CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 Januari 2011

CARAVAN ASIA masuk Gaza

Foto: Seyyed Mostafa Ahangarha - AsiaForGaza Carvan(facebook). Kapal Salam yang membawa barang-barang bantuan.

Konvoi 'CARAVAN ASIA TO GAZA 1' telah tiba di Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah menjelang detik tengah malam semalam.


Sumber dari badan Kerajaan Palestin, Jawatankuasa Penerangan Pematah Sekatan dan Penyambut Delegasi menjelaskan para relawan asia akan berada di Gaza sehingga hari khamis ini.

Dinyatakan, petang semalam, Pihak Berkuasa Mesir telah membuka laluan perlintasan di sempadan Rafah bagi membenarkan 112 anggota relawan asia yang tiba di 'Arish setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damshik pada waktu asar semalam.

Sebelum mendapat kebenaran dari Mesir untuk masuk ke Gaza, para relawan yang tiba di Lapangan Terbang 'Arish cuba untuk mengadakan mogok lapar dan berkumpul di dalam Lapangan Terbang 'Arish, Mesir.

Kini, konvoi asia 1 yang telah tiba di Gaza sedang menunggu baki dari anggota relawan yang datang dengan kapal Salam, yang membawa barang-barang bantuan. Seperti yang dijadualkan, barang-barang bantuan yang dibawa dengan kapal salam akan dipunggah turun di pelabuhan El-'Arish hari ini.

Kapal Salam dengan kibaran bendera Republik Sierra Leone terlewat hampir 12 jam tiba di destinasi seperti yang telah ditetapkan ekoran laluan pelayarannya dihadang bot-bot laju tentera zionis di perairan laut antarabangsa.

Konvoi asia dalam misinya mematahkan sekatan zionis di Gaza membawa empat buah ambulan dan barang-barang bantuan sekitar yang mencapai berat 1000 tan. Bantuan yang dibawa berupa bantuan perubatan, kemanusiaan, pakaian, susu kanak-kanak dan peralatan untuk orang kurang upaya serta bantuan kelengkapan untuk mangsa-mangsa perang dan seumpamanya.

CARAVAN ASIA TO GAZA adalah konvoi asia pertama yang dilancarkan untuk menitikberatkan permasalahan yang dihadapi Palestin, khususnya sekatan zionis yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza. Anggota-anggota relawan yang bergabung dalam konvoi asia ini terdiri dari berbagai latar belakang agama dan status. Mereka yang terlibat dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti, peguam, wartawan, ahlijawatankuasa NGO-ngo masyarakat dan pelajar-pelajar universiti. Sumber 03/01/2011, web berita Al-Jazeerah.net dan web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget