KHALIL - Sepasukan tentera penjajah masih menguasai sebuah rumah penduduk Palestin yang memasuki hari ketiga. Rumah yang dimiliki Syafiqah Abu Manshar yang terletak di Kota Lama, Khalil, selatan Tebing Barat berubah menjadi kem tentera bagi sekumpulan tentera penjajah.
Awal malam semalam, sepasukan tentera penjajah menceroboh masuk rumah terbabit serta menghalau penyewanya, Anas Zuhir Al-Bayidh. Awal pencerobohan itu, dinyatakan sepasukan tentera penjajah memecahkan pintu dan memaksa Anas beredar dari rumah yang disewanya dengan ugutan senjata.
Tentera penjajah mendakwa rumah terbabit adalah di bawah milikan tentera berikutan adanya 'perintah' dari pihak ketenteraan bagi menguasai rumah terbabit.
Al-Bayidh baru menyewa rumah itu beberapa hari yang lalu, bagaimanapun dikejutkan dengan rempuhan tentera Israel malam Jumaatserta dihalau tanpa memberi sebarang notis. Waktu ini, sepasukan tentera penjajah masih berada dalam rumah itu. Pemilik rumah juga dilarang memasuki rumah.
Sementara itu, dalam kejadian yang lain, pihak penjajah telah menangkap 4 penduduk Palestin awal pagi tadi.
Pihak penjajah juga mengepung satu perarakan aman yang biasanya diadakan secara mingguan pada waktu zohor tadi. Perarakan yang berlangsung di barat Beit Jala yang terletak di wilayah Bet Lehem menerima tentangan sengit dari tentera penjajah.
Sebagaimana dilaporkan perarakan tersebut adalah bagi menentang pembinaan tembok pemisah. Seramai 7 orang yang menyertai perarakan itu telah ditangkap, antaranya 5 penduduk Israel. Manakala 3 yang lain cedera.
Saksi berkata kepada agensi berita, 'Bilangan tentera penjajah bertambah pada masa itu serta dikerahkan ke tempat perarakan aman berjalan. Tentera penjajah serta-merta bertindak memukul para penunjuk perasaan dalam perarakan dengan cota dan melepaskan tembakan yang bertujuan menghalang perarakan itu sampai ke tempat pembinaan tembok pemisah'.
Setelah perarakan itu selesai, berlaku pertempuran kecil antara pemuda Palestin dengan tentera penjajah. Pemuda Palestin bersenjatakan batu dan botol kerana membantah penyambungan kerja Israel membina tembok pemisah yang mengancam kehidupan Palestin di kawasa terbabit. Lebih dari itu, tanah-tanah Palestin turut dirampas. Sumber 16/05/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah
Berita Ringkas lain(Al-Jazeerah):
> Pihak Berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah kepada penduduk Palestin Gaza. Hari ini adalah hari kedua sempadan tersebut dibuka.
> Menurut majalah, 'Independent On Sunday' menukilkan bahawa Pihak Berkuasa Emiriah Arab Bersatu sedang menjejaki seorang warga Britain, individu ke-19 kerana disyaki terjebak dalam pembunuhan Mahmud Abdul Rauf Al-Mabhuh, pemimpin HAMAS yang juga komander dalam KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS).
> Pihak Berkuasa Israel melarang seorang pemikir Amerika, Noam Choamsky dari memasuki tanah Palestin melalui Jordan disebabkan pendiriannya yang bertentangan dengan dasar polisi Israel. Ketika diwawancara(9.10 malam, waktu Mesir) Noam menjelaskan, larangan itu disebabkan penulisannya mengenai politik Israel.
0 ulasan:
Catat Ulasan