GAZA - Seorang remaja Palestin cedera di bahagian kaki akibat terkena tembakan tentera rejim zionis di pertengahan lintasan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza pagi tadi.
Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah dalam kenyataan rasminya berkata, penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Gaza telah ditembak dengan machine-gun zionis, lalu mengenai seorang remaja berusia 15 tahun dan mangsa mengalami kecederaan. Sehingga ini, kecederaan yang dialaminya disifatkan 'pertengahan'.
Kejadian tembakan dari rejim zionis ke atas peladang dan penduduk Palestin di timur dan utara Gaza boleh disifatkan berlaku setiap hari. Berikutan itu, rejim zionis cuba untuk mengadakan zon-zon asing yang dikawal tentera sekaligus diibaratkan melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi kemanusiaan.
Kebelakangan ini, berpuluh-puluh penduduk Palestin sewaktu mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan berdekatan sempadan kerap diancam tembakan dari tentera rejim.
Roket gugur di barat Naqab
Laporan dari radio am Israel berkata, satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di kawasan penempatan haram "She'er Henegev", barat Naqab, di selatan tanah jajahan.
Jelas radio tersebut melalui web beritanya, serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.
Menukil dari sumber, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket.
Lubnan diserang gempa
Sementara itu, pesawat-pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa serangan gempa(bayangan) di ruang udara selatan Lubnan. Sumber 28/11/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
Rabu, 1 Disember 2010
Cedera di Gaza, serangan gempa di Lubnan
Dicatat oleh Ikhwan Muslimun Malaysia di 12:12 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan