CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

Israel putuskan meroboh 22 buah rumah di Al-QudsSumber peta, google map. Penanda berwarna kuning adalah kedudukan Masjid Al-Aqsa, manakala penanda ber

Sumber peta, google map. Penanda berwarna kuning adalah kedudukan Masjid Al-Aqsa, manakala penanda berwarna hijau, huruf C merupakan bandar kecil Silwan yang terletak di dalamnya Hayyu El-Bustan(lingkungan kotak berwarna biru)


Sumber klip berita, 21/06/2010, youtube Al-Jazeerah

Laporan dalam klip di atas mengenai tindakan penjajah yang mencabut hak penduduk asal Baitul-Maqdis dari 4 ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin dari kumpulan Taghyir Wal-Islah(HAMAS) dari bandar Al-Quds. Keempat-empat ahli parlimen itu diarahkan keluar dari Al-Quds. Laporan klip juga memaparkan ancaman dari ketetapan penjajah bagi meroboh rumah-rumah penduduk asal Baitul-Maqdis.

Jawatankuasa Perancangan Jerusalem dan Pembinaan(Jerusalem Planning and Construction committee) - Israel - telah meluluskan satu rancangan kemajuan dari Ketua Majlis Perbandaran yang dikenali "rancangan memajukan Hayyu silwan". Sekaligus, pembangunan rancangan tersebut telah menetapkan bagi meroboh sebilangan besar rumah penduduk Palestin di Hayyu El-Bustan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Majlis Perbandaran Al-Quds mengatakan 22 buah rumah yang dibina itu tanpa kelulusan akan disita selaras untuk rancangan pembinaan yang disebut taman arkeologi "King David".
____________________________

03.25 petang, Mesir/Palestin. Berita terkini dari al-Jazeerah melaporkan Jawatankuasa Tempatan di jajahan Al-Quds meluluskan perobohan 22 buah rumah penduduk Arab di Hayyu El-Bustan. 21/06/2010, berita Al-Jazeerah

Sumber menyebut, perjanjian Geneva mengiktibarkan bandar Al-Quds adalah di bawah jajahan dan tidak boleh memindah penduduk asal Baitul-Maqdis keluar dari bandar Al-Quds.
____________________________

Ketetapan yang secara paksaan itu setelah 22 pemilik rumah dari 88 buah rumah yang diancam roboh mengadakan perjumpaan sejak pagi Isnin. Dinyatakan, mereka diarah merobohkan sendiri rumah mereka serta mengosongkan sisa-sisa perobohan dan menyerahkan tapak tanah kepada Majlis Perbandaran dalam keadaan yang cuci bersih, menurut seorang anggota Jawatankuasa Mempertahankan Hayyu El-Bustan, Fakhri Abu Ziab.

Abu Ziab berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan yang tidak ditetapkan masa perlaksanaannya turut meliputi bahagian yang baru iaitu penyitaan ke atas tanah-tanah yang berada di kedudukan rumah-rumah berkenaan. Jelas Abu Ziab, sesiapa yang melanggar ketetapan itu akan dihukum membayar denda atau penjara.

Malah turut diperingatkan bahawa keputusan yang diluluskan meroboh 22 buah rumah di Hayyu El-Bustan adalah untuk memperdaya kerana rancangan sebenar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan mensasarkan 88 buah rumah. Jumlah tersebut merangkumi keseluruhan rumah-rumah di perumahan terbabit yang didiami 1500 penduduk asal Baitul-Maqdis, Arab Palestin.

Penduduk Palestin protes

Sebagaimana dilaporkan, berpuluh-puluh dari penduduk Palestin yang rumah mereka diancam dengan perobohan telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Majlis Perbandaran Penjajah, di Al-Quds pada hari Ahad yang lalu.

Para penduduk Palestin menyifatkan rancang Majlis Perbandaran Penjajah adalah sebahagian dari pembersihan etnik yang dilakukan secara meluas menentang Palestin. Tujuannya adalah untuk mengosongkan bandar Al-Quds dari penduduk asal dan mengubah bandar Al-Quds menjadi bandar Israel secara keseluruhan. Sumber 21-22/06/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Umat Islam ternanti-nanti janji Obama - Mufti MesirMufti Republik Arab Mesir, Dr.Ali Jumuah berkata, "semua umat Islam ternanti-nanti tindakan permula

Mufti Republik Arab Mesir, Dr.Ali Jumuah berkata, "semua umat Islam ternanti-nanti tindakan permulaan hubungan bantuan kerjasama sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bagi membina tamadun kemanusiaan moden agar lebih seimbang dan adil."

Jelas beliau lagi, umat Islam menjangkakan suatu yang lebih besar dari hanya sekadar mengeluarkan kenyataan malah mengharap diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan yang menjangkaui pemahaman dari sudut dialog kepada perkongsian yang sebenar dan difahami.

Mufti Mesir yang menyampaikan ucapan dalam persidangan "permulaan yang baru" anjuran Jabatan Perpustakaan Iskandariah sempena setahun ucapan Obama di Universiti Kaherah, Mesir yang ditujukan khas kepada umat Islam.

Dalam ucapannya, Mufti Mesir menyebut, 'pembinaan perdamaian yang adil dan sempurna di Palestin akan membawa kesan yang besar iaitu dapat menyokong hubungan dan dialog antara agama. Tambahan pula, perdamaian yang adil di Timur Tengah sebagaimana diungkapkan sudah pasti dapat menjayakan dialog antara timur dan barat, malah dapat mendekatkan lagi antara Amerika dengan dunia Islam, juga Arab.'

Dr.Ali Jumuah turut menegaskan perlunya kepada dasar perubahan yang mengalir dalam realiti masyarakat, khususnya dalam ruang lingkup kebudayaan seperti penerimaan pendapat mereka, pegangan yang diwaris serta keagamaan.

Mufti Mesir menyatakan, tanpa kebudayaan seperti yang disebutkan, maka dasar perubahan yang dicanangkan tidak dapat diteruskan malah tidak akan membenihkan kesan dengan bentuk yang sebenar dalam realiti kehidupan. Sumber 20/06/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

Pejuang kebangsaan letupkan peledak di utara GazaBET LAHIYA - KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH, sayap tentera Barisan Pertahanan Demokrasi Pembebasan Palesti

BET LAHIYA - KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH, sayap tentera Barisan Pertahanan Demokrasi Pembebasan Palestin mengumumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab meletupkan peledak ke atas sepasukan unit tentera Israel di sebahagian kawasan di Bet Lahiya, utara Gaza.

Kumpulan pejuang yang menjelaskan perkara itu kepada agensi berita bahawa salah satu dari unit pejuangnya telah meletupkan peledak ke atas sepasukan unit infantri(tentera pejalan kaki, kamus dewan) pada jam 9.20 malam Ahad di kawasan Abu Samrah, utara Bet Lahiya.

Letupan peledak itu mengakibatkan tentera penjajah parah.

Pejuang tersebut menyatakan bahawa operasi dari unit pejuangnya adalah salah satu bentuk penentangan yang wajar bagi mempertahankan penduduk Palestin. Lebih-lebih lagi menghadang pencerobohan Israel ke Gaza. Sumber 20/06/2010, web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget