Tak sepatutnya berlaku, tetapi memang sedang dan telah berlaku. Ketika Gaza dipaksa menyembah syarat-syarat sebagai jalan pembebasannya, kewujudan pihak Arab leka melayani karenah perut zionis dan Amerika. Lebih memalukan, jika ada dikalangan pemimpin umat Islam yang manis berbicara di hadapan 2 buah perut itu, kononnya mereka bertemu untuk menyatakan pendirian berhubung double-standard dan diskrimansi hipokrasi demokratik, namun tidakkah ada cara lain untuk menyatakan ketegasan kepada pihak yang membela puak pelampau yang kerap kali bermaharaja-lela di tanah Palestin. Sewajarnya kita gunakan cara kita. Sumber karikatur 22/04/2010, web berita Al-Jazeerah
Mereka sering berbicara tentang perdamaian tetapi mereka tak berusaha untuk menyekat pihak yang suka menimbulkan tak aman kepada perdamaian, malah 'bersemuka secara aman' tetap menjadi alternatif merebut hak. Sumber karikatur 22/04/2010, web berita Al-Jazeerah
Ucapan dan kenyataan rasmi pemimpin utama Amerika Syarikat, malah di'support' menterinya yang tetap mempertahankan kenakalan anak kecil walaupun ternyata anak kecil itu terlalu buas dan sukar dikawal. Adakah memadai mengherdik anak kecil itu supaya dia menghentikan kenakalannya? Kenapa tidak kurung, tidak kawal dan jangan beri langsung gula-gula kepadanya selagimana dia terus buas dan bertindak ganas? Amat dikesali, kita pulak yang dok memanjakan dia lagi.
Sumber karikatur 22/04/2010, web berita Al-Jazeerah
0 ulasan:
Catat Ulasan