CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 22 April 2010

3 anggota kami ditangkap - HAMAS

TEBING BARAT - HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) dalam keterangan akhbar yang disampaikan kepada agensi berita membuat tuduhan terhadap Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat kerana telah menangkap 3 anggotanya.

Gambar: Sepasukan Keselamatan Palestin yang di'rekrut' Jeneral Keith Dayton, Amerika.

Sumber menjelaskan, Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap semula seorang pejuang Al-Qassam, Wael Al-Bitar yang dibebaskan seminggu yang lalu dari penjara Keselamatan Negara di Ariha.

Sebagaimana sumber menyatakan, Wael ditahan selama setahun 6 bulan di dalam penjara Keselamatan Negara. Dinyatakan lagi, pada tahun 2008, tentera penjajah(zionis) merobohkan rumahnya selepas mengetahui ada seorang komander Al-Qassam di dalamnya. Komander tersebut Shihabuddin An-Natsyah telah syahid.

HAMAS menjelaskan lagi, Pihak Keselamatan turut menangkap Ala' Al-Kouni setelah menggeledah rumahnya di bandar Nablus. Dan seorang lagi, Tareq Masaad berasal dari sebuah kampung(فقوعة قضاء) di Jenin. Tareq juga telah dibebaskan sebelum ini tetapi ditangkap semula.

Sementara itu, ketika operasi penggeledahan di Jenin, Pihak Keselamatan Palestin menangkap seorang wanita yang merupakan ibu kepada pejuang, Abdullah Al-Akr selama 5 jam. Selepas itu, wanita tersebut dibebaskan semula. Rumah Abdullah Al-Akr yang terletak di bandar Nablus juga digeledah beberapa kali, malah Pihak Keselamatan juga menggeledah rumah saudaranya di bandar Jenin. Abdullah yang juga merupakan bekas tahanan, dan diusir dari tanah Palestin semenjak setahun 6 bulan yang lalu.

Sumber 21/04/2010, web berita
safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget