CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 15 Jun 2010

Pejuang terselamat dari pengeboman Israel

01.49 petang, Mesir/Palestin : Sekumpulan pejuang Palestin selamat dari pengeboman jentera perang Israel yang menceroboh timur Khan Yunus.

02.48 petang, Mesir/Palestin : SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membuat pengumuman bahawa pejuangnya meletupkan peledak ke atas jentera perang Israel berdekatan pintu gerbang As-Srij.

Berita penuh:

KHAN YUNUS - Ketegangan keamanan yang timbul dapat dilihat secara nyata semenjak beberapa jam dari pagi tadi. Berikutan itu, tiga pejuang Palestin terselamat dari pengeboman artileri Israel di kawasan pintu gerbang As-Srij(منطقة بوابة السريج) di timur laut bandar Khan Yunus, selatan Gaza.

Sumber dari agensi berita 'safa' menjelaskan bahawa pengeboman Israel itu mensasarkan sekumpulan pejuang Palestin yang berada di kawasan terbabit sebaik sahaja pejuang meletupkan sebuah peledak di kawasan itu, namun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Berita yang dilaporkan pada jam 02.29 petang, Mesir/Palestin bahawa pejuang Palestin masih bertempur dengan tentera penjajah. Dinyatakan, tiga pejuang Palestin menembak roket jenis hawn ke arah jentera perang penjajah yang berada di situ, seraya penjajah membalas dengan melepaskan tiga tembakan artileri di samping menghujani tembakan yang bertubi-tubi.

Sebagaimana dimaklumkan, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraannya di kawasan yang berlaku pertempuran. Saksi kejadian menyatakan berpuluh buah jentera perang penjajah, antaranya jentera pengangkut tentera, jip hammer muncul sebentar tadi di kawasan berlakunya pertempuran.

Awal pagi tadi, setelah pejuang meletupkan peledak, pihak tentera penjajah menghantar bantuan ketenteraan dan jentera pengangkut tentera ke kawasan letupan itu.

Sumber berita menjelaskan, tiga buah kereta kebal dan tiga buah jentolak menceroboh masuk sejauh 500 meter dari pos kawalan tentera Kissufim Israel. Setelah menceroboh, Israel mengadakan operasi mengesan dan meratakan tanah-tanah pertanian di kawasan terbabit di Qararah, timur laut wilayah Khan Yunus.

Dilaporkan juga, menara kawalan tentera Israel di kawasan berkenaan melepaskan tembakan senjata ringan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Jelasnya, kawasan sempadan di timur Khan Yunus menyaksikan pergerakan jentera perang penjajah yang tidak sebagaimana biasa dari semasa ke semasa. Sumber 14/06/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget