CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Mei 2010

Kapal-kapal menuju ke Cyprus - Khudri

Sumber peta, google map. Berikutnya, garisan merah adalah petunjuk perjalanan konvoi armada laut yang telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki menuju ke perairan laut Gaza. Manakala, kepulauan Cyprus sebagaimana yang dinyatakan hanyalah destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal sebelum berlayar ke Gaza.

Ahli parlimen, Jamal Khudri, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi menghadapi sekatan berkata, kapal-kapal armada laut pemecah sekatan dalam perjalanan ke destinasi pertemuan di perairan laut antarabangsa Cyprus sebelum memulakan pelayaran menuju Gaza. Dinyatakan, awal pagi ini feri penumpang yang membawa aktivis-aktivis, ahli politik dan media-media telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki.

Beliau turut menegaskan bahawa konvoi kapal tidak menetapkan untuk berlabuh di pelabuhan Cyprus, tetapi hanya berkumpul di perairan laut antarabangsa Cyprus untuk belayar menuju ke Gaza.

Sebagaimana media Israel menyebarkan pada petang Khamis mengenai Cyprus membantah dari menyambut ketibaan kapal-kapal yang terlibat dalam misi armada laut di perairan laut dan pelabuhan Cyprus.

Namun, dalam laporan pada jam 2.32 pagi Palestin/Mesir(Jumaat), yang menukilkan dari Pertubuhan Pembebasan Sekatan Gaza dari Eropah menafikan laporan yang dinyatakan media Israel berhubung bantahan dari Pihak Berkuasa Cyprus ke atas kapal-kapal.

Rami Abduh, anggota pertubuhan tersebut yang berada di Cyprus berkata kepada agensi berita, "ini adalah propaganda dari media-media Israel yang berterusan dilakukan oleh pihak penjajah bagi menghalang usaha kemanusiaan dari kalangan aktivis-aktivis".

Jelas beliau lagi, "kami tidak memohon kepada Pihak Berkuasa Cyprus untuk berlabuh di perairan Cyprus kerana kapal-kapal akan terus berlayar ke Gaza, dan berita mengenai perhentian kami di perairan laut Cyprus hanyalah untuk destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal".

Sementara itu, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa tentera Israel mendirikan tiga buah khemah di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) bersiap-sedia untuk memberkas para aktivis yang menuju ke Gaza. Sumber 28/05/2010, web berita safa.ps dan 27/05/2010, berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget