Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.
Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.
Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Sumber : Hakarah Daily
Gambar: Antara aktivis yang menjadi mangsa serangan penjajah.
09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
08.40 pagi, Mesir/Palestin: Angkatan tentera laut Israel telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel.
Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab.
Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.
Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan.
HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia.
08.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai konvoi tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.
08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)
Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.
Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.
07.50 pagi, Mesir/Palestin: Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.
Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.
07.50 pagi, Mesir/Palestin
: Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan.
07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.
Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selamat.
07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.
07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.
Sebagaimana dinyatakan, Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang mengeluarkan keputusan untuk menyerang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera.
Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.
Gambar: Kapal zionis
Menurut siaran televisyen Israel, jumlah yang terkorban dalam serangan Israel itu seramai 10 orang dikalangan aktivis.
Dijelaskan lagi, penjajah mula merempuh kapal pada jam 4.00 pagi(Mesir/Palestin). Sumber, berita Al-Jazeerah
06.45 pagi, Mesir/Palestin : Pemerintah Turki mengadakan perjumpaan bagi membincangkan tentang serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.
Menurut web berita safa.ps,Dua terkorban akibat serangan Israel ke atas kapal armada, manakala 30 lagi mengalami luka dan cedera.
Terkini: Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza mengecam keras serangan penjajah ke atas kapal-kapal armada pembebasan. Beliau mendesak supaya keselamatan para aktivis dijamin.
06.11 pagi, Mesir/Palestin : Menurut berita ada kematian di pihak aktivis dan berpuluh yang cedera akibat serangan penjajah.
05.23 pagi, Mesir/Palestin : Aktivis memohon bantuan melalui telefon satelit, terdapat tiga yang cedera dan memerlukan rawatan segera.
Gambar sebelah: Kelihatan 2 komander Israel yang merempuh naik ke kapal.
05.21 pagi, Mesir/Palestin: Penjajah pisahkan kapal-kapal serta melepaskan bom gas.
05.10 pagi, Mesir/Palestin
: Siaran televisyen Turki menunjukkan gambar rempuhan tentera penjajah ke atas kapal-kapal armada pembebasan.
05.05 pagi, Mesir/Palestin: Hubungan telekomunikasi terputus dengan armada pembebasan.
02.21 pagi, Mesir/Palestin
: Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, sebahagian besar dari alat komunikasi armada pembebasan telah terputus hubungan. safa.ps
Gambar: Bot laju tentera penjajah
02.05 pagi, Mesir/Palestin
: Wartawan Al-Jazeerah melaporkan, sejam yang lalu bahawa muncul bot laju tentera Israel berada dalam jarak agak jauh dari armada. Kapal Turki memperlahankan kelajuan agar kapal-kapal barang/kargo dapat mengikut dari belakang. Armada pembebasan mendekatkan jarak antara kapal-kapal agar Israel tidak boleh merempuh.
Sehingga kini, kapal-kapal Israel masih mengekori armada pembebasan dari jarak yang jauh sehingga menemui garisan perairan Gaza dari jarak 60 kilometer sebagaimana yang dimaklum.
Gambar: Helikopter Israel ketika mengepung Mavi Marmara.
Para aktivis telah bersedia bagi mempertahankan kapal-kapal, malah tidak akan membiarkan Israel dengan mudah menguasai kapal.
Masing-masing dari enam buah kapal telah bersepakat tidak akan menggunakan kekerasan, khususnya kapal Turki yang membawa ramai aktivis berlainan Negara..
Sekiranya, tidak berlaku apa-apa rintangan, armada pembebasan akan tiba di perairan laut Gaza pada jam 10.00 atau jam 11.00 pagi esok. Berita langsung dari armada pembebasan
________________________________
01.33 pagi, Mesir/Palestin: Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah menghubungi Kementerian Luar Greek agar melindungi kapal Greek. safa.ps
01.18 pagi, Mesir/Palestin : Menurut TV Turki, helikopter Israel berlegar-legar dari ruang udara tempat pelayaran armada pembebasan. Manakala, kapal-kapal Israel melingkungi kapal-kapal armada pembebasan. safa.ps
________________________________
12.50 pagi, Mesir/Palestin : Tiga buah kapal terputus hubungan. safa.ps
________________________________
12.45 pagi, Mesir/Palestin
: Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah, kapal-kapal Israel sedang belayar tidak jauh dari armada pembebasan. safa.ps
________________________________
12.43 pagi, Mesir/Palestin
: Tunjuk perasaan di Istanbul membantah tentangan kapal Israel ke atas armada pembebasan di laut. safa.ps
________________________________
12.03 tengah malam, Mesir/Palestin, 31/05/2010
: Sumber Israel menyiarkan berita yang bercanggah mengenai angkatan tentera laut Israel yang mengepung armada pembebasan.safa.ps
Peta: Petak berwarna biru muda adalah lingkungan pelayaran armada pembebasan menuju ke perairan Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus. Titik merah adalah kedudukan pelabuhan Ushdud, Israel. Manakala, titik hijau adalah kedudukan pelabuhan nelayan Gaza, Semenanjung Gaza yang merupakan destinasi pelayaran armada pembebasan.
________________________________
11.40 malam, Mesir/Palestin
: Tentera laut Israel mengganggu sistem komunikasi sebuah kapal serta menghubungi kapal itu supaya berpatah balik. safa.ps
________________________________
11.28 malam, Mesir/Palestin
: Kapal-kapal armada pembebasan telah sampai di jarak 120 batu nautika dari perairan laut Gaza.safa.ps
1 batu nautika : 1.9 kilometer
________________________________
11.00 malam, Mesir/Palestin
: Sebuah kapal armada mendapat panggilan dari bot perang Israel yang bertanyakan tentang identiti dan arah tuju. Sejam yang lalu, seorang wartawan memaklumkan bahawa Israel telah menyiapkan empat buah kapal perang di perairan Gaza menanti ketibaan armada. Sumber dari berita Al-Jazeerah pula menyatakan, di pelabuhan Ushdud, bot-bot perang Israel sedang menjalankan rondaan.
________________________________
09.12 malam, Mesir/Palestin
: Wartawan Al-Jazeerah dari kapal melaporkan, armada pembebasan sedang berlayar menuju ke perairan laut Gaza.
Sebelum itu, wakil dari pertubuhan menyatakan armada pembebasan itu dijangka tiba di perairan laut Gaza pada waktu tengahari esok.
Beliau menukilkan dari media-media Israel bahawa pihak Israel berusaha untuk menyerang armada. Namun, beliau menyatakan, pihak aktivis-aktivis akan mempertahankan diri dan kapal-kapal tanpa menggunakan senjata, seperti pisau.
Beliau turut merasa optimis, bahawa Israel berada dalam keseorangan diri menentang armada pembebasan ini, sedangkan armada pembebasan ini disokong banyak buah Negara.
Wartawan Al-Jazeerah dalam liputannya, berkata 'kami tidak akan membiarkan Israel merampas kapal, kami akan pertahan agar tentera-tentera Israel tidak dapat naik ke kapal dengan cara yang aman'. Sumber, berita langsung dari 'armada pembebasan'
________________________________
09.11 malam, Mesir/Palestin : 2000 penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Vienna bantah ugutan Israel ke atas armada pembebasan.
________________________________
06.38 petang, Mesir/Palestin : Armada menerima panggilan yang memberi amaran sekiranya memasuki perairan laut Gaza. Gangguan komunikasi sesama kapal-kapal armada. Amin Abu Rashid, dari kapal '8000'(gambar), berkata 'Pihak Berkuasa Penjajah meningkatkan usahanya bagi mengganggu komunikasi(wireless) yang digunakan sesama kapal-kapal dan untuk menghubungi dunia luar.
Bagaimanapun, teknikal armada berusaha memintas usaha penjajah menceroboh wireless armada. Sumber web berita safa.ps
________________________________
Sebagaimana yang dinyatakan[03.25 petang, Mesir/Palestin] dari wartawan Al-Jazeerah, armada dijangka akan berlepas bila-bila masa sahaja menuju ke perairan Gaza dan harapan dapat tiba di Gaza pagi esok, Isnin.
Dinyatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku(kullal khiarat maftuhah) apabila bertemu dengan tentera laut Israel.
Para aktivis telah berbincang hari ini bagi mencari persepakatan jika berlaku sebarang penentangan dari Israel, malah keteguhan untuk tidak menyerahkan kapal-kapal kerana armada pembebasan membawa barang-barang dan bekalan bantuan kepada Gaza.
Kesemua kapal yang bakal berlepas ke Gaza dari perairan antarabangsa itu sebanyak enam buah, tiga buah kapal kargo/barang dan tiga buah kapal penumpang(feri dan bot). Jumlah anak-anak kapal seramai 650 aktivis termasuk ahli-ahli parlimen dari berbagai-bagai Negara. Sebarang perubahan masa dan waktu yang dijangka berlepas tertakluk kepada penyelarasan IHH. Sumber, berita langsung dari 'armada pembebasan'
Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"
Pertama : Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
Ketiga : Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi
Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati
Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan
Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah
Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak
Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat
Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah
Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan