CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Januari 2011

Lokasi AL-QASSAM dan AL-QUDS dibom

GAZA - Kejadian serangan berasingan waktu ini di Gaza, dua lokasi sayap tentera pejuang Palestin dan balai polis menjadi sasaran pengeboman zionis.

________________________________________
Catatan laporan serangan:

12.04 tengah malam, Palestin/Mesir. Pesawat tempur zionis mengebom lokasi tentera AL-QASSAM.
12.12 pagi, Palestin/Mesir. Lokasi AL-QASSAM diserang lagi.
12.28 pagi, Palestin/Mesir. Sebuah lokasi tentera SARAYA AL-QUDS pula dibom pesawat zionis.
12.53 pagi, Palestin/Mesir. Lagi 2 serangan terbaru zionis di lokasi 'Al-Bahriah' barat Nuseirat.

________________________________________

Menurut pemberita 'Safa' serangan pertama zionis tertumpu di lokasi Abu Grad, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di selatan bandar Gaza. Berikutan serangan F-16 zionis mengakibatkan kerosakan besar di lokasi berkenaan. Namun, pesawat tempur zionis kembali semula ke lokasi berkenaan dan melepaskan satu lagi serangan misil. Akibatnya, letupan kuat dari serangan berkenaan dapat didengari dari jarak yang jauh.

Sasaran seterusnya dari arah barat Khan Yunus. Pesawat zionis menyerang lokasi tentera, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) berhampiran dengan pejabat pentadbiran Universiti Al-Aqsa.

Selepas itu, pesawat tempur zionis melepaskan lagi 2 serangan misil ke atas sebuah balai polis Al-Bahriah di bahagian barat Mukhayyam Nuseirat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Serangan udara zionis yang mensasarkan beberapa lokasi keamanan di Gaza pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Sebelum itu, catatan masa pada jam 10.24-10.45 malam, Palestin(11/01/2011). Bot-bot laju tentera laut zionis membedil di deretan sepanjang persisiran pantai Gaza hingga ke persisiran laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Ehud Barak, Menteri Perang(pertahanan) rejim zionis ketika melawat pejabat pasukan tentera yang berkawal di sempadan tanah jajahan-Semenanjung Gaza petang selasa(11/01/2011), berkata, sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan di sempadan dari mana-mana pihak Palestin, Israel akan balas dengan penuh kekerasan jika terus menggoncangkan keadaan. Sumber 12/01/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget