GAZA - Sumber melaporkan, pesawat tempur penjajah telah melancarkan serangan pada pagi ini(Jumaat) ke atas kawasan terbuka di utara Gaza, sementara dua terowong bawah tanah di selatan Gaza juga dibom.
Sumber keamanan Palestin menjelaskan, bahawa pesawat tempur Israel jenis F-16 telah menghentam dua buah kawasan terbuka di Bet Lahiya dan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza dengan dua serangan peluru. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan tetapi berlaku kerosakan dari segi harta benda.
Laporan dari berita Al-Jazeerah menyebut serangan Israel di utara Gaza itu adalah mensasarkan tempat simpanan senjata.
Sementara itu, pesawat tempur Israel mengebom dua buah terowong bawah tanah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kemusnahan dan ada laporan mengenai mangsa yang terkorban.
_______________________________________
Terkini(03.26 petang, Palestin/Mesir). Laporan dari sumber perubatan selepas waktu Jumaat bahawa pasukan penyelamat dan bantuan cemas telah membawa naik 2 mayat penduduk Palestin yang terkorban dalam pengeboman Israel di salah sebuah terowong bawah tanah.
Menurut sumber yang menghubungi agensi berita menyatakan, pihaknya telah mengecam identiti salah seorang penduduk Palestin itu, iaitu Amir Abu Hudaid, 22.
Jelas sumber lagi, Abu Hudaid terkorban bersama seorang kawannya ketika sedang bekerja dalam salah sebuah terowong bawah tanah sebelum kawasan itu menjadi sasaran pengeboman Israel.
________________________________________
Dari pihak penjajah melalui radio am Israel menyebut, serangan itu disifatkan serangan ke atas sasaran yang digunakan untuk kelengkapan logistik peperangan, iaitu dua buah terowong bawah tanah di selatan Gaza. Radio tersebut berkata, pesawat tempur Israel telah melancarkan serangan yang tepat ke atas sasarannya.
Jelas radio Israel lagi, bahawa serangan ini adalah balasan ke atas 10 roket jenis 'hawn' yang dilancarkan ke atas penempatan Israel yang kedudukannya setentang dengan Semenanung Gaza. Sumber 25/06/2010(09.00 pagi, Palestin/Mesir), web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah(03.10 petang, Mesir)-Kemaskini jam 04.20 petang, Mesir-
0 ulasan:
Catat Ulasan