CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Mei 2010

Roket gugur di Ashkelon - Israel


Sumber peta, google map: Bulatan yang berwarna merah adalah kedudukan pada sudut di utara Semenanjung Gaza, dan no.9 berwarna biru adalah tempat sasaran serangan roket yang gugur di Ashkelon, Israel sebagaimana yang dihebahkan oleh radio Israel

ASHKELON - Dari radio Israel melaporkan, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di pesisir bandar Ashkelon malam tadi
(25/05/2010).

Radio Israel menjelaskan, roket tersebut gugur di sebuah kawasan terbuka. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun luka parah disebabkan serangan roket. Dalam masa yang sama, satu siren kecemasan berbunyi di sebuah tempat perkumpulan Yahudi ketika roket itu gugur.

Berikutan serangan roket ini, belum ada mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui melancarkan serangan roket ke Israel. Sumber 27/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget