CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 6 Mac 2009

ILMU dan CINTA


Ramai manusia takut mati kerna dunia...
Ramai manusia cintakan dunia kerna harta...

Kerna harta rosak akhlaknya... Kerna harta rosak imannya... Kerna dunia manusia takut mati... Kerna dunia manusia lupa diri...

Manusia budiman kerna harta,iman dan hidayah Yang Maha Esa...
Manusia beriman bukan kerna harta dan ilmunya tapi kerna hidayah...
Manusia rugi jika harta dan ilmunya sedalam 7 petala bumi dan setinggi 7 petala langit tetapi tiada iman dihatinya...
Hidayah tidak dapat diberi oleh manusia walaupun dia manusia termulia kerna hidayah milik Tuhan Yang Maha Esa...

Tidak berguna mencari ilmu tetapi tak beramal kerana ilmu akan melaknat penuntutnya kerana tidak mengamalkannnya...
Tidak berguna beramal sebanyaknya tetapi tidak mempunyai ilmu di dalam amalnya kerana ilmu akan melaknatnya kerana tidak mempelajari ilmu sebelum beramal dan amal akan melaknatnya kerana beramal tanpa ilmu...

Orang yang berilmu tanpa amal seperti air tanpa bekas ia akan hilang dan kering...
Manakala amal tanpa ilmu seperti bekas tanpa air dan isi mungkin terisi dan beramalan dengan amalan yang sesat.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal amat rugi kerana ilmunya akan hilang dan lupa kerana tidak mengamalkannya.


Orang yang beramal tanpa ilmu akan sesat juga kerana ajaran sesat akan mempengaruhinya...
Beramal dengan amalan khurafat rosak imannya...
Ada manusia mempelajari ilmu dan mengamalkannya pada diri sendiri tapi tak mengajar orang lain kerana tak sayang pada saudara se-Islamnya...

Cinta yang suci tidak mudah dicari dan dilepaskan...
Ada cinta yang tertanam di tanah tanpa hidup dan kekal di dalam tanah,sesat di dalam hutan dan tidak dapat menjumpai jalan keluar,sesat di lautan dan tidak dapat menjumpai daratan,terbang melayang dan hilang tanpa dikesan...

Tapi carilah cinta seperti ini apabila ditanam ia tumbuh dengan segar dan menghasilkan buah yang baik serta membawa kebaikkan kepada semua makhluk,tidak sesat di dalam hutan tetapi jika ia masuk ke dalam hutan ia dapat hidup dengan baik jika ia ingin keluar dari hutan dengan mudah ia keluar...
Tidak sesat dan tidak karam di lautan malah apabila ia ke laut dengan mudah ia mencari daratan untuk mendarat...
Tidak hilang di udara malah mudah bergerak kemana yang hendak ditujuinya...

Renung2kan sambil beramal

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget