TEBING BARAT - "Dari rumah ke rumah", kempen 'boikot' produk Israel telah dilancarkan semalam di Ramallah.
Kempen yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin mulai selasa bertujuan menjejaki dan memboikot produk-produk Israel di rumah-rumah penduduk Palestin di semua tempat di Tebing Barat. Golongan yang menjadi sasaran bagi turut serta dalam kempen ini terbuka kepada semua peringkat umur dan politik.
Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengumumkan larangan dari membeli atau menjual barang-barangan yang dikeluarkan oleh Israel malah Pihak Berkuasa akan menjejaki mana-mana individu Palestin yang melanggar ketetapan ini.
Gabenor Bet Lehem, Abdul Fatah Hamail berkata, "masyarakat menunaikan kewajipan ini sepertimana ia adalah tanggungjawab bersama". Berikutan itu, pelancaran kempen seumpama ini meliputi keseluruhan penduduk Palestin dari utara hingga ke selatan. Malah kempen gempur ini juga salah satu bentuk penentangan.
Hamail juga menyatakan secara pasti bahawa 'pada hakikatnya walaupun hanya kempen menentang dari bentuk ekonomi tetapi ia juga menentang dari sudut politik'.
Pertahan hak
Menurut sumber, kemasukan dari jualan produk Israel secara tahunan sebanyak USD200 juta di pasaran Tebing Barat. Perangkaan menunjukkan 46% dari kemasukan ini adalah lanjutan dari penggunaan penduduk Palestin yang membeli produk Israel.
___________________________________________
Pautan lain:
Berikut adalah rakaman gambar yang dipetik dari laman web rasmi jawatankuasa yang menjalankan kempen itu.
'Jangan bawa masuk produk Israel ke rumah kamu'
Ketika persidangan akhbar
pemuda-pemudi Palestin yang terlibat dalam kempen boikot
'sticker' peringatan
Rujukan:
1) Berita Al-Jazeerah
___________________________________________
Penyelaras kempen, Haitham Al-Kailani berkata kepada agensi berita Perancis, bahawa kempen yang dijalankan dari rumah ke rumah adalah bagi mencegah penggunaan produk Israel.
"Hari ini kami telah melancarkan kempen gempur di semua tempat di Tebing Barat", ujar Haitham.
Ketika persidangan akhbar yang berlangsung di kota kecil Raam, beberapa individu penting Palestin memberikan respon berhubung pelancaran kempen ini.
Gabenor Al-Quds, Adnan Husaini menyatakan pelancaran kempen di Al-Quds adalah seiring dengan pelancaran semua tempat selama satu minggu malah ia teramat penting di waktu sebegini.
Beliau menjelaskan, bahawa 'penempatan Israel tidak boleh diterima di peringkat antarabangsa, maka kita mesti berusaha menzahirkan kebenaran yang berkait dengan penempatan juga memboikot produk yang mengukuhkan ekonomi penempatan Israel'.
Selain itu, Mufti Palestin, Mohammad Husain, berkata "kewujudan penempatan Israel yang salah di sisi undang-undang mesti dibendung, maka memerangi ekonominya dengan cara begini adalah bentuk yang terkehadapan dan lebih praktikal".
Ketika persidangan akhbar yang berlangsung di Ramallah dan Biirah, Laila Ghanam berkata, "kempen yang dijalankan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk Palestin bagi mencegah penggunaan barangan Israel yang menimbulkan impak bahaya kepada sektor kesihatan dan politik".
Ghanam menyatakan amat perlu bagi menyokong produk Palestin dan membudayakan penggunaannya secarta bersama malah mengembangkan lagi mengikut keperluan kami. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah, suratkhabar Shorouk(Mesir) dan 18/05/2010, web berita safa.ps
0 ulasan:
Catat Ulasan