CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 16 Mei 2010

FATAH gusar dengan rundingan secara tidak langsung, Israel terus bina penempatan

Sumber dari akhbar Al-Ahram melaporkan, seorang pemimpin FATAH merasa gusar dengan rundingan secara tidak langsung yang telah diumumkan dengan Israel beberapa hari yang lalu. Namun pengumuman tersebut ketika Israel masih berpegang dengan pendiriannya bagi meneruskan pembinaan penempatan Israel di Al-Quds yang tidak mengendahkan desakan Amerika Syarikat bagi menghentikannya.

"kami telah beri ruang kepada Amerika demi mencari keserasian pandangan berhubung permasalahan penyelesaian kemuncak", tegas Ahmad.

Beliau menyatakan, perbincangan secara tidak langsung dengan Israel belum lagi bermula secara nyata tetapi akan bermula pada hari isnin akan datang, iaitu setelah George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah datang semula di rantau ini.

Jelas Ahmad, Mitchell telah meletakkan jadual masa perbincangan yang bertempoh selama 3 bulan dengan 6 pusingan pertemuan. Setiap pusingan pertemuan mengambil masa selama 5 hari.

Liberman bantah hentikan pembinaan, Netanyahu mahu teruskan lagi pembinaan

Sementara itu, Israel melalui Menteri Luarnya, Avigdor Liberman, menegaskan pendirian Kerajaannya yang membantah bagi menghentikan pembinaan penempatan Israel di Timur Al-Quds.

Benjamin Netanyahu pula dalam kenyataannya berkata, pembinaan(bina dan memajukan) yang diteruskan itu adalah bertujuan untuk mengindahkan lagi bandar dan mensejahterakan lagi hidup.

Tambah Netanyahu, hubungan penduduk Israel dengan bandar Al-Quds tidak boleh dinafikan berikutan penduduk Yahudi yang telah kembali mendudukinya malah telah mendiami Al-Quds semenjak ribuan tahun yang lalu.

Memetik dari sumber berita maan, Netanyahu menyatakan Kerajaannya akan sentiasa memberi sokongan berterusan kepada pembangunan Al-Quds dengan kewangan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Malah Netanyahu menegaskan, Israel akan memberikan jaminan kebebasan menjalani ibadah kepada semua penganut berlainan agama di bandar Al-Quds.



Al-Quds tidak boleh dibahagikan

Netanyahu dalam kenyataannya ketika perayaan 'penyatuan bandar suci' atau 'penggabungan Al-Quds', berkata 'kami tidak akan biarkan bandar Al-Quds dibahagikan, malah merancang pembangunan dan kemajuan.'

"Kamilah generasi yang membebaskan Al-Quds, dan kami akan pulangkan hak-hak suci ini kepada penduduk Yahudi. Kami akan menjelaskan kebenaran ini kepada anak-anak dan cucu kami", ujar Netanyahu.

Perarakan Yahudi

Berikutan dari ucapan Netanyahu, para pengikut-pengikut pengawal bukit zion(pelampau) mengadakan perarakan ke salah sebuah kawasan Palestin yang menerima ancaman(sita), iaitu di perumahan Syeikh Jarrah. Para pengikut kumpulan itu mengakui bahawa Al-Quds adalah untuk yahudi.

"Mana ada Timur Al-quds dan Barat Al-Quds. Al-Quds hanyalah satu sahaja..tujuan kami adakan perarakan ini adalah untuk Presiden Obama dan dunia supaya tahu..jangan ganggu Al-Quds", ungkap Ghourshoun Salimoun, Pemimpin Pertubuhan Keselamatan Bukit Zion. Sumber 13/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir) berita Al-Jazeerah dan 12/05/2010 web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget