CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 Mei 2010

Armada menimbulkan bahaya kepada keamanan kami - Penjajah

AN-NASIRAH, - Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon(gambar) berkata hari ini, bahawa 'armada pembebasan' yang menggabungkan kapal-kapal yang melaungkan pemecah sekatan ke atas Gaza adalah 'memprovokasi keadaan malah melanggar undang-undang secara bahaya'.

Memetik dari siaran televisyen Israel, rangkaian dua dari Ayalon, katanya "kami tidak akan memberikan ruang kepada armada ini untuk mendekati perairan Gaza. Sekiranya, perkara itu berlaku, maka ia telah menimbulkan ancaman kepada keamanan Israel sambil itu tentera Israel telah bersiap sedia bagi menghadang konvoi pemecah sekatan".

Timbalan Menteri Luar Israel itu mendakwa tidak ada langsung krisis kemanusiaan yang menimpa Gaza.

"Berita-berita yang menyiarkan tentang sedemikian hanyalah dari pihak Pertubuhan-pertubuhan Islam dan yang cenderung ke arah HAMAS sahaja", ujar Danny Ayalon.

Sebagaimana dinyatakan, Kerajaan penjajah telah memutuskan untuk menghalang kapal-kapal pemecah sekatan yang membawa lebih 600 aktivis, malah sebilangan besar dari ahli-ahli parlimen Eropah, Turki dan Algeria.

Memetik web berita Al-Jazeerah, Israel telah mengumumkan perairan laut Gaza adalah zon tentera dan pihaknya berazam memindahkan para aktivis ke pelabuhan Ushdud sebagai permulaan untuk mengusir mereka ke Negara asal. Malah, Israel mengungkapkan para aktivis adalah seperti pendatang haram serta mereka yang membantah akan ditangkap, bahkan mesti menurunkan tandangan sebagai janji tidak kembali lagi ke sini. (29/05/2010, Al-Jazeerah)

Tentera Israel telah bersedia untuk menghalang kapal-kapal armada sebelum memasuki laut Gaza. Dengan itu, tentera Israel telah mendirikan tiga buah khemah bagi memberkas para aktivis sebelum berpindah ke operasi dilepas pulang aktivisi-aktivis ke Negara masing-masing. Sumber 29/05/2010[13.57 Palestin], web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget