GAZA - Sumber dari Rafah menyatakan, bangunan Pasukan Polis Persekutuan Negara Mesir di bandar Rafah mengalami kerosakan teruk disebabkan tindakan polis Mesir meletupkan bahan letupan yang telah diberkas di sempadan Gaza-Mesir sebelum ini.
Jelas sumber itu lagi, bahan dan alat letupan yang dimusnahkan itu diletakkan satu tempat yang menghimpunkan periuk api, peluru anti kereta kebal dan roket jenis 'hawn'. Kesemua itu diletupkan dalam satu masa. Pemusnahan alat dan bahan letupan di garisan sempadan di kawasan Ahrash mengakibatkan gegaran yang amat kuat dan memberikan kesan kepada bangunan-bangunan yang berdekatan. Sebahagian dari struktur bangunan-bangunan yang berdekatan mengalami kerosakan.
Dinyatakan, terutama bangunan polis Mesir yang paling teruk mengalami kemusnahan. Dianggarkan polis Mesir mengalami kerugian yang mencecah LE.2 juta. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net
0 ulasan:
Catat Ulasan