CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 16 Mei 2010

Israel Negara pengganas - Rabai Yahudi


"Israel adalah sebuah Negara pengganas dan pemimpin-pemimpinnya mesti dibawa ke penghakiman Tribunal Jenayah Antarabangsa. Keamanan dunia tidak akan stadbil melainkan Negara Israel disingkirkan"!


Kata-kata sebegini seandainya terungkap di Jerman, maka sudah pasti masa depan orang yang berkata sedemikian musnah setelah menerima berpuluh-puluh tuduhan. Paling kurang, dia akan dituduh 'menyebarkan kebencian' tetapi pihak yang mengeluarkan ungkapan sebegini bukanlah Palestin, Arab atau orang Islam. Dia adalah seorang Rabai Yahudi, iaitu 'Yisroel Dovid Weiss'(gambar) yang dikenali memusuhi zionis.

_______________________________________

Hakhaam: bermaksud Rabbi, pendeta Yahudi. Namun di dalam kamus miftah disebut 'Rabai'. Rujuk m/s 651, Cetakan keempat(Edisi Mesir) Oktober 2008.
_______________________________________

Yisroel Dovid Weiss juga adalah seorang anggota Pertubuhan Neturei Karta(Yahudi) yang menentang penubuhan Negara Israel dan idea zionis.

Beliau berpandangan bahawa, 'tanah suci yang diberikan kepada Yahudi pada masa lalu sebagai ganjaran kerana berpegang dengan ajaran Taurat. Apabila Yahudi berpaling dari ajaran tersebut, maka ganjaran tersebut telah ditarik balik sebagai hukuman Tuhan ke atasnya'.

Baru-baru ini, Yisroel Dovid Weiss, yang juga jurucakap rasmi pertubuhan berkenaan ketika berkunjung ke Berlin menjelaskan kepada agensi akhbar bahawa 'Pertubuhan itu bersama pihak yang mengadakan persidangan-persidangan yang memprotes dasar polisi Israel kerana tindakan pertubuhan Yahudi itu bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa Yahuda bertentangan
dengan cara pemikiran zionis yang telah mengasaskan Negara Israel. Sehingga hari ini, mereka(Israel) telah mengadakan perayaan penubuhan Israel tahun yang ke-62'.














Gambar dipetik dari web rasmi Neturei Karta: Sebahagian anti-zionis(anggota Neturei Karta) yang menyertai protes Nakbah.

Weiss turut mengecam dasar polisi Jerman dan Eropah yang mengetahui sokongan yang diberukan kepada zionis bukan untuk kebaikan Yahudi, malah bukan untuk kebaikan usaha rundingan damai.

Weiss turut mendesak agar hentikan bekalan persenjataan kepada Israel, tidak terkecuali kapal-kapal selam yang kebanyakannya merupakan hadiah tanpa perlu membayar apa-apa. Weiss mengungkapkan perkara tersebut tidak dapat diterima langsung kerana membantu ketenteraan Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Geneva.

Berhubung ungkapan 'menyebarkan kebencian', Weiss berkata 'adalah haknya untuk mengkritik dasar polisi Israel'. Kritikan itu tidak membawa maksud 'menyebarkan kebencian'. Berikutan itu, zionis tidak boleh disinonimkan dengan Yahudi. Sebaliknya, Yahudi adalah agama yang meliputi nilai akhlak tertinggi bertentangan dengan zionis yang bersifat fanatik perkauman. Sumber 16/05/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget