CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 16 Mei 2010

Seorang remaja Palestn syahid, Israel ceroboh Gaza

RAMALLAH - Awal pagi tadi, seorang remaja Palestin, Aisar Yaseer Fawaz Zuraq, 16 syahid akibat ditembak oleh pelampau Israel di kawasan Wadi Haramiah, Bir Zeit, Ramallah, Tebing Barat.

Menurut sumber media Palestin bahawa mayat remaja itu ditemui selepas 3 jam meninggal dunia. Setelah itu, mayat Aisar dibawa ke hospital Kerajaan di Ramallah. Dijelaskan, mangsa ditembak dari bahagian belakang dan didapati peluru menembusi jantungnya.

Sumber dari remaja lain yang menyaksikan kejadian itu berkata, pelampau Israel melepaskan tembakan ke arah Aisar ketika berada di kawasan tanah tinggi berdekatan Wadi Haramiah. Tembakan tersebut mengakibatkan Aisar syahid.

Sementara itu, sumber melaporkan beberapa buah jentera perang Israel menceroboh berskala terhad di Hayyu Nahdhah timur Rafah juga awal pagi tadi.

Menurut saksi, 8 buah kereta kebal yang mengiringi 4 buah jentolak dan 2 buah kenderaan pengangkut tentera telah menceroboh beberapa ratus meter ke dalam kawasan Palestin di Hayyu Nahdhah, timur Rafah sambil melepaskan tembakan.

Saksi turut berkata, mereka terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah garisan sempadan sebelum Israel menambah bilangan sokongan ketenteraannya dalam kawasan garisan sempadan berdekatan sempadan Sufa malah turut diekori 4 buah helikopter yang mengawal dari udara.

Kedengaran berita bahawa pejuang Palestin meletupkan peledak berhampiran jip tentera Israel yang menjalankan rondaan di garisan sempadan.

Sebagaimana dinyatakan web berita 'Yediot Ahronout' Israel melaporkan, 2 pejuang Palestin telah meletupkan peledak berdekatan salah satu peronda Israel di selatan Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemusnahan harta benda mahupun parah. Sumber 14/05/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget