CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 31 Ogos 2010

Mesir rampas ‘sempadan senjata Gaza’

Peta(Al-Jazeerah): Semenanjung Sinai bersempadan dengan Gaza dari sebelah utara.

Kerajaan Mesir telah mengumumkan satu kempen pengoperasian untuk ‘membersihkan’ semenanjung Sinai yang menjadi sempadan senjata untuk Semenanjung Gaza.

Berikutan itu, kerajaan Mesir telah menahan 3 individu yang dipercayai terlibat dengan penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza setelah empat gudang senjata ditemui di Semenanjung Sinai.

Pihak Keselamatan telah membuat beberapa siri serbuan di Semenanjung Sinai pada hari Ahad lalu ke atas tujuh buah lokasi yang berbeza.

Dalam serbuan itu, Keselamatan Mesir melaporkan penemuan sekitar 100 kilogram TNT, 110 peluru misil pesawat, peluru meriam(artileri) dan bom buatan tangan.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan sebarang identiti individu yang ditangkap tetapi mengatakan bahawa mereka yang terlibat sudah pernah diadili sebelum ini berhubung kes penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.

Ayman Mohyedin, wartawan Al Jazeera berkata, “mereka yang dikehendaki itu terlalu penting kepada signifikasi kes yang diambil berat oleh Kerajaan.”

Menurut Haaretz, sebuah akhbar Israel, ada sumber Israel mengatakan bahawa senjata yang ditemui itu termasuklah peluru berpandu SA-7 buatan Rusia.

Peluru berpandu itu, biasanya dikenali sebgai Strela. Ia bukanlah senjata yang canggih tetapi kewujudannya di Gaza mempunyai implikasi yang baik untuk menyerang mobiliti udara Israel yang melalui dari ruang udara wilayah pesisir itu.” akhbar itu menambah.

Serbuan pada hari Ahad lalu adalah sebahagian daripada kempen pengoperasian sepuluh hari yang diumumkan oleh Jabatan Dalam Negeri Mesir untul memastikan Semenanjung Sinai bersih daripada sebarang bahan letupan atau penyeludupan senjata ke Gaza.

Bulan lalu, beberapa serangan roket telah dilancarkan dari Semenanjung Sinai mensasarkan sebuah kawasan peranginan Israel di Eilat. Salah satu dari serangan itu gugur di Negara jiran, Jordan yang menyebabkan seorang penduduk maut dan empat lagi cedera.

Wilayah Semenanjung Sinai mempunyai keluasan 60,000 km persegi yang terletak di antara Laut Mediterrenean dan Laut Merah merupakan tempat yang strategik dari sudut geopolitik. Sinai pernah diserang oleh Israel sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1956 dan 1973. Sumber 30/08/2010, web berita Al-Jazeerah versi B.I

Persidangan Yahudi menjelang rundingan damai

Sumber melaporkan, Persidangan Yahudi Antarabangsa ke 14 telah diadakan hari ini di Al-Quds. Persidangan yang diadakan itu menggabungkan pertubuhan-pertubuhan pro-zionis menjelang rundingan damai secara langsung antara perunding Palestin dengan Israel 2 September akan datang.

Dari sudut penyertaan, sumber menyebut hampir 200 wakil-wakil Yahudi seluruh dunia hadir ke persidangan ini yang berlangsung selama dua hari.

Sementara itu, tokoh-tokoh penting Yahudi, termasuk yang dikatakan terselamat dari kejadian 'holocaust', iaitu Elie Wiesel seorang penulis dan turut serta bekas Perdana Menteri Sepanyol, José María Alfredo Aznar López(gambar) dan beberapa lagi ahli politik Israel.

Persidangan tersebut akan membincangkan mengenai "mempertahankan Israel dalam jaringan internet" dan cara berhadapan "serangan ke atas hak kewujudan Israel".

Seperti yang disebutkan, Persidangan Yahudi Antarabangsa itu dianjurkan oleh Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Yahudi yang menggabungkan lebih 70 buah pertubuhan Yahudi dari lebih 70 buah Negara. Kesatuan tersebut yang menjadi penyokong perencanaan gerakan zionis sehingga tertubuhnya Negara Israel(Negara haram Israel). Sumber 31/08/2010, web berita Al-Jazeerah

Pakar Mesir sokong perunding Palestin

KAHERAH - Sumber diplomasi dan keselamatan Mesir mendedahkan pada hari ini bahawa Pemerintah Palestin Ramallah meminta bantuan dari sudut kepakaran Mesir untuk berunding dengan Israel. Berikutan itu, sebuah panel penasihat Mesir akan dibentuk bagi membantu perunding Palestin ketika rundingan damai bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel berlangsung.

Seperti yang dijadualkan, 2 September pada hari Khamis ini, bermulanya rundingan damai secara langsung antara kedua belah pihak di Washington.

Akhbar-akhbar Mesir yang menukilkan dari sumber tersebut menyatakan bahawa beberapa buah jabatan dalam Kerajaan Mesir sedang sibuk berusaha memilih anggota delegasi Mesir yang memiliki bidang penkhususan dalam setiap ruang rundingan dalam permasalahan-permasalahan yang bakal diperbincangkan ketika rundingan.

Akhbar Mesir(tidak dinyatakan) menjelaskan bahawa ada sekumpulan yang terdiri dari ahli-ahli akademik Mesir, Palestin yang menetap di Eropah dan Amerika Syarikat(US) akan mengemukakan perbincangan secara khusus kepada perunding Palestin ketikamana rundingan itu berlangsung antara perunding Palestin dengan Israel.

Sebagaimana dinyatakan lagi, Mesir dan Jordan bertekad memberikan beberapa cadangan dan pelan tindakan ketika pertemuan pendahuluan rundingan secara bersemuka.

Cadangan tersebut pada awal pendahuluannya mengemukakan pandangan Arab kepada pentadbiran US, Barrack Obama. Pandangan itu yang mengkhususkan kepada permasalahan Al-Quds, pelarian, air dan sempadan agar diambil perhatian ketika membuat ikrar mengenai usaha penyelesaian yang menyamakan isu.

Disebutkan bahawa Kaherah beranggapan pandangannya seumpama rujukan sandaran kepada delegasi Palestin yang tidak boleh diundurkan. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan Al-quds dan pelarian meskipun pada awalnya ada cambahan ketetapan yang fleksibel mengenai permasalahan pelarian, namun ketetapan itu merasa cukup dengan kembalinya pelarian Palestin dari Lubnan. Sumber 31/08/2010, web berita safa.ps

Pertempuran sengit: Rejim zionis rempuh Silwan

AL-QUDS, - Pertempuran sengit yang dilaporkan tercetus pagi tadi antara penduduk perumahan Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa dengan tentera rejim zionis. Kejadian tersebut berpunca dari operasi meluas yang dijalankan oleh tentera rejim zionis merempuh masuk beberapa buah rumah penduduk Palestin.

Dalam kejadian tersebut, tentera rejim zionis telah menangkap beberapa orang penduduk Palestin. Sebahagian penduduk Al-Quds yang ditangkap rejim zionis dikenali, Jawad Abu Romuz dan kakaknya yang merupakan aktivis Al-Quds, Soad Abu Romuz, serta Adam Samrin, 68 seorang juru azan yang juga merupakan pengawal Masjid 'Ain Silwan dan dua saudara kandung, Fadi dan Nour Siam yang berumur dalam lingkungan 20 an.

Sementara itu, tentera rejim zionis turut menyerahkan surat perintah kepada Hamzah, 16 yang diminta hadir bersama-sama bapanya ke bahagian siasatan yang terletak di barat Al-Quds.

Menurut saksi, sejak akhir-akhir ini, operasi penangkapan dan rempuhan tentera zionis terus meningkat sejak berlakunya kejadian dari sekumpulan pelampau Yahdi yang cuba merosakkan Masjid 'Ain Silwan di Hayyu Wadi Helwah. Lantas, memaksa penduduk Al-Quds bangkit menghalang perlakuan pelampau Yahudi serta membakar kereta mereka. Sumber 30/08/2010, web berita safa.ps

50 tentera rejim zionis serbu timur Gaza

Gambar: Logo gerakan JIHAD ISLAMI PALESTIN.

GAZA - Tiga pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengalami kecederaan dalam satu pertempuran dengan tentera rejim zionis semalam di timur Mukhayyam El-Buraij, pertengahan Semenanjung Gaza.

Pemberita dari agensi 'Safa' melaporkan bahawa pertempuran itu meletus setelah unit tentera dari SARAYA AL-QUDS menghadang satu batalion tentera unit khas rejim zionis yang melepasi masuk ke sebahagian kawasan Mukhayyam berkenaan, iaitu di kawasan An-Nabhain dan Abu Khusah.

Peta(arkib): Di sebelah adalah peta Semenanjung Gaza. Bulatan merah adalah lokasi berlakunya pertempuran antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis semalam.

Kejadian tersebut turut disahkan oleh seorang pejuang dari unit tentera SARAYA AL-QUDS yang dikenali Abu Islam kepaa agensi berita 'Safa' bahawa sekumpulan dari unit tenteranya memasang peledak di check-point laluan tentera zionis. Tanpa disangka satu batalion tentera rejim zionis dalam lingkungan 50 orang tentera muncul secara mengejut dalam jarak 100 meter memasuki ke timur El-Buraij yang diiringi beberapa buah jip tentera.

Abu Islam turut menyatakan bahawa beberapa buah pesawat zionis tanpa pemandu menyokong pergerakan tentera zionis dari udara serta membuat tinjauan secara kerap. Berikutan itu pejuang SARAYA AL-QUDS terpaksa berundur ke kawasan yang agak selamat berikutan khuatir menjadi sasaran serangan pesawat tanpa pemandu yang bertindak bila-bila masa jika dapat mengesan sebarang pergerakan pejuang-pejuang.

Gambar(arkib): Pejuang SARAYA AL-QUDS ketika mengadakan kawalan di kawasan yang sering diceroboh masuk tentera rejim zionis. Gambar ini ketika perang al-Furqan pada awal 2009.

Tambah Abu Islam lagi, ketika unit tentera SARAYA AL-QUDS berundur, tentera-tentera zionis yang berpengkalan sementara di kawasan berkenaan melepaskan tembakan secara membabi-buta ke arah lokasi pejuang Palestin berada, sekaligus mengakibatkan tiga pejuang cedera di bahagian kaki.

Ketiga-tiga pejuang yang cedera berjaya dipindahkan dari kawasan kejadian setelah tentera zionis berundur dan kembali masuk ke pos kawalan tentera yang terbesar, Kissufim. Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang Palestin terselamat dari tembakan rambang dan diakui hal yang menimpa mereka adalah luarbiasa. Sumber 29/08/2010, web berita safa.ps

Palestin kecam Persidangan Yahudi Antarabangsa akhir Ramadhan

Al-Quds

Berita semalam, Sabtu:

RAMALLAH - Pertubuhan Islam Masehi bagi mempertahankan kesucian Palestin hari ini mengecam perancangan pihak zionis Israel yang akan mengadakan Persidangan Yahudi Antarabangsa di bandar Al-Quds kali ke 14.

Persidangan tersebut pada hari selasa akan datang seiring hari-hari terakhir Ramadhan.

Gambar(arkib): Kesan peyahudian rejim zionis di persekitaran Masjid Al-Aqsa.

Setiausaha Agung pertubuhan tersebut, Hasan Khatir mengungkapkan dalam kenyataan akhbarnya bahawa Persidangan Yahudi seiring hari-hari terakhir Ramadhan itu telah menyentuh secara langsung sensitiviti keagamaan terhadap Palestin dan umat Islam secara umumnya.

Khatir turut memberi peringatan bahawa persidangan tersebut bukanlah semata-mata pertemuan pemimpin Yahudi antarabangsa, akan tetapi ia merupakan sebuah pertemuan yang merbahaya.

Beliau mengungkapkan sedemikian berikutan persidangan tersebut adalah perbincangan bagi menetapkan strategi pertahanan ke atas Isrel dari sudut luaran dan dalaman. Dinyatakan lagi, perbincangan Yahudi dari strategi tersebut membincangkan melalui modus-operandi(cara-cara) mengharungi perang elektronik untuk menghadapi gelombang kesamaran berhubung kewujudan dan pengiktirafan terhadap Israel di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung Pertubuhan yang melindungi hak kesucian Palestin itu menyebut pertemuan pemimpin-pemimpin Yahudi dari seluruh dunia di bandar Al-Quds ketikamana ulamak-ulamak Islam tidak berupaya mengadakan walau satupun persidangan demi mempertahankan kesucian bandar. Beliau turut menggesa umat Islam termasuk Arab bertindak bagi melindungi bandar Al-Quds yang sedang diancam dengan komplot-komplot zionis. Sumber 28/08/2010, web berita Al-Quds Arabi(London)

Parah ditembak zionis

GAZA - Seorang penduduk Palestin mengalami luka parah di kawasan pagar keselamatan di Bet Hanoun yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

Menurut penjelasan dari Pengerusi Bantuan Cemas, Dr.Muawiyah Husnain kepada agensi berita 'Safa', berkata, "pasukan penyelamat telah membawa seorang pemuda, Sharif Said Gabn dalam linkungan umur 20-an yang parah ke hospital Kamal Udhwan, utara Gaza."

Sehingga kini, keadaannya disifatkan pertengahan.

Menurut saksi, "tentera rejim zionis yang menembak pemuda itu ketika sedang mengumpul kepingan besi."

Sumber berita melaporkan, sejumlah penduduk Gaza menjalankan rutin harian yang bekerja mengumpul kepingan besi di kawasan yang berdekatan dengan garisan sempadan. Walaupun kerap kali menjadi sasaran tembakan dari tentera zionis, mereka tetap menjalankan kerja pengumpulan kepingan besi dan memecahkan batu batu sebagai sumber rezeki menyara keluarga. Sumber 28/08/2010, web berita safa.ps

Isnin, 30 Ogos 2010

Malaysia Sambut Tetamu Dengan Arak

1. Saya rakamkan gambar - gambar ini beberapa minggu lalu sejurus memasuki pintu masuk KLIA . Telah lama saya menyedari perkara ini tetapi sering terlepas peluang untuk merakam gambar tersebut sehinggalah baru - baru dalam saya berkesempatan untuk merakam gambar ini dalam perjalanan pulang saya dari kota Kaherah Mesir.

2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata - rata pemimpin mereka adalah melayu muslim . Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.

3. Kerajaan UMNO dan BN selaku pemerintahan negara ini telah menghina dan mencabar kewibawaan ummat Islam selaku penduduk majoriti negara ini apabila mereka menjadikan arak sebagai material untuk menyambut tetamu yang memasuki negara ini . Malangnya fenomena ini tidak mendapat perhatian JAIS dan MAIS begitu juga JAKIM .

4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu .

5. Sebelum ini Datuk Seri Najib sering menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan demikian jugalah kenyataan Yb Khairy Jamaludin . Persoalannya , negara Islam jenis apakah menjadikan arak sebagai minuman menyambut tetamu. Kalau pun ia untuk pelancung non muslim , saya tidak fikir mereka datang ke negara kita mencari dan meminum arak kerana di negara mereka , arak disalur melalui paip ke rumah mereka dan mereka bebas meminum arak beberapa tong sehari . Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk mencari arak .

6. Apakah arak yang disusun atur sedemikian rupa untuk mempromosikan negara kepada tetamu tidak menimbulkan sedikitpun rasa jengkel di hati Ibrahim Ali , Khary Jamaludin dan Datuk Seri Jamil Khir . Sehingga mereka mampu diam dan tenang berbanding sikap mereka terhadap kes doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu MP Serdang memasuki surau .

7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka .

8. Jika mereka benar - benar serius dan yakin terhadap masa depan agama dan ummatnya di negara ini , mereka sewajarnya bertindak segera untuk tidak lagi menjadikan minuman keras itu sebagai "juadah" menyambut tetamu . Malangnya mereka hanya mempamerkan kejahilan melampau [yang menimpa mereka] apabila mereka mahu bertindak tegas ke atas khatib yang mendoakan hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [ jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam ] agar tidak lagi menjadikan ibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negara yang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu .

10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah .

Sumber

MB Kelantan selesai fail saman Petronas

KUALA LUMPUR, 30 Ogos : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selesai memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas, sebentar tadi.

Beliau memfailkan saman itu kira-kira jam 9.30 pagi di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Selepas itu, beliau yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat hajat.

Sidang media diadakan selepas itu.






Selasa, 24 Ogos 2010

Mesir kepung terowong bawah tanah

RAFAH - Sumber dari agensi berita 'safa' melaporkan bahawa Pihak Keselamatan Mesir telah mengepung 6 buah terowong bawah yang terletak di sempadan antara Rafah Mesir dengan Rafah Gaza(selatan), semalam.

Wakil Keselamatan Mesir di Utara Sinai berkata, "operasi yang dijalankan ini telah dapat menahan 4.5 tan simen berdekatan 3 buah terowong bawah tanah di kawasan Khala' dan ladang pertanian berhampiran garisan antarabangsa di sekitar pintu Salahuddin."

Pihak Keselamatan Mesir menjelaskan sebanyak 562 buah terowong bawah tanah yang telah di kepung pada tahun ini. Berikutan itu, peruntukan undang-undang telah dikeluarkan ke atas puluhan pekerja terowong bawah di bahagian Mesir. Bagaimanapun, sebahagian besar dari jumlah tersebut melarikan diri.

Menurut Pihak berkuasa itu lagi, lebih dari 2000 penduduk Mesir kini berhadapan satu peruntukan undang-undang disebabkan menjalankan perniagaan melalui terowong bawah tanah. Sumber 24/08/2010, web berita safa.ps

Rundingan Damai : Klip Berita dan Peta Peyahudian di Al-Quds



- Usaha mencapai persepakatan dari sudut pandangan Israel -

Sumber : klip berita Al-Jazeerah, 22/08/2010

Peta di atas menunjukkan beberapa lokasi peyahudian zionis ke atas bandar Al-Quds dari sebelah barat Masjid Al-Aqsa dan timur.

Penjajah ceroboh, tembak menara

RAFAH - Laporan dari sumber bahawa beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh ke dalam tanah pertanian penduduk Gaza pagi ini di kawasan An-Nahdhah, timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita agensi 'safa' berkata, sejumlah jentera perang Israel, antaranya jentolak dan pengangkut tentera menceroboh dengan skala terhad ke dalam kawasan tanah pertanian penduduk. Pencerobohan tersebut bermula dari pintu masuk Al-Mutabbiq serta melaksanakan operasi mengesan dan meratakan tanah di sepanjang garisan sempadan yang bertentangan dengan kawasan yang berkenaan.

Jelas sumber lagi, jentera perang Israel turut menghujani tembakan ke arah beberapa buah menara Hayyu Nahdhah dan kawasan yang berhampiran. Sumber 23/08/2010, web berita safa.ps

Memori Tragedi Al-Aqsa Dibakar Berlalu Sepi

Semalam yang berlalu, maka genapla tahun yang ke 41 percubaan memusnahkan dan membakar Masjid Al-Aqsa yang terletak di Bandar Baitul-Maqdis(Al-Quds). Berikutan dengan tarikh tersebut, laporan dari Yayasan Al-Quds Antarabangsa bagi tahun ke 4 menyebut perancangan(langkah-langkah) penjajah yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa.

Laporan tersebut mendedahkan projek-projek yang dibangunkan oleh penjajah bagi mengepung Masjid Al-Aqsa yang turut merangkumi sebuah rumah ibadat(haikal Sulaiman yang didakwa), terowong bawah tanah serta penggalian. Sebahagian dari projek itu telah siap sempurna dan sebahagian yang lain masih lagi berjalan.

Dalam laporan itu menyebut 9 lokasi penggalian yang baru dilakukan oleh Yahudi untuk memasuki di bawah Masjid Al-Aqsa. 4 darinya dilakukan di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa, 4 lagi di bahagian barat dan 1 lagi lokasi penggalian baru di bahagian utara Masjid Al-Aqsa. Hasil laporan itu mengesahkan bahawa kadar nisbah penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa meningkat berlipat kali ganda yang mencapai 200%.

Yayasan Al-Quds telah mencatatkan beberapa kumpulan lokasi di sekitar Masjid Al-Aqsa yang diyahudikan. Kesemuanya telah meingat ke 34 buah lokasi. 21 darinya masih dalam proses(underconstruction) dan 13 lokasi yang lain telah sempurna diyahudikan. Kedudukan lokasi-lokasi tersebut, 15 darinya terletak di bahagian selatan Al-Aqsa, 17 lagi di bahagian barat, manakala dua lagi lokasi terletak di bahagian utara Masjid Al-Aqsa.

Rempuhan Yahudi ke Al-Aqsa

Kelompok-kelompok Yahudi dan penduduk Israel telah merempuh masuk ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa secara berperingkat. Jumlah rempuhan yang dilakukan pada tahun ini mencecah 55 kali berbanding pada tahun lepas hanya 43 kali. Kelompok serbuan tersebut terdiri daripada individu rasmi dari Parti Likud dan Parti Kesatuan Kebangsaan(MIFDAL) sebanyak 6 kali.

Sebagaimana yang telah dicatat, 34 rempuhan dilakukan oleh kumpulan pelampau Yahudi. Paling menonjol pada 10 Mei lalu, Masjid Al-Aqsa dirempuh sekumpulan Rabai Yahudi yang terdiri dari 40 orang Rabai(rahib) Yahudi, dan ia merupakan rempuhan terbesar sejak Al-Quds dan tempat-tempat suci dijajah.

Berikutan yang sedemikian, tanggal 16 Mac setiap tahun diperakui sebagai hari kesedaran di kuil(rumah ibadat). Pada tarikh itu juga, diadakan aktiviti-aktiviti keagamaan bagi menggiatkan penekanan untuk meningkatkan lagi kewujudan Yahudi di tempat yang sebut 'temple mount'.

Dilaporkan juga, pada bulan September tahun lalu, Pihak Berkuasa Penjajah telah meluluskan dua buah pembinaan gereja(rumah ibadat) yang baru dalam perkarangan kawasan Masjid Al-Aqsa. Semua perancangan yang dilakukan ini tanpa ada sebarang pencegahan dan kekangan dari Negara-negara Arab dan Islam. Sumber 22/08/2010, web berita Al-Jazeerah

Rakaman gambar kesan Al-Aqsa dibakar







Ceroboh Gaza, Al-Quds tembak 4 'hawn'

Gambar(arkib safa): Kereta kebal Israel ceroboh Gaza

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan pagi ini, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan skala terhad ke kawasan Al-Qararah yang terletak di timur laut bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita dari agensi safa.ps bahawa jentera perang Israel telah menceroboh 100 meter dari pagar keselamatan sempadan. Di samping itu, penjajah turut melepaskan beberapa tembakan ke arah kawasan-kawasan pertanian.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, jentera Israel turut menjalankan operasi mengesan di kawasan berkenaan sebaik sahaja pejuang-pejuang Palestin melepaskan beberapa serangan roket 'hawn' ke atas penempatan Israel awal pagi tadi.

Sementara itu, kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa unit pejuangnya telah menembak empat serangan roket 'hawn' ke atas sebuah unit khas tentera Israel di kawasan operasi tentera Israel. Sumber 22/08/2010, web berita safa.ps

Israel sasarkan tembakan machine-gun kepada nelayan

Menurut laporan dari laman web berita 'safa' pada jam 04.58 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir bahawa tentera laut Israel(penjajah) yang menaiki bot laju menghujani tembakan machine-gun ke arah bot-bot nelayan Gaza di perairan laut Rafah. Sumber 22/08/2010, web berita safa.ps

HAMAS tangguh pertemuan dengan FATAH

Gambar(safa): Kanan, Salah Bardawil dan di sebelah kiri, Aiman Taha.

GAZA
- Sumber dari berita Al-Jazeerah melaporkan gerakan HAMAS telah menangguhkan pertemuannya dengan gerakan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di bandar Gaza.

Menurut web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah bahawa keputusan HAMAS adalah protes membantah pendirian rasmi Lajnah Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) yang memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel.

Salah Bardawil, salah seorang anggota biro politik HAMAS ketika sidang akhbar yang diiringi jurucakap HAMAS, Aiman Taha pada malam tadi di bandar Gaza berkata, "Sebagaimana yang dijangkakan memang akan berlangsung pertemuan dengan beberapa pemimpin FATAH yang datang ke Gaza berikutan mengiringi jenazah bekas Pengerusi Badan Perisikan Am Palestin, Amin Hindi tetapi setelahmana Lajnah Eksekutif PLO memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai dengan Israel, maka kami menangguhkan dulu pertemuan ini sehinggalah timbul rasa yang lain."

Tambah Bardawil lagi, "Keputusan mengadakan rundingan ini telah mencetuskan kekacauan dan kekeliruan dalam arena politik Palestin berikutan pendirian kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin dan masyarakat Palestin yang membantah rundingan."

Anggota biro politik HAMAS itu menyebut, "ketikamana keadaan buruk yang telah berlaku masa ini amat sukar untuk duduk di meja perbincangan demi pembaikan dalaman Palestin kerana ia seolah-olah menutup keputusan rundingan."

Beliau menegaskan bahawa kaedah yang digunapakai oleh PLO serta keputusannya yang berkaitan dengan rundingan secara langsung akan melenyapkan permasalahan-permasalahan Palestin.

"Waktu ini, adanya pertemuan-pertemuan dan saling menghubungi antara HAMAS dengan kumpulan-kumpulan pembebasan yang lain bagi mengungkapkan(jelas) pendirian kami mengenai rundingan serta menyusun tindakan penentangan sehinggalah rantaian itu gagal."

Lajnah Eksekutif PLO telah mengumumkan pendiriannya pada pagi sabtu yang bersetuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel untuk menyelesaikan kesemua permasalahan penyelesaian kemuncak. Berikutan itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah mengundang kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel hadir ke pertemuan pelancaran rundingan menjelang September akan datang di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Amerika Syarikat turut menjemput Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Abdullah II, Raja Jordan ketika pelancaran rundingan damai.

Setakat ini, menurut berita Al-Jazeerah, Presiden Mesir telah menerima undangan tersebut. Sumber 21/08/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jentera perang Israel melepaskan bom cahaya

01.38 pagi, Palestin/Mesir. Menurut agensi berita safa melaporkan bahawa beberapa buah jentera perang penjajah dilihat mara di sempadan yang berhampiran perlintasan Karem Abu Salem. Di samping itu, jentera perang penjajah melepaskan tembakan bom-bom cahaya. Sumber 12/08/2010, web berita safa.ps

17 terowong bawah tanah dikepung, penyeludupan bahan binaan ke Gaza tumpas

El-'ARISH, - Pihak berkuasa Mesir telah mengepung 17 buah terowong bawah tanah yang dipercayai untuk menyeludup barang-barang ke Gaza dalam tiga operasi keselamatan yang dijalankan berasingan di Rafah.

Sumber agensi berita maan melaporkan di El-'Arish bahawa unit special branch(مباحث) keselamatan Negara melancarkan operasi pertama pada malam semalam dan dapat mengepung 8 buah terowong bawah tanah di penanda nombor 4, tanah kosong di daerah Salahuddin. Selain itu, special-branch turut merampas sejumlah besar bahan binaan seperti simen dan besi yang belum diseludup melalui terowong bawah tanah yang dikepung itu.

7 buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan yang sama dan menumpaskan penyeludupan simen dan besi ke Gaza. Dua buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan Al-Sarsuriah(الصرصورية) yang terletak di bahagian utara pintu masuk Rafah.

Maan melaporkan bahawa unit special-branch mengadakan kawalan ketat ke atas terowong-terowong yang dikepung malah merampas barang dan bahan binaan yang akan dijual secara lelong.

Sumber keamanan menyatakan, sejak akhir-akhir ini aktiviti penyeludupan bahan binaan ke Gaza telah meningkat secara mendadak. Sumber 11/08/2010, web berita maannews.net

Mavi Marmara telah tiba di pelabuhan Iskenderun


ISKENDERUN - Sumber melaporkan kapal bantuan Mavi Marmara 'Turki' dan kapal Defne-Y telah tiba di pelabuhan Iskenderun, Turki setelah dua bulan ditahan pihak zionis.

Akhirnya, tentera Israel memutuskan membebaskan kapal Turki setelahmana tindakan Turki di peringkat diplomasi yang tidak pernah henti mendesak supaya melepaskan Mavi Marmara. Sumber 07/08/2010, web berita safa.ps dan web berita TRT(Turkey)

Tangkap 3 Palestin di pos keselamatan 'Iraq Buren

NABLUS - Awal pagi tadi, sepasukan tentera penjajah telah menangkap tiga penduduk Palestin yang berasal dari kampung 'Iraq Buren, selatan Nablus di pos keselamatan tentera yang didirikan di jalan masuk kampung terbabit.

Pengerusi Majlis Jawatankuasa Kampung 'Iraq Buren, Abdul Rahim Qadus berkata kepada agensi berita safa, tentera penjajah mengenakan kawalan keselamatan di kampung 'Iraq Buren sejak beberapa jam awal pagi tadi malah menghalang penduduk dari memasuki kampung tersebut, namun tentera penjajah membenarkan penduduk keluar.

Tambah Qadus, tentera penjajah telah menangkap tiga pemuda dari kampung berkenaan di pos kawalan tentera dan membiarkan mereka di bawah pohon zaitun sambil tangan mereka diikat di jalan masuk ke kampung tersebut.

Sumber menjelaskan, sejumlah besar tentera penjajah bertebaran di bahagian selatan kampung 'Iraq Buren berikutan sejakpagi tadi penduduk kampung bersedia untuk mengadakan perarakan bagi membantah penempatan Israel.

Tentera penjajah mengumumkan kampung 'Iraq Buren adalah zon tentera setiap hari sabtu seiring dengan perarakan yang diadakan oleh penduduk kampung. Penjajah juga menghalang para wartawan dan media serta aktivis keamanan luar dari memasuki kampung tersebut. Sumber 07/08/2010, web berita safa.ps

Rabu, 11 Ogos 2010

1993,Tun Mahathir Sembah Derhaka?

raja-raja-melayu

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitutional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi. Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda – (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget