangan terbang.Telah masuk waktu zohor lalu ana dan sahabat menunaikan solat zohor terlebih dahulu.Sambil menunggu beliau sampai kami menjalankan beberapa program berfaedah terlebih dahulu.

Beberapa lama kemudian sampai sahabat ana membawa Senator Mumtaz bersama suaminya.
Bermulalah dengan sesi takruf dan pengenalan tajuk perbincangan.

Disini semuanya pemimpin dan ada juga bakal menjadi pemimpin.Namun kehadiran Senator Mumtaz menjadikan program perbincangan berjalan dengan lebih lancar.

Teguran dari Senator Mumtaz membuatkan ku lagi bangun dan berfikir.Bukan kerana ku tidak pernah berfikir namun ku selalu berfikir dan semakin berfikir.Ku harapkan teguran dan kata-kata semangat dari Senator menguatkan lagi jati diri khalifah dalam diri ana dan sahabat ana.Ada di kalangannya ingin melepaskan amanah yang diberi dan ada dikalangannya mampu memegang amanah yang telah diberi namuh tiada keyakinan diri.

Mengapa Islam itu perlu di perjuangkan?Dan mengapa perjuangan itu wajib secara berjemaah?
Itu antara persoalan yang keluar ketika perbincangan diadakan.Masing-masing mempunyai perbagai jawapan.Namun insan sebagai khalifah pasti ada jawapan yang pasti bukan hanya untuk agama dalam dirinya sendiri namun agama dalam diri saudara seagama yang lain.Perjuangan itu pasti dituntut dan wajib dilakukan,Hanya insan yang benar-benar beriman dan bertakwa saja akan berjuangan demi agama Islam.Biarlah jawapan dari persoalan yang hadir itu keluar dari hati dan bukanlah hanya di bibir semata-mata.

Perjuangan sebagai khalifah yang masih belajar bukanlah hanya dengan belajar saja dituntut namun berdakwah juga dituntut.Seorang khalifah wajib tahu segala cara dakwah dengan cara dakwah bil hikmah,dakwah bil lisan dan dakwah bil hal.

Seseorang khalifah itu juga perlu tahu politik negara,undang-undang,ketenteraan negara dan ekonomi negara.Dari segi politik seseorang itu perlu menyokong penuh politik yang berteraskan Islam dan bukannya politik bangsa kerana politik bangsa hanya membawa assobiah.mengenal tipu daya pemimpin yang zalim agar diri tidak menjadi mangsa tipuan pemimpin yang zalim.Undang-undang wajiblah diketahui agar tidak melanggar undang-undang dan tidak mengikuti undang-undang(undang2 rekaan manusia) yang dilarang Allah.Mengetahui undang-undang bagi menguatkan lagi persatuan Islam dan dakwah serta tarbiah yang dilaksanakan.Dari segi ketentaraan juga perlu diketahui bagi seorang khalifah supaya ia mampu berperang apabila sahutan perang di lafazkan.Ekonomi sesebuah negara juga penting bagi menyelaraskan sumber kewangan dan bagi mampu melakukan aktiviti jemaah.Ekonomi wajib diketahui bukanlah hanya sebagai mencari sumber kewangan namun mencari kesahihan halal dan haram kewangan itu juga.

Setelah beberapa perkara di ulas dan di bincangkan.Beberapa soalan di timbulkan bagi menguatkan lagi pemahaman semua.Namun masa yang sedikit itu dimanfaatkan oleh semua pihak kerana masing-masing mempunyai urusan dan program selepas itu.

Sekian Wassalamualaikum.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget