CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 1 Jun 2010

Penantian Pembebasan

09.27 malam, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah bahawa nasib sebahagian dari aktivis/sukarelawan masih tidak diketahui. Sumber web berita safa.ps

07.48 malam, Mesir/Palestin : Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza menyeru kepada Menteri-menteri Luar Arab agar datang Ke Semenanjung Gaza dan mengumumkan bahawa sekatan ke atas Gaza telah berakhir. Sumber web berita safa.ps

07.34 malam, Mesir/Palestin : Menurut Khalid Zubariqah, peguam kepada Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948(garisan hijau) bahawa Pihak Berkuasa Israel telah memutuskan untuk membebaskan Syeikh Raed Salah pada jam 10 pagi, Khamis.

Gambar: Seorang anggota Knesset Yahudi yang cuba menyerang Hanin Zo'bi(kanan) di rostrum.

06.12 petang, Mesir/Palestin : Dalam persidangan khas parlimen Knesset(Israel), dilaporkan beberapa ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan cuba menarik Hanin Zo'bi turun dari rostrum ucapan ketika sedang memberikan penjelasan mengenai serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Beliau turut dihalang dari meneruskan ucapannya, malah dikecam keras anggota Knesset Yahudi dengan caci-maki, antaranya Hanin dituduh 'pengkhianat'.

Dalam perjumpaan khas itu, anggota-anggota Knesset Arab Palestin, Jamal Zuhaliqah dan Muhammad Barkah tidak dapat menyampaikan ucapan kerana cengkaman dan pemulauan dari anggota Knesset Yahudi yang menyifatkan 'pertubuhan bantuan kemanusiaan' dengan 'keganasan'.

Berikutan itu, mencetuskan ketegangan dan perdebatan berapi antara anggota Knesset Arab Palestin dengan Israel.

Demikian itu, beberapa anggota Knesset Yahudi, antaranya Silvan Shalom dan Yunal Hasun mendesak supaya Hanin Zo'bi dihalau ke Gaza, malah dilucutkan warganegara Israel.


Yunal menyatakan dia tidak mahu Zo'bi terus menetap di tanah jajahan 1948 tanpa diletakkan apa-apa syarat. Selain itu, Yunal juga meminta supaya lucutkan status diplomasi Hanin Zo'bi sebagai hukuman.

Hanin Zo'bi salah seorang yang menyertai armada pembebasan. Beliau ahli parlimen yang mewakili sebuah parti Arab Palestin di Israel, dan juga menganggotai parlimen Knesset. Baru-baru ini beliau dibebaskan serta-merta dari tahanan kerana status diplomasi. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

06.09 petang, Mesir/Palestin(berita ringkas) : Sumber dari safa.ps melaporkan dari Israel pada waktu asar tadi bahawa Tel-Aviv telah memutuskan bagi memindahkan semua tawanan armada pembebasan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di utara tanah yang dijajah 1948.

Menurut radio Israel, jumlah aktivis/sukarelawan armada pembebasan yang dilepaskan pulang seramai 630. Dinyatakan, proses yang diambil bagi menyempurnakan urusan pelepasan dalam masa beberapa jam akan datang.

Menurut berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan penjajah berhubung pelepasan aktivis/sukarelawan itu tanpa didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.

Keputusan pelepasan itu berikutan dari tekanan antarabangsa ke atas Israel bagi membebaskan kesemua sukarelawan/aktivis setelah tindakan penjajah menjejaskan hubungan antara Israel dengan Turki malah juga hubungan Israel dengan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun, penjajah masih menahan sukarelawan dari Palestin 1948 yang menyertai armada pembebasan, terutamanya Ketua Gerakan Islam dalam garisan hijau, Syeikh Raed Salah, dan Hanin zo'bi telah dibebaskan semalam. Sumber web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Lagi berita terkini(ringkasan): Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan, dilaporkan akan bertemu dengan Amir Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II petang ini(waktu Turki) di Ankara, Turki.

Berikutan itu, pertemuan kedua-dua pihak ini setelah serangan berdarah ke atas armada pembebasan.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Ahmad Daud Oglo yang telah pulang ke Ankara selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Amerika di Washington mengungkapkan rasa hilang harap terhadap pendirian Amerika berhubung serangan Israel ke atas armada pembebasan yang mengakibatkan kematian dan luka parah.

Ketika perjumpaan di parlimen Turki semalam, Perdana Menteri Turki mendesak supaya Tel-Aviv membebaskan Gaza dari sekatan yang tidak berperikemanusiaan dengan segera.

Beliau bertegas Turki tetap memberi sokongan yang berterusan kepada penduduk Palestin, penduduk Gaza dan mencetuskan perdamaian di Timur Tengah.

Dari pihak Kementerian Luar Israel telah membuat keputusan dengan mengeluarkan kesemua diplomat-diplomat Israel dari Ankara dan Istanbul berikutan bantahan penduduk Turki ke atas serangan armada pembebasan. Sumber web berita Al-Jazeerah

03.24 petang, Mesir/Palestin - Kementerian Kesihatan Palestin Gaza berkata, Pihak Keamanan Mesir tidak membenarkan Menteri Kesihatan Gaza, Basem Nuaim berlepas keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah, Gaza-Mesir.

Kementerian tersebut menjelaskan bahawa Menteri Kesihatan, Basem Nuaim salah seorang peserta dalam Persidangan Akademik yang diadakan buat pertama kali antara Algeria dan Jordan.

Dinyatakan, ini adalah kali kedua beliau dihalang melintasi sempadan Rafah Mesir, dan sebab tidak diketahui. Sumber web berita safa.ps

Semalam, Presiden Mesir, Housni Mubarak memutuskan supaya sempadan Rafah Mesir-Gaza dibuka bagi bantuan kemanusiaan.


10.32 pagi, Makkah
: Menteri-menteri Luar Arab telah mengadakan perjumpaan pada hari ini di Kaherah, Mesir. Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai serangan
Israel ke atas armada pembebasan. Sebagaimana dinyatakan, perjumpaan ini adalah rentetan daripada perjumpaan tergempar wakil-wakil Liga Arab semalam.

Turut serta dalam pertemuan semalam adalah duta Turki setelah Liga Arab bersetuju menjemput Turki sebagai hubungan kerjasama mengenai permasalahan yang berlaku sekarang ini.

Wakil Syria, Yusof Ahmad semalam membuat tiga tuntutan kepada Liga Arab:

1) Bebaskan Gaza dari sekatan.
2) Hentikan rundingan secara tidak langsung dengan Israel.
3) Hentikan segala bentuk perhubungan yang dijalankan dengan Israel.

Wakil Turki pula semalam, menjelaskan pada pandangannnya bahawa apa yang berlaku(serangan berdarah ke atas armada pembebasan) adalah menentang undang-undang antarabangsa kerana kapal-kapal yang diserang itu membawa bantuan kemanusiaan.

Rentetan dari tuntutan Syria yang mendesak sedemikian, Majlis Al-Umma Kuwait telah menarik diri dari inisiatif perdamaian Arab. Sumber web berita Al-Jazeerah


06.20 pagi, Mesir/Palestin
: Penantian hampir 10 jam di jambatan Raja Hussien, akhirnya tiba sejumlah aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan Israel dengan menaiki tiga buah bas.

Setelah tiba, beberapa sukarelawan terus memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku di perairan antarabangsa ketikamana mereka diserang unit komando tentera laut Israel.

Menurut Osman Al-Batiri, salah seorang wartawan Al-Jazeerah yang dibebaskan menceritakan keadaan semasa mereka diserang. Dinyatakan, kapal Mavi Marmara dikepung 10 buah bot(bot laju dan kapal perang)perang Israel, dan sekitar 100 anggota tentera Israel yang terlibat dalam operasi 'angin syurga'. Pada mulanya, mereka(aktivis) menentang dan mempertahankan kapal dari di rampas, bagaimanapun, tiba helikopter Israel dengan menurunkan tentera-tentera Israel dan berlaku pergelutan. Ketika itu, tentera Israel melepaskan gas pemedih mata.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Israel bahawa sukarelawan mahupun aktivis menyerang tentera-tentera Israel dengan senjata, beliau menafikan sedemikian malah berkata, apa yang dikatakan Israel berita bohong dan tidak benar. Para aktivis tidak membawa apa-apa senjata sebagaimana yang didakwa.

Menurut Ketua Biskop(kristian) yang mengikuti armada pembebasan menyatakan, perjalanan kami ke Gaza adalah misi kemanusiaan dan tidak ada kaitan dengan politi. Katanya lagi, Israel bersikap seperti tidak bermoral.

Aktivis ditembak

Berhubung tentera Israel menembak aktivis armada pembebasan, wartawan Al-Jazeerah berkata, dia menyaksikan sendiri beberapa yang terkorban ditembak tentera Israel dengan peluru hidup.

Salah seorang aktivis ditembak dibahagian dada, darah memercik keluar. Dan seorang lagi ditembak dibahagian kepala, dipercayai dilakukan oleh penembak tepat.

Pergelutan bertambah sengit apabila para aktivis mempertahankan kabin kapten kapal dari dipecah masuk tentera-tentera Israel. Ketika itu, bunyi tembakan dari tentera Israel.

Seorang dari sukarelawan wanita, Saimah Salleh yang juga wakil media berkata, pada jam 10.30 malam(30/05/2010), jaringan internet telah terputus dan menyukarkan kerjanya untuk menyampaikan maklumat.

Tentang kejadian serangan tentera Israel, dia juga menyaksikan beberapa orang sukarelawan ditembak tentera Israel. Jelas Saimah, majoriti yang terkorban ditembak di bahagian kepala dan perut.

Tiba di pelabuhan Ushdud(Ashdud), Israel

Wartawan, Osman Al-Batiri berkata, mereka tiba di pelabuhan Ushdud dalam jam 7.00 petang, Palestin.

Tentang soal siasat, beliau hanya ditanyakan soalan..mengapa datang ke sini? dan kenapa mahu ke Gaza yang merupakan zon tentera?

Sehubungan dengan itu, dari kalangan aktivis/sukarelawan juga disoal siasat oleh anggota Shabak, iaitu Israel Security Agency (ISA) atau Shin Bet. Lihat wikipedia Shin Bet.

Barang peribadi dicuri

Menurut beberapa aktivis/sukarelawan dari Jordan dan beberapa lagi yang telah dibebaskan itu, menceritakan barang-barang peribadi milik mereka seperti kamera, handset, video rakaman, duit dan seumpamanya telah dicuri oleh tentera Israel.

Laporan ini adalah sebahagian yang sempat dicatat. Dan maklumat mengenai aktivis/sukarelawan Malaysia, pihak kami belum dapat lagi.

04.57 pagi, Mesir/Palestin[09.57 pagi Malaysia] : Menurut akhbar AFP, Nicaragua telah mengeluarkan ketetapan bagi memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel. Sumber berita Al-Jazeerah

03.55 pagi, Mesir/Palestin : Sekali lagi, laporan dari wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah dari jambatan Raja Hussien menyatakan aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan belum lagi muncul di jambatan itu.

Wartawan Al-Jazeerah itu menyatakan, kesemua yang akan tiba di jambatan itu berjumlah 124(jumlah terkini) aktivis/sukarelawan.

Berhubung dengan delegasi aktivis Algeria yang mengikuti armada pembebasan kesemuanya berjumlah 32 orang yang terdiri dari kalangan ahli parlimen, ahli perniagaan dan media.

Bagaimanapun, menurut agensi berita AFP, pada petang semalam(Selasa), jumlah delegasi aktivis dari Algeria yang akan dibebaskan berjumlah 28 orang mengikut perangkaan dari tentera penjajah, maka nasib dari empat sukarelawan Algeria tidak diketahui.

Sebelum itu, dijelaskan, empat sukarelawan Algeria yang diberkas Israel, iaitu dari gerakan (حزب حركة مجتمع السلم الجزائرية) atau ringkasannya حمس.

Gerakan tersebut tidak dinyatakan sebab penjajah masih memberkas empat sukarelawan itu sedangkan warga Algeria yang lain telah ditetapkan 'bebas', namun dijelaskan nama gerakan itu hampir sama dengan gerakan HAMAS - حركة المقاومة الإسلامية - حماس.

Wartawan Al-Jazeerah turut memaklumkan bahawa jarak perjalanan dari penjara Beer Sheeba(Bi'r Sab'a) ke jambatan itu mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit, namun penantian di sini telah mengambil masa selama 5-8 jam dari makluman yang disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah(04.34 pagi, Makkah)

Gambar: Kapal '8000' ketika ditawan lanun zionis setelah tragedi berdarah pada pagi 31/05/2010 di perairan antarabangsa, laut medittreanean.

02.55 pagi, Mesir/Palestin
: Sebagaimana dilaporkan pada malam tadi, Israel akan membebaskan 120 aktivis/sukarelawan dan dijangkakan akan tiba jambatan Raja Hussien yang menghubungi Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan. Dinyatakan, 120 yang dibebaskan itu dari Negara-negara yang tidak ada hubungan diplomasi dengan Israel.


Wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah melaporkan sebentar tadi bahawa aktivis-aktivis yang telah dilepaskan penjajah belum tiba lagi di jambatan tersebut.

Mengulas tentang keadaan di jambatan tersebut, wartawan menjelaskan di sini penantian aktivis disambut secara rasmi, wakil-wakil kedutaan, NGO-NGO dan wakil media dari peringkat antarabangsa dan tempatan telah berada di situ sekitar 5-8 jam yang lalu.

Dimaklumkan, setibanya aktivis-aktivis di jambatan tersebut, aktivis dari Kuwait akan berlepas pulang segera ke Kuwait, dan aktivis yang berwarganegara Jordan juga sedemikian, manakala lain-lain warganegara seperti, Indonesia, Mauritania, Yaman, Algeria, Pakistan, dan beberapa buah lagi Negara Arab akan menetap sementara di hotel Amman.

Menurut sumber lagi, kemungkinan aktivis yang telah dilepaskan penjajah akan tiba dalam masa beberapa jam lagi. Sumber berita Al-Jazeerah.

02.07 pagi, Mesir/Palestin : Web berita safa.ps menyiarkan satu laporan mengenai ucapan Presiden Israel, Shimon Peres(gambar), link wikipedia Shimon Peres.

Peres ketika menyampaikan ucapan di universiti Haifa, utara Palestin(tanah yang dirampas Israel) menyifatkan tindakan(operasi) komander tentera laut Israel ke atas armada pembebasan sebagai 'wira dan boleh dibanggakan malah boleh diteladani semua pihak'.

Shimon menyatakan bangga dengan tentera-tentera Israel yang rela menerima kepedihan dari orang lain yang bakal menerima kepedihan itu.

Mengulas tentang mangsa-mangsa serangan tentera penjajah yang terkorban dan mengalami luka parah, Perez berkata, 'mana-mana tentera di dunia akan melepaskan tembakan dari senjata yang mereka galas ketika keadaan yang penuh sangsi'. Sumber web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget