CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 Mei 2010

Demontrasi Membantah Kelulusan Lesen Judi Dan Konsert 12 Jam


Tahniah dan takziah kepada penyokong Umno kerana memilih, mengundi dan menyokong pemimpimpin yang telah menjamukan masyarakat malaysia dengan berbagai hidangan maksiat yang bakal merosakkan lagi pemikiran masyarakat Malaysia.

Kepada semua masyarakat tidak kira anda beragama Islam atau tidak dan tidak kira anda berbangsa apa.Kerana semua agama asalnya menolak judi dan arak.Dan wajar semua lapisan masyarakat menolak tindakan kerajaan Malaysia yang meluluskan lesen judi sempena Bola sepak dunia.

Kepada masyarakat yang beragama Islam.Ingatlah suatu masa nanti Allah akan menghitung apa yang telah kamu lakukan dan apa yang kamu kerjakan dengan harta kamu.Maka Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap hukum Islam dan menentang kemungkaran yang berlaku maka wajarlah semua masyarakat Islam menentang pelaksanaan kelulusan lesen judi tersebut.Demontrasi secara aman dilakukan namun semua pihak yang hadir perlulah mempersiapkan diri kerana kemungkinan besar pihak polis dan fru akan dihantar bagi menghalang demontrasi aman tersebut.Harap persiapan lengkap dilakukan dan jangan lupa membawa air dan garam.

p/s : seandai penentangan terhadap kezaliman ISA dilakukan dan pihak Umno menggunakan polis dan fru maka pasti demontrasi aman menentang judi pula mereka akan menggunakan polis dan fru sekali lagi.Kepada pihak polis dan fru yang hadir menentang demontrasi aman nanti,ingatlah bahawa anda ( polis dan fru ) akan dikira menyokong perbuatan judi tersebut dan juga dikira bersubahat terhadap kemungkaran yang berlaku serta di akhirat kelak akan dipersoalkan oleh Allah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget