CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Mei 2010

Turki membantah sebarang tekanan bagi menghalang laluan armada laut

Gambar dari pls48: Sebuah kapal dari armada laut yang baru berlepas pada 22/05/2010.

Akhbar Israel, "Yediot Ahronot" dalam edisinya hari ini(selasa), menyatakan Pihak Berkuasa Israel gagal membuatkan Turki mengikut kehendak Israel bagi menghalang pelayaran armada laut ke Gaza bagi memecahkan sekatan.

Sumber dari akhbar tersebut melaporkan, Turki turut membantah cadangan Israel bagi melabuhkan kapal-kapal armada yang membawa muatan bantuan kemanusiaan ke pelabuhan Israel, Ushdud. Dengan itu, barang-barang bantuan itu akan dibawa masuk ke Gaza melalui Pertubuhan bantuan antarabangsa dan UN di bawah pengawasan dari Israel.

Yediot Ahronot menukilkan kenyataan dari komander tentera laut Israel, Jeneral Eliezere Morum yang menerima secara peribadi bagi mengetuai operasi menghalang armada laut mendekati pantai Gaza pada hari khamis. Sementara itu, tentera laut Israel dalam jumlah yang besar juga telah direkrut bagi operasi tersebut.

Akhbar tersebut turut menyebut timbul ketakutan kepada tentera Israel terhadap para aktivis yang menyertai armada laut cuba bertempur dengan tentera Israel.

Berhubung pendirian rasmi Israel yang tidak membenarkan armada laut tiba di Gaza, Menteri Kebajikan dan sosial, Yitzhak Herzog mempastikan lagi bahawa pendirian kerajaannya yang membantah ketibaan armada laut di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, menteri tersebut menyatakan syarat bagi membenarkan laluan armada ke Gaza adalah dengan janji agar Gilad Shalit dibebaskan.

Sumber menukilkan dari radio Israel pada hari ahad lalu, Yitzhak Herzog berkata, "konvoi laut itu tidak boleh dibenarkan tiba di Gaza melainkan pertubuhan yang berkenaan berjanji bagi mengeluarkan Shalit dari Gaza".

Menteri Israel itu turut memberi pandangan bahawa konvoi laut antarabangsa yang dalam pelayaran menuju ke Gaza yang disekat, seumpama "tindakan menghasut semata-mata untuk mengelirukan pandangan umum terhadap Israel", dakwa Yitzhak lagi, "tidak ada krisis kemanusiaan berlaku di Gaza malah bekalan makanan pun tidak ada yang berkurang". Sumber 25/04/2010, web berita Palestine48 dan 24/05/2010, web berita shehab.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget