CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 22 Mei 2010

Konvoi laut telah berlepas dari pelabuhan Turki

Terkini : 3 buah kapal dari konvoi laut yang menuju ke Gaza telah berlepas dari pelabuhan Turki pada jam 2.55 petang/waktu Mesir. 6 buah kapal lagi dari Greek, Ireland, Algeria dan Britain.

Menurut sumber lain(safa.ps), 3 kapal dari Turki sedang menuju ke kepulauan Cyprus sementara menanti 6 buah lagi kapal tiba di situ. Dijadualkan, hari rabu akan datang(27/05), konvoi yang membentuk armada laut akan bertolak ke Gaza.

Dinyatakan, armada laut ini adalah gabungan dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Sumber menjelaskan 3 buah kapal besar yang membawa muatan kargo barangan dibiayai Kuwait, Algeria, dan Eropah(Sweden dan Greek). Manakala 6 buah lagi kapal untuk pengangkutan para peserta yang mengikuti armada ini, salah sebuah dari kapal itu meletakkan nama '8000', simbolik jumlah penduduk Palestin yang berada dalam tahanan Israel.

Muatan yang dibawa kapal besar melebihi 10 ribu tan berat, terdiri daripada bantuan perubatan, bahan binaan seperti kayu, simen, besi, bantuan pembelajaran malah 100 buah rumah pasang siap(kontena), 500 buah kerusi roda elektrik bagi kegunaan mangsa perang yang hilang daya gerak dan juga bantuan makanan.

Tambahan lagi, jumlah individu yang menyertai armada laut ini 700 dari lebih 60 buah Negara. Turut serta dari jumlah tersebut 44 individu rasmi dari kalangan ahli politik dan ahli parlimen. Armada laut juga mendapat liputan media yang luas kerana diiringi 36 pemberita/wartawan yang mewakili 26 agensi berita dan media massa antabangsa.

Bagi mengikuti setiap perkembangan pelayaran armada ini, sistem penyiaran satelit turut dilengkapi bagi menyiarkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

Intifadhah kemaraan kapal bantuan ke Gaza masa lalu:

Pada tahun lalu, beberapa pelayaran ke Gaza ataupun yang dikatakan intifadhah kemaraan kapal melalui laut banyak diadakan bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Pelayaran tersebut disertai para aktivis keamanan, NGO hak asasi dan antarabangsa, ahli-ahli politik terdiri dari ahli parlimen dan pemberita serta wartawan. Rata-ratanya adalah gabungan dari merata Negara.

Bagaimanapun, Israel menghalang dengan keras kemasukan kapal-kapal berkenaan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Mohammad Sawalihah, Naib Presiden Pertubuhan Membebaskan Sekatan dari Eropah menyatakan, sebelum ini, 6 pelayaran berjaya menembusi halangan Israel ke Gaza, manakala 3 pelayaran yang lain tidak berjaya ke Gaza.

Berikutan itu, angkatan tentera laut Israel menghalang beberapa buah kapal yang membawa bantuan ke Gaza. Antaranya, kapal "Ruh Al-Insaniah" yang telah dilanggar. Kesemua anak kapal yang terdiri aktivis dan pemberita telah ditahan melebihi 6 hari.

Selain itu, Israel masih menahan 2 buah kapal dari rombongan "Al-Karamah". Pihak berkenaan menghubungi pihak antarabangsa; politik dan perundangan bagi mengembalikan dua buah kapal yang berada dalam tahanan Israel.

Israel masih ancam

Dari pihak Israel pula telah memberikan ancaman kepada konvoi laut agar dapat menghalang dari sampai ke Gaza. Sebagaimana yang dinyatakan, Israel mengancam dari dua sudut:

1) Diplomasi
2) Ancaman 'mengebom'

Sumber 22/05/2010, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps [kemaskini jam 9.00 malam/Mesir]

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget