CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 2 Februari 2009

Tutuplah aurat mu

Tutuplah aurat mu sebelum kain kapan menjadi menjadi penutup aurat mu dan tutuphlah aurat mu jika kamu menghormati diri mu dan ingin di hormati.

Mungkin ada yang bersependapat belum mendapat hidayah untuk menutup aurat.Adakah ia boleh digunakan?Dan bolehkah nazar boleh ditunaikan dengan perjanjian menutup aurat?

Perlulah cuba beramal dan mencari ilmu untuk menghampiri Allah dan bermohonlah padanya untuk mendapat hidayah.Tetapi kebanyakn masyarakat hanya menjadikan "belum dapat hidayah" sebagai alasan sedangkan mereka hipokrik dalam diri mereka sendiri kerana bila ditanya akan menjawab "belum dapat hidayah" tetapi mereka sendiri tidak cuba untuk mendapatnya.Maka terang2lah yang hipokrik adalah mereka yang berpakaian seperti menutup aurat berniat kerana cantik dan bukan kerana Allah dan mereka yang membuat alasan semata2 sedangkan mereka malas berusaha.Yang lebih mulia dari mereka adalah seseorang yang memaksa dirinya menutup aurat kerana takutkan Allah.

Nazar dengan menutup aurat adalah haram.Kerana yang wajib adalah tetap wajib.Takkan dah dapat apa yang dikehendaki baru nak tutup aurat.Maka nazar menutup aurat juga adalah alasan bg mereka yang sebenarnya tidak takut akan Allah.

Ana :"Kenapa pakai tudung?"
Seseorang :"Rambutkan aurat,jd saya pakai tudung"
Ana :"Tetapi lenganmu,kaki mu,bentuk tubuhmu jugakan aurat?"
Seseorang :"Erm...err.."

Masih ramai yang tidak tahu apa itu aurat dan mengapa ia perlu ditutup.Adakah memaksa diri menutup aurat kerana takutkan Allah itu hipokrik?Tidak kerana ia dilakukan kerana Allah.Tetapi yang hipokrik adalah seseorang yang berpakaian yang nampak menutup aurat atau hampir menutup aurat tetapi kerana ia cantik dan bukan kerana Allah.

Kajian menunjukkan bahawa hanya 20% wanita di Malaysia yang menutup aurat dan lain2 hanyalah cuma berpakaian.Dan kajian menunjukkan hanya 40% lelaki di Malaysia hanya menutup aurat.

Mengapa ia berlaku?Adakah kerana kurangnnya ilmu atau pendedahan?Atau sistem pentadbiran dan perundangan agama di Malaysia lemah?Menutup aurat adalah tanggungjawab setiap orang tetapi saudara seagama yang lain adalah wajib menegur saudara seagamanya dan yang penting adalah PEMIMPIN adalah perlu lebih bertanggungjawab.

Hormat atau menghormati?
Adakah kita akan dihormati kalau kita sendiri tidak menghormati agama kita,diri kita dan orang lain.Bagi pendapat ana,seseorang yang tidak menutup aurat sebenarnya ia tidak menghormati agamanya,maruah dirinya sendiri dan orang lain.Maka jika ia tidak menghormati perkara tersebut maka janganlah memarahi orang lain jika orang lain tidak menghormati dia dan maruahnya.

Tidak menghormati agama:Berpakaian dan berkelakuan yang melanggar batas agama.
Tidak menghormati maruahnya:Berpakaian atau berkelakuan yang merosakkan maruahnya.
Tidak menghormati orang lain:Berpakaian atau berkelakuan yang menyinggung atau meyebabkan orang lain menanggung dosanya akibat pemakaiannya atau perlakuannya.

Maka wahai muslimin dan muslimat tutuplah aurat mu sesungguhnya ia wajib bg mu.Dan beramallah dan jika kamu tidak beramal dengannya sesungguhnya kamu dari golongan yang sesat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget