CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Mei 2010

Ekonomi Israel di antara yang stabil meskipun krisis ekonomi global melanda

AL-QUDS, - Biarpun krisis ekonomi global melanda dunia semenjak dua tahun yang lalu, namun ekonomi Israel teguh. Malah Israel merangkul tempat ke-17 di peringkat dunia menjadikan Israel di antara Negara yang mempunyai ekonomi yang stabil.

Pada tahun lalu, Israel merangkul tempat ke-24.

Memetik laman berita "Jerusalem-Post" Israel dari perangkaan yang dibuat oleh Institut Pembangunan Pengurusan di Switzerland bahawa Israel berhasil menduduki tempat ke-17 seiring Negara-negara yang mempunyai tahap ekonomi yang stabil menghadapi krisis ekonomi, iaitu selepas China, Finland, New-Zealand, Singapura, Amerika-Syarikat dan Hong Kong.

Menurut "Jerusalem-Post" lagi dari Pengerusi Bank Persekutuan Israel, bahawa Israel telah menikmati tahap kualiti dari hasil kestabilan ekonomi yang terbaik ketika krisis ekonomi global melanda di peringkat bank-bank utama.

Institut antarabangsa itu turut mencatatkan Israel termasuk di dalam senarai 56 buah Negara yang menurun nisbah kadar pengangguran. Sumber 23/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget