Gambar(wikipedia): Pintu masuk di perlintasan sempadan Rafah dari Mesir ke Semenanjung Gaza.
RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah menetapkan sempadan Rafah yang menghubungkan antara Mesir dengan Semenanjung Gaza ditutup selama enam hari. Ketetapan tersebut adalah sempena perayaan menyambut perayaan Aidil Adha.
RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah menetapkan sempadan Rafah yang menghubungkan antara Mesir dengan Semenanjung Gaza ditutup selama enam hari. Ketetapan tersebut adalah sempena perayaan menyambut perayaan Aidil Adha.
Sumber keamanan Palestin dari pekerja panitia penyelarasan di sempadan Radah menjelaskan, pihak Mesir memaklumkan kepada mereka bahawa sempadan Rafah akan ditutup bermula dari 15 sehingga 20 November. Pengumuman awal dibuat agar pekerja-pekerja di sempadan dapat memperolehi cuti sepanjang enam hari.
Gambar(wikipedia): Peta Semenanjung Gaza. Hanya sempadan Rafah satu-satunya pintu untuk menghubungkan Gaza dengan dunia luar, namun perlu kepada kebenaran Kerajaan Mesir. Adapun perlintasan di sempadan-sempadan Gaza-Israel adalah di bawah penguasaan rejim zionis(Israel).
Tambah lagi dari sumber yang menyampaikan laporan kepada agensi berita 'Safa' bahawa bermula dari 26 November, sempadan Rafah akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu. Dinyatakan, penutupan itu adalah hari cuti mingguan kepada pekerja-pekerja di sempadan.
Pada bulan Jun yang lalu, Presiden Republik Arab Mesir, Mohammad Housni Mubarak telah memutuskan pembukaan sempadan Rafah kepada penduduk Palestin yang memohon keluar melalui Mesir untuk rawatan perubatan dan pelajar yang menyambung pelajaran di luar Gaza.
Mesir membuat keputusan menutup sepenuhnya sempadan Rafah setelahmana gerakan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza pada 2007. Menurut sumber, sempadan Rafah adalah satu-satunya pintu yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan dunia luar yang tidak dikuasai oleh Israel. Sumber 08/11/2010, web berita safa.ps
0 ulasan:
Catat Ulasan