Hari ini adalah 13 Mei 2010.Berbagai kisah dan sejarah di sebalik 13 Mei 1969.Kisah 13 Mei 1969 banyak boleh di dapati di beberapa sumber namun kesahihannya ada yang diragui.
Semalam iaitu 12 Mei 2010 perdana menteri Malaysia telah menasihatkan mantan perdana menteri malaysia iaitu Tun Mahathir untuk menangguhkan perhimpunan Gertak yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 13 Mei ini.
Apa itu Gertak?Gertak adalah singkatan dari Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak.
Perhimpunan tersebut kononnya bertujuan menghimpunkan masyarakat melayu dan kononnya untuk menyedarkan semangat kesatuan bangsa Melayu.
Pelik dengan Umno(baru),mantan perdana menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya hendak menyatukan bangsa Melayu dalam perhimpunan Gertak tetapi lupakah dia bahawa dia dan sekutu dia jugalah telah memecah belahkan masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.Malah pengubahan dasar dan sistem sekularisme dan kapitalisme yang di buat oleh pihak Umno dalam pentadbiran negara banyak menjauhkan jurang masyarakat sesama melayu dan ia juga turut menjauhkan jurang dengan masyarakat bangsa lain.Malah dasar memperjuangankan bangsa Melayu dan Islam hanya sekadar kata-kata dibibir kerana segala keuntungan dipegang oleh kroni-kroni dan pihak atasan saja.
Oleh itu saya mencadangkan daripada menghadiri perhimpunan Gertak maka sebaiknya dihadiri demontrasi aman bagi tanda tidak setuju pihak kerajaan pusat yang diterajui Umno meluluskan lesen judi dan konsert 12 jam seperti entry saya sebelum ini.
Rabu, 12 Mei 2010
Perlu ke GERTAK?
Dicatat oleh Ikhwan Muslimun Malaysia di 10:08 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan