CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 22 Mei 2010

Penjajah tangkap 3 Palestin di Salwad

RAMALLAH - Awal pagi tadi, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 3 penduduk Palestin dari bandar kecil Salwad, timur Ramallah ketika operasi penggeledahan di situ.

Menurut saksi, mereka yang ditangkap adalah, Mujahid Mahmud Hamid, 20 dan dua adik-beradik, Nazmi Abdul Majid Hamid, 18 dan Bilal, 20.

Berhubung kejadian itu, ahli keluarga mangsa tangkapan menceritakan bahawa sekumpulan tentera penjajah telah merempuh masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka dengan ganas dan kasar serta merosakkan barangan dalam rumah sebelum penjajah beredar, ketika itu penjajah telah menangkap 3 dari ahli keluarga berkenaan.

Sumber melaporkan, bandar kecil Salwad kerapkali digeledah sedemikian rupa dan ramai penduduk di situ menjadi mangsa penangkapan. Setakat ini, lebih 60 penduduk Palestin dari salwad berada dalam tahanan penjajah. Sumber 22/05/2010, web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget