CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 23 November 2010

Zionis rempuh masuk daerah-daerah di Jenin

JENIN - Sepasukan tentera rejim zionis telah merempuh masuk ke beberapa buah daerah di barat Jenin, awal pagi tadi. Rempuhan di daerah utara Tebing Barat itu turut disertai operasi pemeriksaan, malah sekatan jalan yang menghubungi Jenin-Haifa berhampiran kampung zabouna juga diadakan secara mengejut selama beberapa jam di awal pagi.

Gambar(safa): Tentera rejim zionis yang menjalankan operasi 'mengesan' di beberapa buah kawasan terbuka.

Sumber tempatan berkata,
"awal pagi tadi, tentera zionis yang menceroboh 'Anoun, Yamoun dan Ramaanah turut melakukan operasi mengesan di beberapa buah kawasan terbuka, namun tiada rumah yang diserbu masuk."

Jelas lagi sumber, kerahan sebilangan besar tentera zionis dapat dilihat di dua buah kampung, Yamoun dan Burqain. Rejim zionis telah menjalankan operasi 'mengesan' antara tempat-tempat pemprosesan minyak zaitun yang kini telah memasuki hari kedua. Sumber 22/11/2010, web berita safa.ps

Konflik Afghanistan: Kanak-Kanak di Kandahar Lebih Selamat Dari London

Duta Awam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Mark Sidwell menyebut bahawa Kandahar – kubu kuat Taliban – kadang-kadang menjadi kawasan yang aman bagi kanak-kanak berbanding bandar-bandar besar Barat seperti New York dan London. Kenyataan ini menyanggah laporan yang dibuat oleh kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang menyeleweng.

Kenyataan ini juga bertepatan juga dengan apa yang di ucapkan bekas Duta Besar Britain di Afghanistan yang menyebut bahawa kanak-kanak di sini (Kandahar) lebih selamat dari keadaan kanak-kanak di London atau New York atau Glasgow atau bandar-bandar utama dunia lain.



Ketika ditemuramah oleh wartawan BBC Kanak-Kanak (CBBC), beliau menyanggah - kenyataan yang telah dibuat mengenai aduan dari kanak-kanak Kabul tentang keselamatan mereka berhadapan dengan serangan-serangan bom- bahawa di sana terdapat jumlah yang kecil serangan yang berlaku. Tidak seperti yang dilaporkan. Sebahagian besar dari mereka hidup seharian dalam keadaan aman. Kehidupan di bandar Afghanistan tidak jauh beza seperti kehidupan desa-desa di Barat.


Seorang pakar dari kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang enggan dikenali menyebut, kenyataan Sidwell itu sebenarnya bersalahan dengan fakta. Beliau menegaskan kanak-kanak Afghanistan mengikut purata kadar kematian bagi kanak-kanak berlaku sebelum sempat mencapi umur lima tahun.

Laporan
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mengumumkan bahawa pada November 2009, Afghanistan sebagai tempat paling berbahaya yang tinggi populasi kelahirannya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa 795 ribu mangsa yang terkorban atau cedera kesan dari konflik di Afghanistan bermula September 2008 hingga Ogos 2010.

Sumber , Portal al Jazeera

Lapangan terbang Gaza dibom zionis

Peta: Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(bulatan merah) tidak lagi beroperasi kerap kali menerima serangan zionis. Manakala, laluan perlintasan Sufa(bulatan biru) yang diserang pejuang Palestin berada di garisan sempadan Gaza-tanah jajahan 1948.

GAZA - Awal pagi Sabtu, artileri rejim zionis mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza lebih dari 12 serangan peluru yang mengakibatkan kedengaran beberapa letupan yang amat dahsyat di setiap pelusuk bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Penyampai berita 'Safa' berkata pengeboman zionis seiring dengan tembakan machine-gun yang tidak henti-henti ke arah timur perumahan Nahdhah, di bandar Rafah.

Sumber melaporkan sebelum pengeboman zionis di Rafah, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan hampir 10 serangan roket 'hawn' ke atas laluan perlintasan Sufa di timur Rafah. Sumber 20/11/2010, web berita safa.ps

Pesawat zionis bedil 2 terowong bawah tanah

GAZA - Menjelang lewat tengah malam (jam 11.04 malam, waktu Palestin), pesawat tempur zionis telah melancarkan serangan ke atas dua buah terowong bawah tanah yang berdekatan dengan Mukhayyam Yubna. Terowong bawah tanah yang diserang itu terletak di sempadan antara Rafah Gaza dengan Mesir di selatan Semenanjung Gaza.

Jelas pemberita 'Safa' bahawa serangan yang dilancarkan oleh pesawat F-16 zionis ke atas 2 terowong bawah tanah tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Seiring serangan pesawat zionis, tentera rejim zionis yang berada di pengkalan menara kawalan tentera dari arah timur bandar Rafah turut menghujani tembakan yang menghala ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin dan tanah-tanah pertanian.

Sebelum kejadian, pesawat-pesawat tempur zionis dilihat berterbangan rendah meninjau di sekitar ruang udara Gaza. Sumber web berita safa.ps

Jumaat, 19 November 2010

Pengawai IDF: Gagalnya Rundingan boleh menyebabkan Fatah Jatuh

Sumber IDF melaporkan kelangsungan hidup kerajaan FATAH bergantung kepada perundingan keamanan.

1. IDF: Israel Defense Forces(wikipedia)

Gambar(wikipedia): Logo IDF

WASHINGTON – Penangguhan rundingan Israel-Palestin tidak hanya merenggangkan hubungan Israel dengan Amerika Syarikat(AS), tetapi juga boleh merosakkan hubungan para pemimpin Palestin di Tebing Barat.

Menurut laporan luar negeri, tentera dan pegawai perisikan IDF memberi amaran bahawa jika tiada perjanjian damai segera dicapai, kerajaan FATAH akan runtuh, meninggalkan rejim di tangan HAMAS – yang mana disokong oleh Iran dan Syria.

Dalam sebuah wawancara yang diterbitkan dalam Washington Post, seorang pegawai senior Israel memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam pengendalian rundingan mempunyai peluang yang sempit sebelum berakhirnya dengan ketenangan iaitu tanpa sebarang penyelesaian. Ketenangan tersebut tidak akan tetap selamanya, pengawai tersebut memberi amaran dan mengatakan bahawa jika ahli politik Israel gagal mencapai apa-apa melalui perundingan, akan ada perkara yang lebih besar berlaku dalam masa enam hingga sembilan bulan.

Walaupun peningkatkan koordinasi antara pasukan keselamatan Israel dan Palestin yang memberikan sumbangan terhadap ketenangan rundingan, situasi ini mampu mencetuskan propaganda. Pengawai tersebut ragu sekiranya pasukan dari pihak Palestin akan dapat terus melakukan koordinasi jika rundingan itu gagal. Oleh sebab itu, IDF sedang mempersiapkan pergerakan menghadapi Intifada ketiga.

Surat khabar itu juga memetik pegawai lain daripada perisikan Israel, yang setuju supaya proses penghapusan infrastruktur keselamatan Palestin dipercepatkan.

Majalah mingguan Time juga mendakwa bahawa kejayaan hubungan keselamatan bersama Israel-Palestin bergantung pada kemajuan(anjakan) dalam perundingan. Semasa sesi penerangan antara wartawan asing, seorang pengawai Israel mengatakan Israel mengharapkan rundingan keamanan tersebut berjaya dilaksanakan dan pada masa yang sama untuk mempertahankan legitimasi pasukan keselamatan Palestin. Sumber 17/11/2010, www.ynetnews.com


Khamis, 18 November 2010

Telah 25 Tahun Kes Memali



19 November 1985 merupakan sejarah di mana golongan Ulama dan penyokong Ulama dibunuh oleh polis hutan dan tentera atas alasan kononnya menyerang menentang komunis namun hakikatnya polis hutan dan tentera sebenarnya menyerang Ulama dan penyokong Ulama.

Semoga para syuhadah tenang dan kes Memali berjaya dirungkai serta pihak yang bersalah akan dihukum dengan seadil-adilnya.

Dua syahid dibom pesawat pengintip

Gambar(Al-Jazeerah): Polis Gaza berada di sisi kereta yang dibom zionis.

GAZA
- Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian yang mengorbankan dua penduduk, manakala 3 lagi penduduk yang lain mengalami luka parah. Kedua-dua mangsa yang syahid dibawa ke hospital Syifa' yang terletak di bandar Gaza petang tadi.


Berhubung kejadian, Abu Salmiah berkata, kedua-dua mangsa yang syahid dikenali Muhammad dan Islam Muhammad Yasin. Jelas Abu Salmiah lagi tanpa menjelaskan lebih terperinci bahawa kedua-dua penduduk itu berasal dari Kem Pelarian Tentera, Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Sumber polis Gaza berkata, kereta yang dinaiki mangsa meletup disebabkan pengeboman zionis dari udara.

Jelas saksi kejadian kepada agensi berita 'Safa', sebuah pesawat pengintip zionis mensasarkan satu serangan peluru misil ke atas sebuah kereta awam jenis 'GOLF' yang melalui berhampiran di persimpangan sha'biah, pertengahan bandar Gaza.


Gambar(Al-Jazeerah): Mangsa serangan yang dibawa ke hospital.

Saksi menjelaskan lagi, pengeboman ke atas kereta tersebut berlaku ketikamana pesawat-pesawat pengintip zionis yang kerap membuat tinjauan di ruang udara kawasan berkenaan.


Tambah sumber dari web berita Al-Jazeerah, tentera rejim zionis mengumumkan pihaknya melakukan serangan tersebut yang mensasarkan seorang pejuang JAISH AL-ISLAM, Islam Muhammad Yasin. Mengikut dakwaan tentera rejim, sasaran tersebut merupakan perancang bagi menculik Israel di Sinai, Mesir.

Dalam keterangan rasmi, tentera rejim berkata, pihaknya melaksanakan misi dengan kerjasama Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri(SHABAK) dengan melancarkan serangan ke atas seorang anggota tertinggi JAISH AL-ISLAM.

Sebagaimana yang dilaporkan, pada 3 minggu yang lalu, rejim zionis telah membunuh salah seorang pejuang JAISH AL-ISLAM di Gaza dengan cara(modus operandi) yang sama. Sumber 17/11/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Pejuang AL-QUDS hadang kemaraan unit khas zionis

Gambar(Safa): Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS.

GAZA - Kumpulan pejuang Palestine, SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengumumkan pejuangnya bertanggungjawab menghadang sebuah unit khas tentera zionis yang melepasi masuk di timur Qararah, timur laut Khan Yunus, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Kenyataan rasmi SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "pada jam 2.30 awal pagi tadi, sebuah unit dari kumpulan pejuang SARAYA berdaya menghadang kemaraan sebuah unit khas tentera zionis yang masuk ke Qararah melalui pos tentera Kissufim."

"Tentera zionis yang mara telah dihadang dengan tembakan senjata berat, machine-gun dan pelancar roket 'hawn', lantas, beberapa orang tentera zionis telah tercedera dalam pertempuran sengit yang meletus lebih dari 15 minit. Ketika bertempur, kedudukan antara pejuang dengan tentera zionis hanyalah beberapa meter sahaja, kemudian zionis berundur ke pos kawalan Kissufim setelah bertempur,"
ujar SARAYA mengesahkan kejadian.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS menegaskan pihak pejuang berhak menghadang sebarang tentangan ke atas penduduk Palestin malah telah lama jalan memiliha jalan penentangan dan jihad sehinggalah terbebasnya keseluruhan tanah-tanah Palestin. Sumber 16/11/2010, web berita safa.ps

Rabu, 10 November 2010

Bincang ubah Jordan jadi Negara Palestin

Gambar(safa): Wilders, kanan dan Eldad di sebelah kiri.

AN-NASIRAH, - Seperti yang dijadualkan, ahli parlimen Belanda berhaluan kanan yang dikenali sebagai penentang Islam, Geert Wilders juga akan turut serta dalam sebuah persidangan Israel yang diadakan pada bulan akan datang. Penyertaan Geert adalah atas undangan dari seorang pelampau zionis, iaitu anggota parlimen Knesset, Aryeh Eldad dari parti National Union.



Menurut akhbar 'Haaretz' versi hebrew(Ibrani), persidangan bersama yang diadakan itu bertujuan untuk membincangkan rancangan bagi mengubah Jordan kepada sebuah Negara bangsa kepada masyarakat Palestin. Di samping itu, juga menolak cadangan penyelesaian konflik dengan penubuhan dua buah negara bagi dua bangsa yang menetapkan penubuhan Negara Palestin di tanah-tanah Palestin di Tebing Barat.

Persidangan yang bakal dihadiri anggota-anggota parlimen Knesset dari haluan kanan dan kiri akan membincangkan baik buruk perubahan Jordan kepada sebuah Negara bagi masyarakat Palestin serta melenyapkan asas penyelesaian konflik, dua buah Negara untuk dua bangsa.

Wilders benci Islam


Sebelum ini, ahli parlimen Belanda, Geert Wilders yang amat membenci Islam dan muslimin telah menggesa agar melarang pembinaan masjid di Belanda malah menyebarkan sebuah filem(gambar)(fitna) yang menghina Rasulullah SAW. Tindakan Wilders telah membangkitkan kemarahan umat Islam yang melebihi 1 bilion dari seluruh dunia.



Aryeh Eldad(gambar:wikipedia) telah menjelaskan bahawa persidangan akan datang adalah demi mempersembahkan rancangan dan strategi-strategi bagi menentukan Jordan diubah menjadi Negara Palestin. Demikian itu, cadangan dan rancangan penyelesaian konflik dengan penubuhan dua buah Negara untuk dua bangsa sudah pasti mengancam kewujudan masyarakat Israel dan Negaranya, ungkap anggota Knesset itu.


Berikutan itu,
"ahli parlimen Belanda, Geert Wilders telah dijemput ke persidangan terbabit sebagai salah seorang pendokong kuat bagi penubuhan Negara Palestin di Jordan," kata Eldad lagi. Sumber 08/11/2010, web berita safa.ps

6 hari tutup sempadan Rafah

Gambar(wikipedia): Pintu masuk di perlintasan sempadan Rafah dari Mesir ke Semenanjung Gaza.

RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah menetapkan sempadan Rafah yang menghubungkan antara Mesir dengan Semenanjung Gaza ditutup selama enam hari. Ketetapan tersebut adalah sempena perayaan menyambut perayaan Aidil Adha.

Sumber keamanan Palestin dari pekerja panitia penyelarasan di sempadan Radah menjelaskan, pihak Mesir memaklumkan kepada mereka bahawa sempadan Rafah akan ditutup bermula dari 15 sehingga 20 November. Pengumuman awal dibuat agar pekerja-pekerja di sempadan dapat memperolehi cuti sepanjang enam hari.




Gambar(wikipedia): Peta Semenanjung Gaza. Hanya sempadan Rafah satu-satunya pintu untuk menghubungkan Gaza dengan dunia luar, namun perlu kepada kebenaran Kerajaan Mesir. Adapun perlintasan di sempadan-sempadan Gaza-Israel adalah di bawah penguasaan rejim zionis(Israel).





Tambah lagi dari sumber yang menyampaikan laporan kepada agensi berita 'Safa' bahawa bermula dari 26 November, sempadan Rafah akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu. Dinyatakan, penutupan itu adalah hari cuti mingguan kepada pekerja-pekerja di sempadan.

Pada bulan Jun yang lalu, Presiden Republik Arab Mesir, Mohammad Housni Mubarak telah memutuskan pembukaan sempadan Rafah kepada penduduk Palestin yang memohon keluar melalui Mesir untuk rawatan perubatan dan pelajar yang menyambung pelajaran di luar Gaza.

Mesir membuat keputusan menutup sepenuhnya sempadan Rafah setelahmana gerakan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza pada 2007. Menurut sumber, sempadan Rafah adalah satu-satunya pintu yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan dunia luar yang tidak dikuasai oleh Israel. Sumber 08/11/2010, web berita safa.ps

Rejim zionis bedil Rafah, Khan Yunus

GAZA - Pesawat tempur zionis telah melancarkan dua serangan malam ini ke atas dua buah lokasi yang berbeza, Khan Yunus dan Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Pemberita 'Safa' berkata, pesawat tempur zionis yang menyerang kawasan 'الزنة' di timur laut Khan Yunus mensasarkan sebuah tanah lapang. Dinyatakan, satu serangan misil dari pesawat zionis tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Seiring serangan terbabit, sebuah lagi pesawat tempur jenis F-16 zionis telah mengebom terowong bawah tanah di kawasan 'يبنا' yang terletak di barat bandar Rafah. Serangan yang dilaporkan itu mengakibatkan seorang penduduk di lokasi berkenaan mengalami kecederaan ringan. Malahan turut mengakibatkan cermin tingkap beberapa buah rumah yang berhampiran pecah berikutan letupan yang terlalu kuat.

Menurut pemberita lagi, terowong bawah tanah yang menjadi sasaran serangan itu telah lama terbiar(ditinggalkan) kerana kerap dibom sebelum ini oleh pihak rejim zionis. Ketetapan bagi meninggalkan terowong tersebut dikeluarkan sendiri oleh pihak berautoriti yang berkaitan dengan pembinaan terowong bawah tanah. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps

Ketua Perisikan Mesir ke Israel

Gambar(safa): Kiri, Simon Perez dan kanan, Omar Sulaiman.

AL-QUDS, - Ketua Badan Perisikan Am Mesir, Wazir Omar Sulaiman telah tiba di Israel hari ini sebelum menjelang tengah hari tadi.

Menurut radio umum Israel dalam laporannya terdahulu menyebut bahawa Sulaiman akan mengadakan pertemuan dengan Presiden rejim zionis, Simon Perez sebaik sahaja tiba di Israel.

Sumber menyatakan, pertemuan antara kedua-dua pihak ini akan membincangkan beberapa permasalahan dan isu yang berkaitan dengan jadual masa mengurus isu.

Sepertimana yang disebut, perkara pertama yang akan disentuh adalah jalan untuk mengembalikan semula rundingan bagi membina persamaan penyelesaian isu antara rejim zionis dan Palestin. Hal yang bakal diperbincangkan ini ekoran dari sebab kerja perumahan zionis yang dibangunkan lagi di penempatan-penempatan haram Israel. Selain itu, kedua-dua pihak ini akan membincangkan lagi beberapa lagi permasalahan serantau.

Menurut radio umum Israel, sepertimana yang dijadualkan, Sulaiman juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Perangnya, Ehud Barak. Sumber 04/11/2010, web berita safa.ps

ABU ALI sekat unit khas zionis

GAZA - Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN telah memaklumkan bahawa salah sebuah unitnya menghadang secara bersemuka unit khas rejim zionis. Sekaligus, menyekat kemaraan zionis yang cuba melepasi masuk ke kawasan 'أبو مطيبق' di timur Al-Maghazi, pertengahan Semenanjung Gaza.

ABU ALI MUSTAFA dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuang-pejuangnya telah berjaya mengesan gerak-geri unit khas zionis. Lalu, pada jam 01.55 pagi, waktu Palestin, kumpulan pejuang Palestin melepaskan serangan roket jenis 'hawn', 90mm ke arah tentera rejim zionis.

Kenyataan tersebut menyatakan lagi, tentera rejim zionis membalas serangan pejuang dengan peluru berpandu jarak jauh. Namun, pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA terselamat dari serangan zionis.

Dalam kenyataan rasmi tersebut, kumpulan pejuang Palestin menyatakan bahawa operasi ketenteraannya adalah membalas jenayah yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Palestin serta mempertahankan tanah-tanah Palestin. Malah pejuang-pejuang ABU ALI turut mengesahkan lagi, 'penentangan' dan 'serangan bersemuka' terus berlanjutan ketikamana penduduk Palestin menjadi sasaran bunuh, rata tanah, sekatan Israel, pengyahudian dan mangsa penangkapan zionis. Sumber 02/11/2010, web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget