Pada ketika ini, banyak gerakan Islam bergerak dengan pelbagai tareqah yang berbeza dalam usaha untuk menegakkan kembali syiar Islam. Persoalannya, bagaimana kita dapat membuat keputusan yang manakah berada pada jalan yang benar? Apa yang pasti, Rasulullah saw tidak pernah menganjurkan sebarang tindakan kekerasan ke atas penduduk kafir Mekah ketika peringkat awal dakwah baginda walaupun ketika itu terdapat kaum Muslimin yang terbunuh akibat disiksa oleh pemuka-pemuka Quraisyh. Tareqah Rasulullah inilah yang merupakan satu-satunya kaedah yang benar untuk mengembalikan kehidupan Islam yang amat kita rindui sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Sesunggguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmah) Allah dan (Kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" [TMQ Al Imran(3):21]
" Katakanlah : jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" [TMQ Al Imran (3):31]
"Apa saja yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah " [TMQ Al Hasyr (59):7]
Sepertimana amalan-amalan lain di dalam Islam, dakwah juga tidak terlepas daripada ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Syara'. Izin dakwah hanya diperolehi daripada Allah, bukannya daripada yang lain. Melalui tareqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, para pemikul dakwah harus bersikap terbuka, berani, jelas dan menentang segala sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik ia berupa agama, ideologi, pendapat, konsep, sistem, kebiasaan mahupun tradisi. Matlamat dakwah adalah untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar ke dalam masyarakat sebagaimana yang dikehendaki oleh Syara'.
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang di turunkan Allah " [TMQ Al Maidah ( 5) : 49].
Menelusuri sirah Rasulullah, kita akan dapat menyimpulkan bahawa tareqah yang ditempuh baginda dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang utama;
(i) Tahap Pembinaan (Marhalah Tatsqif). Di dalam tahap dakwah ini, dakwah dijalankan dengan menumpukan kepada pembinaan-pembinaan intensif (Tatsqif Murakkaziy) di dalam halaqah-halaqah khusus untuk melahirkan kelompok-kelompok yang bersedia untuk memikul dakwah.
(ii) Tahap Interaksi dengan umat (Marhalah Tafa'ul). Ia dijalankan tanpa sebarang tindakan fizikal/keganasan dalam rangka untuk memperjelaskan pemikiran dan penyelesaian daripada Islam kepada umat melalui pembinaan-pembinaan umum (Tatsqif Jama'iy) serta mendorong mereka agar turut serta berganding bahu dengan para pemikul dakwah untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar di dalam masyarakat dan negara.
(iii) Tahap Penerapan Hukum (Marhalah Tathbiq) melalui dokongan kuasa politik (Thalab al Nushrah). Pada peringkat ini, hukum Islam diterapkan secara sempurna dan dakwah Islam diserukan ke seluruh dunia.
Jumaat, 6 Mac 2009
Tareqah Rasulullah
Dicatat oleh Ikhwan Muslimun Malaysia di 6:15 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan