CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 29 Disember 2008

Ke mana Hilangnya Ia?



Ke mana hilangnya sistem sebuah pentadbiran negara Islam yang bernama Sistem Khilafah? Mengapa ramai yang tidak tahu apa itu Khilafah? Mana perginya sifat ukhwah persaudaraan kita sebagai umat Islam?

Dahulu Sistem dan negara yang berdaulahkan Sistem Khilafah dijajah musuh Islam,mungkin sekarang Iraq di jajah pula dan Israel bermaharajalela membunuh sesiapa saja
tapi negara mana selepas ini?

Umat Islam begitu ramai tetapi takut akan musuh yang sedikit...

Namun amat sedih kerana terdapat pemimpin yang mengelarkan diri sendiri pemimpin Islam dan memimpin negara Islam,namun diam seribu bahasa bila negara Islam yang lain dijajah,malah rakyatnya di bunuh dan kaum hawa dirogol oleh tentera penjajah( U.S , Britain , Australia dan PBB ).

Adakah penjajah masih menggunakan konsep menjajah sesebuah negara untuk mentamadunkan negara tersebut sedangkan mereka sendiri tidak bertamadun?

Ia berlaku bukan atas kesalahan penjajah saja tetapi atas kesalahan hampir kesemua umat Islam itu sendiri kerana di buai mimpi ( cintakan dunia dan takutkan mati ).







Masihkah kita ingat dan kenal ulama kita?Mereka mengerahkan sekuat tenaga mereka dan mengeluarkan harta demi agama Islam yang di cintai.Malah salah seorang dari mereka syahid akibat peluru berpandu sedangkan ketika itu beliau berperang dalam kedaan lumpuh separuh badan demi Islam dan sistem Khilafah.Jihad bukanlah sekadar berperang dengan senjata namun kita juga wajib jihad tidak kira bagaimanapun.Namun semangat jihad semakin pudar berdasarkan sikap pemimpin negara dan masyarakat yang tidak menghormati ulama dan hukum Islam.





0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget