CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Mei 2010

Pelampau rosakkan tempat rekreasi

Peta: No.13(hijau) adalah kedudukan Al-Badaan. Taman rekreasi Wadi Bazaan salah satu kawasan dalam Al-Badaan. No.9(biru) adalah penempatan Israel Elon More.

NABLUS - Sekumpulan penduduk Israel(pelampau) telah merosakkan beberapa tempat rekreasi Wadi Bazaan di
al-Badan. Sementara itu, sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke kota lama dan terdengar beberapa bunyi tembakan.

Sumber menyebut, sekumpulan penduduk Israel itu adalah dari penempatan Israel, Elon More yang turut dilindungi tentera Israel ketika menceroboh ke Wadi Bazaan.

Menurut saksi, penduduk Israel secara berkumpulan menyerang tempat rekreasi pagi tadi dan merosakkan balai pengawal sebelum berundur. Tambahan pula, kerosakan teruk yang dilakukan penduduk Israel adalah ketika permulaan musim pelancongan tahun ini.

Gambar: Pelampau Israel yang menceroboh Wadi Bazaan. Sumber 20/05/2010, paltoday

Di kawasan bandar pula, sumber melaporkan mengenai rempuhan yang dilakukan tentera penjajah ke atas beberapa buah rumah di Kota Lama. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tidak dapat dipastikan berlaku sebrang penangkapan.

Sebagaimana dilaporkan, sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke Kota Lama pada jam 4.00 pagi dan berundur pada jam 9.00 pagi. Sumber 28/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget