CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 Mei 2010

Abu Mazen menyampaikan rungutan kepada Mitchell

RAMALLAH, WASHINGTON - George mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah telah memulakan pusingan baru mengadakan perbincangan dengan wakil Palestin dan Israel. Pusingan yang baru ini setelah Palestin bersetuju bagi mengadakan semula rundingan damai secara tidak langsung antara dua pihak.

George Mitchell yang tiba petang semalam di Israel terus mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan(Perang) Israel, Ehud Barak.

Menurut media Israel, pertemuan yang berlangsung di Tel-Aviv dalam masa yang singkat tidak ada sebarang kenyataan akhbar dari kedua-dua pihak mengenai perbincangan rundingan secara tidak langsung.

Semalam, Mitchell turut mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah selama 50 minit.

Sebaik sahaja selesai perbincangan itu, Saeb Arekat, Ketua Badan Rundingan Palestin berkata, 'laporan rungutan Palestin telah disampaikan kepada Mitchell mengenai tindakan Israel yang berlindung dengan keselamatan telah membunuh penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Arekat turut menukilkan, rungutan itu turut mengemukakan kenyataan 'provokasi' yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri Israel semenjak persetujuan mengadakan semula rundingan secara tidak langsung, khususnya permasalahan yang menyentuh Al-Quds dan penempatan Israel di Al-Quds.

Tambah beliau, Presiden Abbas juga menyampaikan kepada Mitchell bahawa Pihak Berkuasa Palestin mahu menjayakan usaha Mitchell dengan bersungguh-sungguh. Malah dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai permasalahan asas, iaitu 'keselamatan dan sempadan'.

Saeb Arekat menyatakan, pihak Palestin berharap dengan pendekatan rundingan dapat membawa kepada penubuhan Negara Palestin atas garisan sempadan 1967. Kemudian, rundingan secara tidak langsung itu akan berubah kepada rundingan secara langsung bagi meletakkan jaminan-jaminan bagi Negara Palestin.

Di pihak Israel pula seolah-olah menyebut supaya rungingan secara tidak langsung itu diubah kepada rundingan secara langsung.

Kewujudan pasukan keselamatan antarabangsa

Sementara itu, kenyataan-kenyataan Israel turut menyelubungi pertemuan Mitchell dengan Presiden Palestin yang menyebut Abbas menyampaikan niatnya kepada Mitchell berhubung persetujuan bagi mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa(NATO) di Negara Palestin setelah Negara Palestin ditubuhkan. Dijelaskan, peranan pasukan keselamatan ini adalah menjaga garisan sempadan Negara Palestin yang diuar-uarkan agar tidak ada penyeludupan dan kemasukan senjata ke dalam Negara Palestin. Sebagaimana dinyatakan, Palestin adalah sebuah Negara yang bersifat kawasan tanpa senjata. Dengan kewujudan pasukan keselamatan antarabangsa adalah bagi mengawasi keadaan dan menghalang sebarang serangan Israel ke atas Negara itu.

Arekat Nafi kewujudan NATO, tetapi mungkin wujud

Menurut sumber lain, Saeb Arekat menafikan bahawa Abbas menyampaikan persetujuan bagi mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa dari NATO di Tebing Barat apabila diumumkan penubuhan Negara Palestin ketika perbincangan dengan utusan Amerika itu.

Berhubung dengan perkara itu, Saeb Arekat menyatakan kepada agensi berita bahawa pihaknya ada menghubungi Jordan, Mesir dan beberapa Negara Arab yang lain bagi memaklumkan kedudukan terkini di rantau ini, namun tidak ada perbualan sulit mengenai pasukan keselamatan antarabangsa.

Mengenai idea bagi mewujudkan pemerhati antarabangsa yang bekerja di Palestin seperti yang ada sekarang ini di Khalil hanya untuk sementara waktu.

Kata Arekat, bahawa wujud utusan antarabangsa bagi mengawasi keamanan di Khalil buat sementara waktu. Jelas Arekat, kewujudan utusan itu adalah bagi mengawasi sebarang perlanggaran yang dilakukan oleh penduduk Israel dan tentera Israel terhadap Palestin. Jika penubuhan Negara Palestin telah diumumkan, mungkin wujud pasukan keselamatan antarabangsa sebagaimana contoh wujudnya pasukan keselamatan antarabangsa sekarang ini di sempadan antara Mesir-Israel dan Lubnan-Israel, ini perkara biasa. Sumber 19/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir) dan web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget