CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Januari 2011

Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk


GAZA - Seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pengutip kepingan besi cedera pagi ini di bahagian kakinya akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, jurucakap media Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, pemuda berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan di bahagian kaki kirinya.

Jelas Abu Salmiah, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital di bandar Gaza untuk menerima rawatan lanjut.

Berikutan itu, jumlah pengutip besi dan sisa runtuhan yang terkena tembakan zionis meningkat ke 110 orang. Disebutkan, tembakan sengaja dari tentera zionis mensasarkan orang awam dan petani-petani Palestin ketika menuai dan membajak tanah di sepanjang garisan sempadan, dari arah timur dan utara Gaza.

Sebentar tadi(jam 12.06 tengah hari, Palestin/Mesir), pesawat tempur zionis melancarkan beberapa serangan gempa di ruang udara di barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Beberapa hari lalu, serangan roket ke tanah jajahan dihentikan setelah kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(ada sumber menyebut kumpulan pemisah) menyatakan persepakatan untuk 'bertenang', tetapi tidak bermaksud menghentikan penentangan ke atas zionis.

Pejuang-pejuang Palestin di Gaza turut menyebut pihaknya akan 'bertenang' selagimana zionis tidak bertindak melancarkan apa-apa serangan ke Gaza.

Sehingga kini, gerakan HAMAS berkata, tiada panggilan secara rasmi dari Kerajaan Mesir yang meminta hentikan serangan roket ke tanah jajahan bagi mengelakkan perang baru meletus di Gaza, namun hanya disebut melalui media massa. Sumber 06/01/2010, web berita safa.ps

Rabu, 12 Januari 2011

Bekas pemimpin Palestin , Yasser Arafat mati akibat racun talium Israel

BAITULMAQDIS : Siasatan baru terhadap kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan beliau mati akibat racun talium yang diletakkan di dalam makanan atau minumannya.

Bekas penasihat khas Arafat, Bassam Abu Shareef berkata, siasatan yang dilakukan pakar forensik Briain itu mengesahkan perkara itu.

Talium mempunyai kandungan toksik yang tinggi.

Kes keracunan bahan itu biasanya berlaku selepas makan


Bassam berkata, beliau akan mengemukakan lebih banyak maklumat mengenai siasatan itu kepada jawatankuasa penyiasat pembunuhan Arafat sedikit masa lagi.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan penyiasat yang melakukan siasatan itu.

Bassam menuduh Israel meracun Arafat menerusi makanan atau minuman yang diterimanya ketika bekas pemimpin Palestin itu dikepung di ibu pejabatnya di Ramallah.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada 11 November , dikatakan akibat penyakit misteri. - Agensi

Kontraktor perang perolehi kontrak keselamatan di Tebing Barat


Gambar(AlJazeerah): Fauzi Barhoum, jurucakap gerakan HAMAS.

GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan kewujudan agensi swasta Amerika(US) yang mengendalikan perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat mengundang bahaya besar kepada penduduk Palestin dan kedaulatannya.

Berikutan paparan dari web berita Al-Jazeerah hari ini, dan semalam dari web 'Haaretz' versi hebrew, dan beberapa hari sebelum ini web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps laporan mengenai bidaan kontrak perkhidmatan keselamatan diperolehi syarikat Xe yang sebelum ini dikenali Blackwater.
_____________________________________________

Susulan dari kenyataan jurucakap Jabatan Negara US [link]:

Sekutu Blackwater perolehi bidaan kontrak US


Sebuah syarikat(agensi) keselamatan yang dahulunya dikenali Blackwater telah memperolehi kontrak baru dari Jabatan Negara US yang bernilai USD84 juta untuk tempoh 5 tahun.

Bida kontrak tersebut dimenangi
International Developments Solutions merupakan gabungan kerjasama dengan US Training Centre yang dimiliki agensi perkhidmatan Xe. Perkhidmatan Xe berasal dari nama Blackwater telah ditukar ekoran berhadapan dengan masalah undang-undang yang berlanjutan selama beberapa tahun.


Konsortium yang memperolehi kontrak ini bertanggungjawab memberi perlindungan keselamatan di tanah jajahan Israel, Tebing Barat(West Bank, Palestin) yang menempatkan ramai warga Israel.

"Kedutaan US di BaitulMaqdis adalah pengkalan agensi perkhidmatan ini," jelas Mark Tone(gambar) selaku jurucakap Jabatan Negara US.

Kontrak pertama ini ditandatangani pada 3 Januari untuk perkhidmatan satu tahun, di susuli empat tahun berikutnya kontrak akan diperbaharui setiap tahun dengan nilai kontrak secara kasar berjumlah USD84.3 juta, menurut Toner lagi.
(laporan sepenuhnya)
_____________________________________________

Menukil laporan
Haaretz Israel yang memetik kenyataan konsul Amerika di tanah jajahan, Jack Wallace bahawa agensi keselamatan US akan melaksanakan misi merekrut pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat dan membekalkan senjata, logistik ketenteraan serta modus-modus operandi latihan.

Gambar: Anggota Blackwater ketika operasi tentera di Iraq.

Gambar kanan: 2 dari anggota kontraktor Blackwater.

Jurucakap gerakan HAMAS, Fauzi Barhoum dalam kenyataannya hari ini, berkata, kewujudan agensi keselamatan US mengesahkan adanya kerjasama keamanan antara US dengan rejim zionis, sebagaimana yang telah berlaku di Tebing Barat, kerapkali berlakunya perlanggaran terhadap hak-hak asasi manusia.

Berhubung agensi keselamatan US yang asalnya adalah Blackwater telah terjebak dalam kes-kes pembunuhan penduduk awam Iraq dan Afghanistan, sehinggakan lesen perkhidmatannya pernah digantung oleh Kerajaan Iraq.

Gambar: Erik Prince, Pengasas Blackwater USA, bekas tentera laut US.

Barhoum menilai kontrak yang diberikan oleh Kementerian Luar US kepada syarikat yang ada hubungkait rapat dengan agensi keselamatan 'Blackwater' untuk lesen menjalankan operasi di Tebing Barat seumpama menempa durjana baru. Lebih-lebih lagi, sikap Pemerintah Palestin Ramallah yang bersekongkol
(kerjasama keselamatan dengan rejim zionis) mengekang pejuang-pejuang Palestin di tebing Barat.

_____________________________________________
Pautan dan bacaan lain:

1. Xe Service
2. Blackwater worldwide(wikipedia)
3. Consent Agreements
4. State Department details Blackwater violations of U.S. laws
5. Blogger - Blackwater (or Xe) in the West Bank
6. Blogger - Blackwater coming to Israel(tanah Palestin)
7. Blackwater Worldwide(berita)
8. RALEIGH, N.C. (AP) — Blackwater Worldwide is abandoning the brand name that has been tarnished by its work in Iraq, settling on Xe (pronounced zee) as the new name for its family of two dozen businesses. >> Topic: Blackwater Changes Its Name to Xe
9. Blackwater and DynCorp, the two leading mercenary firms servicing the US wars in Iraq and Afghanistan have both undertaken steps toward significant structural changes over the past month. In the case of DynCorp, the ownership of the whole business seems to be changing hands, while Blackwater is dumping its private air force.[link]
10. Blackwater's Private Spies
11. Blackwater Still Armed in Iraq
12. U.S Training Centre
13. Genetic Engineering News | USTC Holdings, LLC, an investor consortium led by private equity firms Fort Capital Advisors (Fort) and Manhattan Partners (Manhattan), announced today that it has acquired Xe Services, LLC (Xe or the Company) and its core operat...[link]
14. Manhattan Partners
15. Onetime Blackwater affiliate scores U.S. contract

Beliau berharap Pemerintah Palestin di Ramallah
(Mahmoud Abbas, FATAH) bertindak selaras dengan kepentingan penduduk Palestin, mempertahankan tanahair dan menentang dasar penjajahan. Lantas, beliau turut mendesak supaya memulakan strategi baru yang bergantung sepenuhnya kepada agenda tanahair, dan bukannya bergantung kepada agenda-agenda zionis Amerika.

Tindakan luar kawal Blackwater

Blackwater telah dikenakan denda sebanyak USD42 juta ekoran melanggar ratusan polisi undang-undang eksport-mengeksport yang beroperasi di US, malah penyeludupan senjata secara haram ke Afghanistan serta menawarkan khidmat melatih tentera-tentera di selatan Sudan tanpa keizinan dan memberi latihan menembak tepat kepada pegawai-pegawai polis Taiwan. Malah lebih jelas, anggota-anggota Blackwater bertindak luar kawalan apabila membunuh penduduk awam di Iraq dalam satu insiden.

Walaupun Blackwater kehilangan kontrak khidmat keselamatan melindungi diplomat kedutaan US di Iraq, namun agensi ini masih memiliki kontrak bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada Kementerian Luar US dan agen CIA di Afghanistan.

Gambar: Presiden Blackwater, Gary Jackson. Gambar di atas, anggota Blackwater ketika memberi perlindungan keselamatan kepada seorang diplomat di Iraq.

Strategi elak kaitkan Xe dengan Blackwater

Seperti dinyatakan pada bulan disember yang lalu, syarikat perkhidmatan keselamatan Xe dimiliki hasil perkongsian bersama dua pelabur, Manhattan-Partners
(Manhattan) dan Fort Capital Advisors(Fort), bagaimanapun syarat-syarat perjanjian itu tidak didedahkan. Sumber 12/01/2010, web berita Al-Jazeerah, 11/01/2011, web berita safa.ps. Rujuk lagi, 10/01/2011, web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps. Laporan asal, 07/01/2011, washingtonpost

Lokasi AL-QASSAM dan AL-QUDS dibom

GAZA - Kejadian serangan berasingan waktu ini di Gaza, dua lokasi sayap tentera pejuang Palestin dan balai polis menjadi sasaran pengeboman zionis.
________________________________________
Catatan laporan serangan:

12.04 tengah malam, Palestin/Mesir. Pesawat tempur zionis mengebom lokasi tentera AL-QASSAM.
12.12 pagi, Palestin/Mesir. Lokasi AL-QASSAM diserang lagi.
12.28 pagi, Palestin/Mesir. Sebuah lokasi tentera SARAYA AL-QUDS pula dibom pesawat zionis.
12.53 pagi, Palestin/Mesir. Lagi 2 serangan terbaru zionis di lokasi 'Al-Bahriah' barat Nuseirat.

________________________________________

Menurut pemberita 'Safa' serangan pertama zionis tertumpu di lokasi Abu Grad, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di selatan bandar Gaza. Berikutan serangan F-16 zionis mengakibatkan kerosakan besar di lokasi berkenaan. Namun, pesawat tempur zionis kembali semula ke lokasi berkenaan dan melepaskan satu lagi serangan misil. Akibatnya, letupan kuat dari serangan berkenaan dapat didengari dari jarak yang jauh.

Sasaran seterusnya dari arah barat Khan Yunus. Pesawat zionis menyerang lokasi tentera, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) berhampiran dengan pejabat pentadbiran Universiti Al-Aqsa.

Selepas itu, pesawat tempur zionis melepaskan lagi 2 serangan misil ke atas sebuah balai polis Al-Bahriah di bahagian barat Mukhayyam Nuseirat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Serangan udara zionis yang mensasarkan beberapa lokasi keamanan di Gaza pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Sebelum itu, catatan masa pada jam 10.24-10.45 malam, Palestin(11/01/2011). Bot-bot laju tentera laut zionis membedil di deretan sepanjang persisiran pantai Gaza hingga ke persisiran laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Ehud Barak, Menteri Perang(pertahanan) rejim zionis ketika melawat pejabat pasukan tentera yang berkawal di sempadan tanah jajahan-Semenanjung Gaza petang selasa(11/01/2011), berkata, sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan di sempadan dari mana-mana pihak Palestin, Israel akan balas dengan penuh kekerasan jika terus menggoncangkan keadaan. Sumber 12/01/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Seorang pejuang syahid dibom zionis


Gambar(Safa): Jenazah An-Najjar ketika diusung keluar dari hospital.

GAZA - Muhammad Jamil An-Najjar, 25 salah seorang kader SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) syahid berikutan menjadi sasaran pengeboman pesawat tempur zionis. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal di kawasan Qaizan An-Najjar, timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bancutan Cemas, Adham Abu Salmiah mengesahkan kepada agensi berita 'Safa' bahawa mangsa(An-Najjar) telah syahid, manakala seorang lagi mangsa yang melalui jalan terbabit cedera ringan.

Sementara itu, SARAYA AL-QUDS memberi ancaman akan membalas pembunuhan An-Najjar.

Dalam kenyataan media, SARAYA berkata, apa jua jalan menjadi pilihan untuk membalas jenayah yang dilakukan zionis. Sumber 11/01/2011, web berita safa.ps

Tangkap anak ahli parlimen jenayah terhadap tanahair

Gambar(arkib Safa):Pihak Keselamatan Palestin Tebing Barat yang sentiasa memburu penyokong, pendokong, dan ahli-ahli parlimen dari perwakilan HAMAS.

GAZA
- Perwakilan gerakan HAMAS, At-Taghyir Wal Islah dalam parlimen Palestin menyifatkan tindakan Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat yang menangkap anak kepada ahli parlimen Palestin, Azam Sahlab merupakan jenayah kepada tanahair.

Kata perwakilan dalam laporan media hari ini, penangkapan ke atas anak ahli parlimen ini merupakan tindakan jenayah terhadap tanahair, malah menyabitkan lagi memihak kepada penjajah yang menjadikan ahli-ahli parlimen(HAMAS) dan anak-beranak mereka sebagai sasaran.

Tambah perwakilan itu lagi, tindakan menangkap anak ahli parlimen ini ketikamana beberapa anak ahli parlimen Palestin yang lain telah dihukum penjara, sama ada dalam penjara-penjara zionis dan penjara-penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.

Sorotan penangkapan tersebut adalah seiring dengan penetapan zionis yang menghukum penjara ke atas seorang ahli parlimen HAMAS, Khalil Ar-Rab'ie selama 6 bulan. Dinyatakan, ahli parlimen tersebut dikenakan tahanan tanpa bicara.
______________________________________________
Tahanan tanpa bicara:

Difahamkan, hukuman zalim sebegini jelas melanggar hak asasi manusia. Sebagaimana yang telah berlaku, hukuman tersebut pada asalnya bertempoh, jika tempoh tahanan telah berakhir, maka zionis bebas menambah lagi tempoh masa penjara mengikut dakwaan-dakwaan yang dicipta.
______________________________________________

Perwakilan HAMAS menilai tindakan-tindakan Pihak Keselamatan Palestin(bawah arahan Pemerintah Palestin Ramallah, FATAH) di Tebing Barat telah menjadi satu dasar amalan yang tidak akan menjejaskan prestasi ahli-ahli parlimen ini meskipun dalam apa jua keadaan dan suasana. Sumber 10/01/2011, web berita safa.ps

Zionis Bunuh Petani

Gambar(Safa): Tatapan akhir dari ahli keluarga.

GAZA - Sepasukan tentera zionis membunuh seorang petani yang berusia di bahagian utara Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Mengulas kejadian yang berlaku petang ini, jurucakap Jawatankuasa Perkhidmatan Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, tentera zionis sengaja menembak dan membunuh petani, Sya'ban Al-Qarmut, 65 ketika mangsa sedang membajak tanah, milik keluarga Al-Kafarnah.

Adham menyatakan mangsa yang syahid dibawa ke hospital Kamal Udhwan, turut ditemui 3 das tembakan peluru di tubuhnya.

Gambar(Safa): Jenazah mangsa ketika diiring penduduk Gaza di sebelah utara.

Selepas waktu zohor hari ini, sepasukan tentera zionis dilaporkan telah menceroboh Gaza dari arah timur daerah Khuza'ah yang terletak di bahagian timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Pemberita 'Safa' melaporkan, jentera perang zionis menceroboh 300 meter ke dalam kawasan tanah Gaza yang bertentangan dengan garisan pemisah sempadan. Akhir bulan yang lalu, lokasi tersebut menjadi saksi 3 penduduk Gaza syahid berikutan pengeboman zionis.

Gambar(Safa): Pencerobohan yang kerap kali berlaku di kawasan sempadan.

Seperti yang dinyatakan, menara-menara kawalan tentera zionis yang terletak dari arah timur Khuza'ah turut melepaskan tembakan ke arah rumah dan tanah-tanah pertanian penduduk Gaza.

Pencerobohan secara terhad dan tembakan dari menara kawalan zionis ini boleh disifatkan kejadian yang kerap berlaku hampir setiap hari. Kawasan yang menjadi sasaran zionis ini adalah dari arah timur dan utara Semenanjung Gaza. Sumber 10/11/2011, web berita safa.ps

Seorang cedera dalam dua serangan zionis di Gaza

GAZA - Zionis telah melancarkan dua serangan awal pagi ini di Gaza.
_________________________________________
Catatan masa serangan:

Jam 01.23 pagi, Palestin, kelihatan pesawat-pesawat zionis berlegar kerap di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jam 02.14 pagi, Palestin, Pesawat tempur zionis mengebom sebuah rumah di barat laut Gaza.

Jam 02.38 pagi, Palestin, sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dibom dengan dua serangan peluru misil.

_________________________________________

Serangan pertama yang dilaporkan, pemberita 'Safa' berkata, pesawat tempur zionis mengebom sebuah rumah yang berhampiran dengan pejabat bekas badan perisikan 'safina' di barat laut Gaza.

Tambah Safa, pesawat pengintip jenis 'زنانة' melancarkan satu serangan peluru misil ke atas sebuah lokasi sayap tentera HAMAS di barat Hayyu Al-Amal, bandar Khan Yunus. Kemudian, setelah berlalu 30 minit, tiba pula pesawat tempur F-16 melancarkan satu lagi serangan misil ke atas lokasi yang sama.

Sebagaimana dinyatakan, serangan kedua ini mengakibatkan seorang penduduk cedera. Mangsa serangan telah dibawa ke hospital awam Naseer untuk rawatan lanjut.

Serangan-serangan pesawat zionis di Gaza awal pagi ini ekoran kenyataan Perdana Menteri Kerajaan rejim zionis berupa ancaman menyeru serangan dahsyat ke atas Semenanjung Gaza. Dinyatakan, kenyataan tersebut berkait dengan kematian seorang tentera zionis dan 4 lagi cedera di sempadan Gaza serta berkait juga dengan peningkatan serangan roket Palestin ke tanah jajahan. Sumber 10/01/2011, web berita safa.ps

Isnin, 10 Januari 2011

Lebih 150 pensyarah Israel desak boikot Universiti Ariel

AL-QUDS, - 155 pensyarah Israel telah menandatangani petisyen bantahan yang mendesak supaya memboikot universiti Ariel Yahudi yang terbesar di Tebing Barat.
________________________________________
Media Israel:

Professors boycott Ariel university
________________________________________

Salah seorang dari pensyarah yang menandatangani petisyen tersebut, Ron Ni'man dari Institut Weizmann menjelaskan hal terbabit kepada radio Israel hari ini, "kami membantah dari sebarang aktiviti akademik di Ariel kerana ia merupakan penempatan haram yang bertujuan menghalang Palestin membina Negara mereka."

Tambah beliau, tindakan ini, kami mahu penduduk Israel faham bahawa dasar penjajahan yang berterusan ini meninggalkan kesan buruk kepada Israel malah kesan lain boleh melenyapkan status Israel di arena antarabangsa.

Gideon Sa'ar, Menteri Pendidikan dalam kerajaan rejim zionis mengutuk petisyen bantahan yang disifatkan 'provokasi' serta membantah seruan boikot.

Pada bulan Ogos yang lalu, berpuluh-puluh penggiat seni Israel turut menimbulkan perbalahan melalui petisyen bantahan yang menyatakan mereka membantah dari mengadakan sebarang pertunjukan di Pusat Kebudayaan Ariel.
________________________________________
Pautan:

Settlers counter artists' call to boycott Ariel
________________________________________

Ariel menjadi sebuah penempatan haram Yahudi yang terbesar di Tebing Barat sejak zionis menjajah tanah Palestin pada tahun 1967. Universiti Ariel dalam penempatan haram ini dapat menampung 8500 jumlah pelajar. Sumber 09/01/2011, web berita Al-Quds Arabi 'London'

ABU ALI terus bedil pos tentera zionis

GAZA - Sebuah pos tentera zionis yang terletak di perlintasan Karni yang bersempadan dengan Gaza dari arah timur telah dibom beberapa peluru mortar.

Demikian itu, sebuah kumpulan pejuang, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pihaknya yang melancarkan serangan mortar.

Laporan dari ABU ALI yang diterbitkan agensi berita 'Safa' petang tadi menyebut, misi berkenaan adalah serang balas biasa ke atas jenayah penjajah(zionis) terhadap pejuang dan penduduk Palestin.

Sebelum itu, sebuah lagi kumpulan pejuang di Gaza, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI telah melancarkan 6 serangan peluru mortar hawn ke barat Naqab. Serangan itu mengakibatkan 3 pekerja Israel cedera, salah seorang darinya disifatkan kritikal.

Dalam kenyataan media(laporan pada jam 03.53 petang, Palestin/Mesir), SARAYA AL-QUDS berkata, unit pertahanannya berjaya melepaskan 6 serangan peluru mortar ke arah pos kawalan tentera Nehal Auz di timur bandar Gaza.

Kumpulan pejuang tersebut mengesahkan serangan itu adalah haknya untuk menentang sebarang tentangan dari pihak zionis ke atas penduduk Palestin, malah SARAYA AL-QUDS terus berpegang dengan jalan jihad untuk melakukan penentangan sehingga keseluruhan tanah-tanah Palestin dibebaskan.

Seiring serangan SARAYA AL-QUDS, Safa melaporkan bahawa 3 penduduk Israel cedera(menurut ynet, 3 pekerja Thailand yang cedera) dalam serangan dua peluru mortar hawn yang gugur di sekitar penempatan haram 'Sha'ar Hanegev', barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.
____________________________________________
Pautan media zionis:

3 Thai workers hurt by mortar shell

____________________________________________

Jelas radio zionis, salah satu dari serangan itu gugur berhampiran sebuah rumah. Berikutan kejadian serangan, krew ambulan zionis bergegas ke tempat kejadian. Sumber 08/01/2011, web berita safa.ps

ALWIYAH serang tentera zionis di Khan Yunus

GAZA - Kumpulan bersenjata yang merupakan sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH telah mensasarkan serangan dua peluru mortar 100mm ke atas satu unit tentera pejalan kaki zionis yang menceroboh timur Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Sayap tentera tersebut, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata dalam laporannya hari ini, sekumpulan dari pejuang ALWIYAH telah membedil tentera pejalan kaki zionis di Khuza'ah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, pejuang-pejuangnya dapat kembali dengan selamat.

Laporan pejuang itu turut menyatakan bahawa operasi ini adalah bagi menghadang sebarang tentangan dari zionis malah mengesahkan lagi pilihan jihad dan penentangan adalah jalan untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin.

Penduduk cedera akibat letupan di utara Gaza

Sementara itu, kejadian yang berlaku selepas zohor hari ini, satu objek yang mencurigakan meletup lalu mengakibatkan seorang penduduk Palestin di Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza mengalami kecederaan.

Berhubung kejadian, Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mangsa berkenaan cedera sebaik sahaja mendekati satu objek yang mencurigakan itu meletup.

Menurut laporan Safa, tentera rejim zionis telah meninggalkan banyak objek yang mencurigakan ketikamana melakukan pencerobohan di kawasan-kawasan yang bertentangan dengan sempadan. Objek tersebut akan meletup apabila didekati. Sumber 03/01/2011, web berita safa.ps

CARAVAN ASIA masuk Gaza

Foto: Seyyed Mostafa Ahangarha - AsiaForGaza Carvan(facebook). Kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan.

Konvoi 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' telah tiba di Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah menjelang detik tengah malam semalam.


Sumber dari badan Kerajaan Palestin, Jawatankuasa Penerangan Pematah Sekatan dan Penyambut Delegasi menjelaskan para relawan asia akan berada di Gaza sehingga hari khamis ini.

Dinyatakan, petang semalam, Pihak Berkuasa Mesir telah membuka laluan perlintasan di sempadan Rafah bagi membenarkan 112 anggota relawan asia yang tiba di 'Arish setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damshik pada waktu asar semalam.

Sebelum mendapat kebenaran dari Mesir untuk masuk ke Gaza, para relawan yang tiba di Lapangan Terbang 'Arish cuba untuk mengadakan mogok lapar dan berkumpul di dalam Lapangan Terbang 'Arish, Mesir.

Kini, konvoi asia 1 yang telah tiba di Gaza sedang menunggu baki dari anggota relawan yang datang dengan kapal Salam, yang membawa barang-barang bantuan. Seperti yang dijadualkan, barang-barang bantuan yang dibawa dengan kapal salam akan dipunggah turun di pelabuhan El-'Arish hari ini.

Kapal Salam dengan kibaran bendera Republik Sierra Leone terlewat hampir 12 jam tiba di destinasi seperti yang telah ditetapkan ekoran laluan pelayarannya dihadang bot-bot laju tentera zionis di perairan laut antarabangsa.

Konvoi asia dalam misinya mematahkan sekatan zionis di Gaza membawa empat buah ambulan dan barang-barang bantuan sekitar yang mencapai berat 1000 tan. Bantuan yang dibawa berupa bantuan perubatan, kemanusiaan, pakaian, susu kanak-kanak dan peralatan untuk orang kurang upaya serta bantuan kelengkapan untuk mangsa-mangsa perang dan seumpamanya.

CARAVAN ASIA TO GAZA adalah konvoi asia pertama yang dilancarkan untuk menitikberatkan permasalahan yang dihadapi Palestin, khususnya sekatan zionis yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza. Anggota-anggota relawan yang bergabung dalam konvoi asia ini terdiri dari berbagai latar belakang agama dan status. Mereka yang terlibat dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti, peguam, wartawan, ahlijawatankuasa NGO-ngo masyarakat dan pelajar-pelajar universiti. Sumber 03/01/2011, web berita Al-Jazeerah.net dan web berita safa.ps

Tempur sengit ABU ALI dengan unit khas zionis

GAZA - Menurut pengumuman dari sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN iaitu KATAIB ABU ALI MUSTAFA, pihaknya telah berjaya menghadang kemaraan unit khas zionis malam ini berhampiran pintu gerbang Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________
Catatan masa:

Jam 11.27 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI hadang unit khas tentera zionis.

Jam 11.31 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI sahkan pihaknya mencederakan seorang tentera zionis di Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________

Hal tersebut dinyatakan dalam satu laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', ABU ALI menyatakan, ketika pertempuran sengit meletus di lokasi berkenaan, pejuang-pejuangnya telah mencederakan seorang tentera zionis, lantas memaksa tentera zionis memanggil logistik sokongan, iaitu helikopter perang apache.

Tambah ABU ALI, pejuangnya dalam misi yang lain telah mensasarkan sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di timur kawasan Abu Al-'Ujain, Khan Yunus. Dinyatakan, ABU ALI melancarkan dua serangan peluru mortar 80mm ke atas pos tersebut.

"Kami berjanji kepada rakyat Palestin bahawa pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanahair dan penduduk Palestin," tegas ABU ALI yang sentiasa berpegang dengan penentangan ke atas jenayah yang dilakukan zionis, malah akan membalas serangan penjajah. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps

Tentera laut zionis hadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA'

GAZA - Menurut sumber, tentera laut zionis telah menghadang laluan kapal bantuan 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' yang dalam perjalanan ke pelabuhan El-'Arish, Mesir, pagi tadi.

Menurut web berita pertubuhan yang menguruskan konvoi bahawa tentera laut zionis telah memintas laluan kapal serta menghubungi kapten kapal. Dinyatakan, tentera laut zionis mendesak kapten kapal agar memberikan nama-nama relawan dan maklumat mengenai barang-barang bantuan.

Sementara itu, web agensi berita 'farsnews' Iran versi Arab yang menyatakan hanya lapan relawan sahaja di atas kapal.

Jelas 'farsnews' tentera laut zionis meminta senarai nama relawan yang dijadualkan berlepas ke El-'Arish melalui udara.
_________________________________________________________
Baca lagi:

البحرية الصهيونية تعترض سفينة السلام وتطلب معلوماتٍ عن أعضاء "قافلة آسيا 1
_________________________________________________________

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pematah Sekatan Penyambut Delegasi di Gaza, Ahmad Yusoff mengesahkan bahawa talian komunikasi dengan jawatankuasa konvoi CARAVAN terputus.

Seperti yang dijadualkan, majoriti besar relawan yang menyertai CARAVAN ASIA TO GAZA akan tiba di Lapangan Terbang El-'Arish tengahari ini.

Ahmad Yusof menjelaskan lagi kepada agensi berita 'Safa' bahawa beliau menjangkakan hanya sebilangan kecil sahaja relawan yang mengiringi kapal membawa bantuan. Tambah beliau, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat dari konvoi CARAVAN mengenai nasib mereka.

Semalam, kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA telah berlepas dari pelabuhan Latakia, Syria dalam pelayarannya menuju ke Gaza melalui pelabuhan El-'Arish di Mesir, kemudian ke Rafah dan seterusnya memasuki Semenanjung Gaza.

Kordinator konvoi CARAVAN ASIA TO GAZA di Syria, Yusof Abbas menjelaskan barang-barang bantuan yang dibawa dalam lingkungan 1000 tan, itu meliputi bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan selebihnya empat buah ambulan. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps dan pautan ringkas berita Al-Jazeerah

4 mortar sasar pos Sufa dan Kissufim


Gambar(arkib safa): Pejuang ABU ALI sedang bersiap untuk lancarkan serangan mortar.


GAZA
- KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA membuat pengumuman bahawa pihaknya telah menyerang pos tentera zionis Kissufim dan Sufa dengan 4 peluru mortar 'hawn' pagi tadi.


Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN dalam kenyataan rasminya berkata, pejuang ABU ALI dari unit pertahanan berjaya mengebom pos tentera zionis 'Sufa' dengan dua peluru mortar 80mm, dan sebuah lagi pos tentera 'Kissufim' turut dibom dengan peluru yang sama.

Jelas ABU ALI, serangan balas ini adalah ke atas jenayah zionis terhadap penduduk Palestin serta pejuang, malah turut bersempena dengan ulangtahun mengingati detik bermulanya revolusi Palestin.

Tegas ABU ALI, pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan untuk menghadang dan menyerang balas ke atas penjajah. Sumber 01/01/2011, web berita safa.ps

Tentera zionis diserang 8 peluru mortar

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS umum lancarkan serangan peluru mortar ke atas sebuah unit khas tentera zionis di timur Gaza.

Kenyataan rasmi SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, awal pagi tadi, unit serangan SARAYA AL-QUS telah melancarkan serangan 8 peluru mortar 'hawn' ke atas sebuah unit khas zionis yang sedang bergerak berdekatan pintu gerbang pos tentera zionis 'Nehal Auz' di timur Gaza.

SARAYA AL-QUDS menyatakan pejuang berhak untuk menghadang sebarang tentangan zionis terhadap penduduk Palestin. Sumber 01/01/2011, web berita safa.ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget