CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 30 Disember 2008

Rokok?





Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada pihak yang tidak tahu apa itu rokok.
Merokok dalam bahasa arab adalah "tadkhin".Merokok adalah sesuatu perbuatan menghisap asap akibat sesuatu bahan yang dibakar.Asapnya masuk melalui rongga mulut ke organ dada dan ia keluar melalui hidung atau mulut.Namun terdapat bahan yang melekat pada laluan asap tersebut.Perokok di kenali sebagai penghisap asap atau
shurb hadha’-d-dukhan.
Bahan rokok itu adalah terdiri daripada tembakau yang di dalam bahasa arabnya "tubughun".
Ia mula di kenali pada era 1942 Masihi.

Kesan awal merokok adalah:

*Selaput pada mata
(al-ghishawah fil-basar)
*Berat pergerakan tubuh
*Penghadaman terganngu

*Badan menjadi kekurangan air
*Kehausan air
*Merosakkan otak(boleh menjadi mabuk)

*Pergerakan jantung lemah namun kadang2 ia berdebar2
*Darah menjadi pekat

Kesan berlarutan adalah:


*Barah otak
*Barah paru
*Akhirnya kematian (rokok membunuh perokok)

Mungkin ada pihak yang bersependapat rokok tidak haram kerana ia makruh malah ada juga pihak yang mengatakan ia halal
( orang betul2 jahil kerana menghalalkan ia kerana nafsu ).
Namun majoroti yang sikit mengatakan ia haram
Tiada Ayat Al-Quran,Hadis dan As-Sunnah yang mengatakan secara terus bahawa rokok adalah haram,namun kita perlu teltiti kerana hukum didalam Al-Quran adalah merangkumi sepanjang zaman.Apabila diteliti secara bijaksana bahawa sebenarnya terdapat hukum di dalam Al-Quran yang mengatakan sebenarnya rokok adalah haram.

Berdasar hadis Baginda S.A.W
Makanlah apa saja makanan yang membawa kebaikan pada mu dan jangan kamu memakan makanan yang membawa kemudaratan.

Sabda Baginda:
Sesungguhnya tulang dan asap adalah makanan jin.

Sabda Baginda;
Janganlah kamu memakan makanan yang membawa kemudaratan,beracun atau mengkhayalkan,sesungguhnya ia haram bagi mu.

Malah terdapat juga ayat Al-Quran dan al-hadis yang mengatakan memakan najis adalah haram.Dan kita juga dilarang membazir kerana membazir itu amalan saudara syaitan.


Merokok adalah haram kerana ia :

*Memudaratkan
*Rokok mengandungi racun
*Rokok mengandungi najis
*Mengkhayalkan
*Membazir
*Penyebab penyakit dan kematian

Malah rokok menjadi haram apabila keuntungannya adalah dilaburkan untuk ketenteraan penjajah.Ia dilaburkan untuk menjajah negara Islam dan membunuh umat Islam.
Maka secara am ye,perokok dan rakan subahatnya mempunyai saham atas kematian dan kemusnahan rakyat dan negara Islam.Maka perokok adalah pembunuh dan pengkhianat agama!!!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtAgok-RLSZwRgTmZ6fyhefO2HBoAnIM0Lz8zT0nF3XTE-0n30wKht1sG1HPw_5pn7Zi6sM4j2viynt5bgcpbc9cuqWu_3w0zShA9MTT5WAq31xfqLoSMyKifCBX-8EckT_ErM5_wJDhA/s1600-h/Rokok+haram.jpg


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget