Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya.
Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain.
Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah.
Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah. Selanjutnya, baca lagi di sini.
Sumber : PMRAM
Rentetan kes provokasi di laman facebook, sumber melaporkan sebuah akhbar di Afrika Selatan menyebarkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Sumber 21/05/2010, berita Al-Jazeerah
0 ulasan:
Catat Ulasan