CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 Mei 2010

Israel mengebom beberapa tempat di Gaza

Mereka masih tidak berpuashati

Sumber Al-Jazeerah: Di Pakistan, sejumlah besar penduduk Pakistan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW di laman facebook. Sumber 20/05/2010, berita Al-Jazeerah
_________________________


GAZA - Awal pagi ini, pesawat tempur Israel telah melancarkan beberapa sarangan terhadap sasarannya di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dalam serangan terbabit.

Agensi berita melaporkan, pesawat tempur Israel jenis 'F-16' telah melancarkan satu serangan ke atas sebuah tempat KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berdekatan Masjid Umar Al-Khattab di bandar kecil Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Sumber menjelaskan lagi, sebelum serangan ke atas tempat Al-QASSAM, pesawat tempur Israel mengebom tiga kawasan sasarannya yang berbeza di timur bandar Khan Yunus, selatan Gaza. Sebagaimana dijelaskan, pengeboman pertama mensasarkan sebuah tanah kosong di kawasan Farahain. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.

Seiringan serangan itu, pesawat tanpa pemandu Israel turut mengebom sebuah tanah kosong yang dimiliki keluarga An-Najar di Khuzaah, timur Khan Yunus. Begitu juga sebuah jalan penghubung di kawasan yang sama turut dibom. Dalam serangan terbabit, tidak ada laporan kecederaan dilaporkan.

Dinyatakan, serangan-serangan Israel di Gaza setelah beberapa jam dilaporkan satu serangan roket buatan tempatan gugur di bandar Askalan, selatan Israel. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan, menurut radio Israel. Sumber 21/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget