CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 15 Julai 2010

Beberapa penduduk Gaza parah di El-Buraij

Sumber peta, google map. Kedudukan Mukhayyam El-Buraij di nombor.3 berwarna putih. Manakala bulat merah kecil adalah sempadan Kissufim(perlintasan) yang kerap digunakan oleh penjajah untuk menceroboh timur Gaza.

GAZA - Beberapa orang penduduk Gaza mengalami luka parah dalam satu kejadian tembakan dan pengeboman Israel di timur Mukhayyam El-Buraij di pertengahan Gaza petang tadi.

Pengerusi Bantuan Cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Muawiyah Husnain berkata kepada agensi berita, 'beberapa penduduk telah mengalami luka parah akibat dari pengeboman jentera perang Israel yang berpengkalan sementara di garisan sempadan Israel-Gaza.'

Menurut saksi kejadian, beberapa jentera perang Israel yang berpengkalan sementara berdekatan pagar keselamatan yang memisahkan antara Gaza dengan tanah Palestin 1948 dengan melepaskan tembakan bertubi-tubi malah artileri Israel turut melepaskan satu tembakan peluru di kawasan berkenaan. Serangan tersebut kerana mengesyaki percubaan rempuhan dari pejuang-pejuang Palestin yang cuba melepasi pagar keselamatan di pertengahan Gaza.

Agensi berita menukilkan penjelasan dari saksi bahawa empat serangan peluru artileri Israel gugur berhampiran sebuah rumah, Ali-Abu Said di timur El-Buraij, namun dua yang dilepaskan tidak meletup. Dalam masa yang sama, helikopter apache Israel menggiatkan tinjauan di kawasan berkenaan sambil sepasukan unit tentera penjajah melepaskan bom pancaran cahaya.

Sumber dari berita Al-Jazeerah, jam 11.30 malam(Mesir/Palestin) melaporkan dari sumber perubatan Palestin menyatakan, serangan Israel itu mengakibatkan seorang wanita Palestin terkorban dan 7 lagi mengalami luka parah. Sumber 13/07/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget