CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

Umat Islam ternanti-nanti janji Obama - Mufti MesirMufti Republik Arab Mesir, Dr.Ali Jumuah berkata, "semua umat Islam ternanti-nanti tindakan permula

Mufti Republik Arab Mesir, Dr.Ali Jumuah berkata, "semua umat Islam ternanti-nanti tindakan permulaan hubungan bantuan kerjasama sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bagi membina tamadun kemanusiaan moden agar lebih seimbang dan adil."

Jelas beliau lagi, umat Islam menjangkakan suatu yang lebih besar dari hanya sekadar mengeluarkan kenyataan malah mengharap diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan yang menjangkaui pemahaman dari sudut dialog kepada perkongsian yang sebenar dan difahami.

Mufti Mesir yang menyampaikan ucapan dalam persidangan "permulaan yang baru" anjuran Jabatan Perpustakaan Iskandariah sempena setahun ucapan Obama di Universiti Kaherah, Mesir yang ditujukan khas kepada umat Islam.

Dalam ucapannya, Mufti Mesir menyebut, 'pembinaan perdamaian yang adil dan sempurna di Palestin akan membawa kesan yang besar iaitu dapat menyokong hubungan dan dialog antara agama. Tambahan pula, perdamaian yang adil di Timur Tengah sebagaimana diungkapkan sudah pasti dapat menjayakan dialog antara timur dan barat, malah dapat mendekatkan lagi antara Amerika dengan dunia Islam, juga Arab.'

Dr.Ali Jumuah turut menegaskan perlunya kepada dasar perubahan yang mengalir dalam realiti masyarakat, khususnya dalam ruang lingkup kebudayaan seperti penerimaan pendapat mereka, pegangan yang diwaris serta keagamaan.

Mufti Mesir menyatakan, tanpa kebudayaan seperti yang disebutkan, maka dasar perubahan yang dicanangkan tidak dapat diteruskan malah tidak akan membenihkan kesan dengan bentuk yang sebenar dalam realiti kehidupan. Sumber 20/06/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget