CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 6 Mac 2009

Tuduhan dan Hakikat Perjuanggan

Setelah bertahun-tahun diburu, akhirnya Dr Azhari Husin, 48, seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiyyah (JI) yang paling dikehendaki oleh Polis Indonesia terkorban bersama-sama dua orang pembantunya di dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah yang terletak di Batu Malang, Jawa Timur pada 9hb November yang lalu. Beliau didakwa menjadi perancang utama di dalam beberapa siri serangan bom di Indonesia. Pada hari yang hampir sama, berlaku letupan bom di tiga buah hotel di Amman, ibu negara Jordan. Di dalam kejadian tersebut, seramai 59 orang termasuk 11 rakyat asing terkorban manakala lebih 100 lagi cedera. Letupan tersebut melibatkan dua hotel mewah, Hotel Radisson SAS dan Hotel Grand Hyatt. Satu lagi letupan berlaku di Hotel Days Inn yang sering menjadi tumpuan golongan tokoh-tokoh korporat dan pelancong Barat [Utusan Malaysia 10-11hb Novembar 2005].

Dr. Azhari pada hakikatnya merupakan manfestasi daripada gerakan Islam yang lahir daripada kebencian terhadap negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan British yang tidak henti-henti melakukan pencerobohan dan campurtangan di dalam dunia Islam. Kebencian tersebut ditunjukkan melalui siri serangan bom ke atas lokasi-lokasi kepentingan Barat. Walaupun begitu, seringkali terdapat kesangsian di dalam beberapa kejadian tersebut sehingga menyebabkan kita terfikir adakah pengeboman ini benar-benar berjaya menakutkan Amerika dan sekutunya ataukah mereka pula yang mengambil kesempatan daripada serangan-serangan tersebut?

Kesangsian ini ada asasnya berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan tidak semua serangan bom ke atas orang awam itu dilakukan oleh orang Islam. Peristiwa pertama merujuk kepada kejayaan penduduk tempatan Iraq menangkap dua orang rakyat Amerika yang menyamar dengan memakai pakaian Arab ketika cuba untuk meletupkan bom jerangkap samar pada sebuah kereta di tengah-tengah kawasan penempatan penduduk awam di Barat Baghdad pada 11hb Oktober lepas. Namun begitu tidak berapa lama kemudian kawasan tersebut tiba-tiba dikepung oleh tentera-tentera Amerika yang kemudiannya membawa kedua-dua rakyat Amerika itu pergi, meninggalkan para penduduk kehairanan [ al Quds Press]

Peristiwa kedua merujuk kepada penangkapan dua anggota perisikan British oleh polis Iraq di al Basra, sebuah bandar di selatan Iraq. Kedua-dua perisik itu dituduh cuba menyebabkan letupan di al Basra. Tetapi kedua-duanya telah berjaya dilepaskan daripada tahanan oleh tentera-tentera British dengan menggunakan kereta kebal. Peristiwa ini telah menjejaskan hubungan antara pihak polis Iraq dan tentera British [ al Quds Press].

Kedua-dua peristiwa di Iraq itu menimbulkan persoalan kepada kita, siapakah yang sebenarnya melancarkan siri serangan bom ke atas penduduk awam di Iraq selama ini? Hakikatnya, kejadian-kejadian ini merupakan contoh-contoh jelas bagaimana Amerika dan British mencetuskan ketidakstabilan di dunia Islam agar mereka dapat terus campurtangan di dalamnya.

Kewujudan skuad pengebom berani mati dalam gerakan Islam seperti Hamas dan Jemaah Islamiyyah (JI) telahpun diketahui umum. Mereka ini wujud akibat dari perasaan tanggungjawab atas kesengsaraan yang melanda dunia Islam pada ketika ini dan merasakan perlu melakukan sesuatu untuk membela nasib umat Islam. Demi untuk membela umat Islam, mereka sanggup untuk mengorbankan jiwa mereka dan mereka yakin bahawa tindakan tersebut diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Amerika kemudiannya bertindakbalas melalui pendekatan 'reverse psychology' - memutarbalikkan kenyataan itu dengan mengatakan ia adalah suatu perbuatan ganas semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan ajaran Islam. Bahkan propaganda mereka itu menjangkau lebih jauh dari itu - mereka menganggap bahawa sebarang slogan yang mengutuk atau membenci tindakan mereka adalah seruan-seruan yang boleh mencetuskan keganasan dan oleh itu ia juga dikatakan sebagai sesuatu yang ganas. Akibatnya sesiapa yang mengkritik dan melaungkan slogan anti-Amerika akan dilabel sebagai pencetus keganasan. Jika mengkiritik British pula, seseorang itu akan dianggap penjenayah dan boleh ditangkap. Menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan Barat dianggap fundamentalis. Menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan pemimpin yang menerapkan sistem selain daripada Islam dianggap pengganas dan mengancam keselamatan masyarakat. Maka di manakah prinsip kebebasan bersuara yang menjadi asas sistem demokrasi Barat? Adakah prinsip ini benar-benar wujud atau sekadar menjadi kempen atau slogan Barat yang 'mempersonakan'?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget