CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Jun 2010

FATAH mengeksploitasi usaha antarabangsa untuk kembali ke Gaza - HAMASPeta, sumber dari wikipedia. Dalam bulatan merah (-) termaktub di bawah perjanji

Peta, sumber dari wikipedia. Dalam bulatan merah (-) termaktub di bawah perjanjian sempadan 2005. Perjanjian 2005 menetapkan empat pihak yang menyelenggara sempadan Rafah yang menghubungkan antara Gaza-Mesir, iaitu Mesir, Pihak Berkuasa Palestin Ramallah, Israel dan Kesatuan Eropah(EU). Pada 2007, Mesir menutup sempadan Rafah sepenuhnya selepas HAMAS menguasai Gaza, malah pihak EU juga menarik diri.

Berita penuh:

GAZA - Gerakan HAMAS mengecam kenyataan anggota jawatankuasa pusat gerakan FATAH, Muhammad Dahlan berhubung sekatan Gaza dan cuba membangkitkan perjanjian sempadan tahun 2005.

Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri dalam kenyataannya berkata, bahawa "Kenyataan Dahlan adalah sebahagian dari apa yang sedang dilakukan dengan sokongan beberapa Negara Arab yang sedang mengekploitasi usaha-usaha pihak antarabangsa waktu ini, bukannya untuk membebaskan sekatan ke atas Gaza tetapi untuk kembalikan kekuasaan Abbas ke Gaza.
___________________________

Nota: Mahmoud Abbas atau gelarannya Abu Mazen merupakan Presiden gerakan FATAH dan Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).

___________________________

Tambah beliau lagi, 'bahawa kenyataan dari Menteri Luar Perancis yang menyatakan Mesir membantah cadangan Perancis bagi membuka sempadan di bawah pengawasan Eropah dengan alasan Mesir tidak mahu Eropah berhubung dengan HAMAS. Malah mempastikan lagi, bahawa Kaherah dan gerakan FATAH menggunakan isu sekatan sebagai motif politik yang berkait dengan usaha melemahkan HAMAS dan terus memberi tekanan kepada HAMAS'.

Jurucakap HAMAS itu menerangkan bahawa, 'kenyataan Dahlan mengenai pembaharuan perjanjian sempadan 2005 menunjukkan sebaliknya, iaitu FATAH ingin kembalikan semula penjajah ke Gaza memandangkan perkara tersebut telah termaktub dalam perjanjian-perjanjian(perjanjian sempadan 2005), dan kesudahannya penjajah akan kembali menguasai sempadan'.

Beliau berkata, "dengan sedemikian itu menjadi dalil(bukti) tujuan dari usaha yang turut disertai beberapa Negara Arab iaitu mengembalikan kuasa Fatah dan penjajah ke Gaza dan bukannya untuk membebaskan Gaza dari sekatan", menurut beliau.

Sumber media dari agensi berita Mesir menukilkan kenyataan anggota jawatankuasa pusat gerakan FATAH yang mengadakan perbincangan dengan Ketua bahagian Perisikan Mesir, Omar Sulaiman di Kaherah semalam mengenai tindakan sekarang bagi membuka sekatan Israel ke atas Gaza.

Muhammad Dahlan menjelaskan pertemuan dengan Omar Sulaiman membincangkan jalan untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa bagi melaksanakan perjanjian sempadan 2005 yang menetapkan pembukaan kesemua sempadan-sempadan Israel dengan Gaza agar barang-barang perdagangan dan laluan keluar masuk penduduk palestin Gaza-Mesir boleh dibawa masuk ke Gaza ganti dari cadangan pihak Israel yang membicarakan tentang pelonggaran sekatan ke atas Gaza.

Dahlan berkata lagi, bahawa "Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengadakan penyelarasan dengan Kesatuan Eropah(EU) untuk mengemukakan inisiatif membuka sekatan Israel ke atas Gaza", Jelas Dahlan bahawa Pihak Berkuasa Palestin Ramallah tidak akan menerima cadangan Israel untuk melonggarkan sekatan sahaja. Sumber 10/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget