CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 6 Mac 2009

Sikap Umat Islam


Pada masa ini, pelbagai pihak menuding jari ke arah al Qaeda kerana mendakwa merekalah yang menjadi dalang di sebalik kejadian di Amman, Jordan. Hakikatnya, sebagai seorang Muslim, kita juga tidak terlepas daripada kesan tuduhan tersebut. Sebagaimana yang menimpa umat Islam di Eropah, khususnya di Britain yang hidup di dalam kebimbangan kerana masyarakat Barat mula bersikap syak wasangka terhadap mereka. Umat Islam dicaci dan bahkan diancam secara fizikal. Umat Islam tidak lagi bebas untuk bergerak di negara-negara barat sebagaimana dahulu. Perilaku setiap Muslim diperhati dan disiasat jika keadaan memerlukan. Barat dilihat mempunyai pelbagai justifikasi untuk menyerang kaum Muslimin dengan keganasan-keganasan yang berlaku ketika ini. Maka untuk berlepas diri, ramailah pemimpin dan kaum Muslimin yang turut mengutuk orang-orang Islam yang terlibat di dalam siri serangan bom ini.

Memang benar, Islam tidak mengizinkan sebarang tindakan ganas yang boleh membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa, tetapi pada masa yang sama, Islam juga tidak membolehkan kita menuduh orang lain tanpa mendatangkan bukti-bukti yang nyata hanya semata-mata untuk berlepas diri. Tanpa disedari atau tidak, dengan tindakan seumpama ini, kaum Msulimin telah mengikut telunjuk Barat dan seterusnya menyebabkan orang Islam yang lain diperlakukan dengan undang-undang rimba ciptaan Barat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa" [TMQ Al Hujurat (49):12]

Umat Islam seharusnya menyedari bahawa pada hari ini, kita juga sebenarnya membenci tindakan-tindakan kaum kuffar Barat sepertimana kebencian yang ada pada Dr Azhari dan rakan-rakan seperjuangannya serta kita ingin sekali melihat bilakah Amerika dan sekutu-sekutunya akan dikalahkan oleh Islam dan seterusnya keamanan di bumi kaum muslimin dikembalikan.

Namun harus kita ingati bahawa sampai bila-bila pun umat Islam tidak akan mampu menentang Amerika dan sekutu-sekutunya selagi mereka berada di dalam keadaan yang berpecah-belah. Hanya dengan penyatuan di bawah sebuah kepimpinan politik sahajalah umat Islam akan berupaya untuk berhadapan dengan kuasa-kuasa besar ini. Apa yang penting, kita mestilah menetapkan keyakinan dan berpegang teguh kepada Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah padahal dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri" [TMQ Ibrahim(14): 12]

Sesunguhnya tidak cukup bagi kita untuk hanya berdoa dan bertawakkal tanpa berusaha. Usaha membina semula negara Islam yang telah diruntuhkan 81 tahun yang lalu bukanlah sesuatu yang mudah, namun begitu, bukanlah sesuatu yang bersifat mustahil. Pada waktu yang sama, dalam menegakkan semula Daulah Islam ini, kita haruslah dengan teliti memerhatikan agar usaha ini dilaksanakan menurut tareqah yang ditunjukkan oleh Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam 100% dan tidak terperangkap di dalam sistem yang ada pada hari atau 'dipaksa' mengikut tareqah yang bertentangan dengan syara'.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget